Nak anak jadi rapat dengan ayah tak perlu tunggu anak tu dah jadi besar.
Rupa-rupanya, ayah boleh jadi rapat dengan anak sendiri dalam masa 3 hari selepas bayi dilahirkan.
Satu kajian di National Taipei University pada tahun 2016, ayah yang menyentuh dan memeluk bayi pada 3 hari pertama selepas lahir, bayi ni jadi lebih selesa dan selamat dengan ayah.
Bila ayah menyentuh, membelai dan memeluk bayi, hormon oxytocin akan meningkat dalam badan ayah dan bayi.
Hormon oxytocin yang tinggi akan perlahankan pengeluaran hormon stress (catecholamine) dalam badan ayah dan bayi.
Jadi, bayi akan rasa tenang dan selamat dengan si ayah.
Ayah pula rasa kurang gemuruh dan jadi lebih yakin dan tertarik untuk menjaga bayi sepanjang tempoh ibu berpantang.
Kajian ni juga dapati, lagi kerap kulit ayah menyentuh kulit bayi, lagi erat hubungan bayi tu dengan si ayah.
Yang perlu ayah buat setiap hari selepas bayi lahir ialah :
❤️ Tenung mata dan wajah bayi.
❤️ Letakkan bayi yang tak memakai baju pada kulit dada ayah.
❤️ Peluk dan sentiasa menyentuh bayi.
❤️ Bercakap dengan bayi dengan suara perlahan.
Buat hari-hari selama minima 15 minit sehari.
Lagi lama sesi tu, lagi bagus untuk bayi.
Bayi pula akan mula sedar yang penjaga utama dan paling dominan ialah si ayah.
Saya juga banyak berkongsi ilmu keibubapaan dan ilmu kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram rasmi saya ▶️ t.me/NotaRedzaZainol
16,840 kes hari ini. Kes akan terus meningkat dalam masa terdekat disebabkan makin ramai yang melaporkan diri mereka positif dari self-test saliva rapid antigen kit.
Saya kongsikan cara untuk melaporkan keputusan ujian kit kendiri di MySejahtera.