Peristiwa Hari Ini

Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

05 Ogos 1957 - Perjanjian ini ditandatangani di antara Raja-raja dengan wakil Baginda Queen Elizabeth, Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald MacGillivray di King’s House, Kuala Lumpur.

#Merdeka Image
15 penandatangan utama, iaitu Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, 8 orang Raja-raja Melayu, Tengku Mahkota Johor dan 5 orang Pembesar dari Negeri Sembilan beserta saksi telah menandatangani perjanjian menggunakan pena khas bertulis Federation of Malaya Agreement 1957. Image
Perjanjian ini telah ditandatangani dalam 40 salinan, 20 dalam Bahasa Melayu (Tulisan Jawi) dan 20 lagi dalam Bahasa Inggeris. Dua salinan daripada perjanjian itu dihantar kepada kerajaan British, sementara dua lagi disimpan oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Image
Satu salinan setiap satu (Bahasa Melayu dan Inggeris) dihantar kepada setiap negeri termasuk Melaka dan Pulau Pinang, sementara untuk Negeri Sembilan diserahkan enam salinan. Image
Menurut Artikel 3, Perjanjian ini menyatakan bahawa mulai daripada 31 Ogos 1957, Negeri-negeri Melayu dan Selat akan tertubuh menjadi satu Persekutuan Baru Melayu yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu, atau dalam bahasa Inggerisnya, The Federation of Malaya. Image
Peristiwa Hari Ini

Pemilihan Lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu

05 Ogos 1957 - Lagu Terang Bulan, Lagu Kebangsaan Negeri Perak telah dipilih sebagai lagu Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

#Merdeka Image
Pemilihan Lagu Kebangsaan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilih Lagu-lagu Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman.

4 lagu layak ke peringkat pemilihan akhir. Pemilihan Lagu Terang Bulan dibuat berikutan unsur-unsur kemelayuan dalam Lagu Terang Bulan. Image
Keputusan pemilihan kemudiannya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja untuk perkenan dan persetujuan.

Lagu Negaraku buat pertama kalinya diperdengarkan kepada khalayak ramai pada malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor.

Sumber: Arkib Negara Malaysia Image

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Rhys Barzinni

Rhys Barzinni Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ellmart88

19 Aug
Tengok banyak kali, Rela tu tak sepak/tendang pun. Nampak mcm dia cuba cakap, tp mamat tu tak dengar, so dia cuba blok dgn kaki tp tak stop jgk. So dia tahan dgn tangan dan tolak sikit mamat tu ke belakang bg stop.

Jgn trigger sangat la ye. One side story + video too short.
So sesiapa yg hentam, cakap bukan2 kt Rela tu, korang tak pernah kerja handle crowded expecially foreigners yg tak faham peraturan/sop.

Kalau pukul dgn kayu ke ape ke boleh la korang nak marah.

Siapa tak puas hati/pernah kena, pegi buat report kt balai ckp Rela buat keje kasar.
Lebih bagus Rela tegas, garang2 dan jerit/pekik kuat2 daripada semua tu beratur rapat2 or jadi overcrowded mcm kes sebelum ni. Bukannya pukul/tendang pun.

Nak cakap lembut2?
Silakan.. jalan ikut sini,hati2..ehhh..encik2..berhenti..ikut sop ye..alaa encik ni..ikut sop la ye.. 🤷‍♂️
Read 4 tweets
19 Aug
Ikan Puyu

Anabas testudineus atau climbing perch/gourami adalah spesies ikan air tawar yang lasak.

Habitat utamanya di kawasan air tawar seperti parit, tali air, sawah, kolam, lombong, paya, sungai dan tasik.

Kenapa ikan puyu naik ke darat?
Ikan puyu jenis berhijrah/nomad. Guna kelopak penutup insang & sirip untuk panjat/bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

Waktu/musim hujan adalah masa yang sesuai untuk berpindah ke kawasan berair yang lain.

Mampu bertahan 6-10 jam tanpa air, 5-6 hari jika tanah lembab. Image
Nak pancing pun senang, mata kail jangan besar. Boleh guna umpan belalang, cacing, telur kerengga, anak tebuan & cengkerik.

Isi ikan puyu tak bertulang seperti spesis ikan air tawar lain.

Boleh dikeringkan, pekasam, masak gulai, kicap, lemak cili api, goreng, asam pedas dll. ImageImage
Read 6 tweets
18 Aug
Kenapa Taliban menguasai serta ambil alih Afghanistan dengan mudah dan cepat?

Kerajaan sedia ada lemah dan kurangnya perpaduan dikalangan pemimpin.

Tentera kerajaan lemah dan hanya bergantung kepada Amerika terutamanya Tentera Udara. Image
Taliban bergerak pantas seperti taktik serangan kilat bermotosikal/hilux untuk menguasai sesuatu wilayah.

Taliban menjanjikan pengampunan tanpa syarat & tidak berdendam dengan perkara yang lepas.

Taliban telah bersedia dengan kekuatan tentera, strategi & semangat. Image
Hati dan semangat mereka amat kental.

Masa yang tepat untuk ambil alih Afghanistan setelah Amerika dan sekutunya menarik balik tentera masing-masing.

Disokong majoriti rakyat yang mahukan pentadbiran sendiri yang baru dan lebih baik tanpa penjajah. Image
Read 5 tweets
16 Aug
Afghanistan.

Berikutan situasi yang semakin buruk di Afghanistan, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, Kabul dibanjiri dengan orang ramai yang cuba keluar dari Afghanistan.

Banyak pesawat pengangkut tentera dan komersial dilihat mendarat dan berlepas.
Sebuah pesawat C-17A Globemaster III, Tentera Udara AS dilaporkan berlepas dengan membawa kira-kira 800 orang dan menerbangkan mereka ke Pangkalan Udara AL Udeid, Qatar.

Pesawat ini selalunya boleh membawa 100-150 orang tentera sahaja atau kargo-kargo lain.
Mesti sesak sebab ramai sangat dalam satu pesawat?

Ketika situasi krisis, bencana atau perang, semuanya boleh.

Kira-kira 670 orang dalam pesawat C-17 ketika bencana Taufan Haiyan, Filipina, November 2017.
Read 23 tweets
15 Aug
Peristiwa Hari Ini

Rejimen Artileri Diraja

Ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia Ke-2.
Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Tanah Melayu yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan.
Seramai 89 anggota telah bersetuju untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan dan mengangkat sumpah pada 14 Ogos.

Pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota, bersama 8 meriam jenis 25 pounder.
Read 6 tweets
12 Aug
Eksesais Taming Sari 20/21

Latihan ketenteraan terbesar dengan melibatkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijalankan di Laut China Selatan. airtimes.my

Artikel Penuh airtimes.my/2021/08/12/kap…
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia, KD TUN RAZAK telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39, hari ini.

2 kapal TLDM, KD LEKIU dan KD LEKIR turut melancarkan peluru berpandu Exocet MM40.
Ujian tembakan dan latihan diadakan selama 6 hari bermula 12 Ogos.

"Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan profesionalisma, keupayaan dan kesiagaan TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara." Ismail Sabri.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(