Jepun dapat kedudukan carta pingat terbaik dalam sejarah iaitu No 3. Sama dengan Olimpik Tokyo 1964 malah jumlah pingat lebih banyak (29 pingat, 16 emas waktu tu). Berbaloilah segala kerugian.
No 1 & 2 masih dibolot oleh US & China.
Kalau ikutkan, US dan China juga merupakan negara nombor 1 dan 2 dalam ekonomi dan ketenteraan.
Benda ni bukan kebetulan. "Sports is an alternative to war".
Dari perspektif negara-negara kuasa besar, sukan bukan pertandingan semata-mata tapi juga berkaitan soal "national glory", dan temasya peringkat dunia seperti Olimpik adalah medan untuk mempamerkan "soft power" masing-masing.
Di zaman Yunani purba, negara kota besar seperti Athens dan Sparta menjadikan Olimpik sebagai medan untuk menonjolkan keunggulan sistem politik mereka.
Athens yang mengamalkan demokrasi dan Sparta yang mengamalkan autokrasi masing-masing nak tunjuk sistem mereka adalah terbaik dalam melahirkan manusia yang sihat, kuat dan cergas.
Olimpik moden pun sama. Di zaman Perang Dingin (1948-1991), Olimpik menjadi medan perlumbaan US dan USSR (Soviet Union) yang merupakan dua adikuasa (superpower) dunia. Satu kapitalis liberal, satu komunis totalitarian. Masing-masing nak menguasai dunia malah luar angkasa.
2 negara ini membolot johan & naib johan Olimpik dari 1952 hingga 1992, kecuali Olimpik 1980 yang diboikot oleh US (sebagai protes terhadap pencerobohan USSR ke atas Afghanistan bermula 1979). US johan 1952, 1964, 1968, 1984. USSR johan 1956, 1960, 1972, 1976, 1980, 1988, 1992.
Selepas kejatuhan USSR, Rusia sebagai negara pewaris USSR masih menduduki tempat ke-2 selepas US pada 1996 dan 2000, sehingga China muncul sebagai naib johan pada 2004 dan johan pada Olimpik 2008 yang diadakan di Beijing, sebelum US kembali menjadi johan pada 2012 dan 2016.
US dan China juga mewakili dua sistem yang berbeza. Bukan saja berbeza dari segi sistem politik, ekonomi malah sistem pelatihan atlet.
Sistem US berasaskan individu, China pula berasaskan negara. Atlet di China dihantar ke sekolah sukan seawal 6 tahun untuk dilatih menjadi pemenang pingat emas bagi China. Soal utama adalah glory, kebajikan atlet soal kedua.
Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi nombor 2 dunia sejak 2010an (dengan mengatasi Jepun) lagi membuat orang China memandang berat soal glory. Sebab tu orang China tak relax dan sukar menerima kekalahan.
Lebih-lebih lagi kalau dapat perak akibat kalah dengan Chinese Taipei (dalam acara badminton beregu lelaki) dan Jepun (ping pong beregu campuran) yang dianggap musuh tradisional.
Yang menariknya, Chinese Taipei mencatat keputusan terbaiknya dalam sejarah dengan memungut 12 pingat (2 emas 4 perak 6 gangsa), memecah rekod 5 pingat pada 2000 dan 2004.
Bagi sebuah entiti yang kekurangan pengiktirafan antarabangsa, pencapaian ini memberi semangat kepadanya untuk terus mempertahankan identitinya.
Olimpik Paris 2024 nanti pun pasti akan dimanfaatkan oleh Perancis untuk mengembangkan soft power dan pengaruhnya, lebih-lebih lagi di era pasca Brexit dan pasca Merkel yang memberi ruang kepada Perancis untuk kembali menjadi negara dominan di Eropah.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
China menyertai Olimpik sejak 1928, tapi tak pernah dapat apa-apa pingat. Sampai orang ejek China sebagai "Sick Man of Asia". Lembik, tak atletik.
Selepas 1949, China pecah 2. Satu Republik China di Taiwan, satu lagi Republik Rakyat China (komunis) di Tanah Besar China.
RRC boikot Olimpik dari 1956-1976 sebab ada Republik China. Selepas Republik China tukar nama jadi Chinese Taipei, baru RRC join Olimpik 1984. RRC ni lah China yang kita kenali hari ini.
Tema "The Devil Judge" adalah "tyranny of the majority".
Drama ni menyentuh tentang persoalan "adakah suara majoriti melambangkan kebenaran?" "adakah keadilan dicapai sekiranya rakyat menjadi penentu segala-segalanya?"
Dalam drama ini, sistem kehakiman dijadikan macam sebuah reality show. Rakyat akan menentukan tertuduh bersalah atau tidak, menerusi undian di App.
"Rakyat hakim negara" ni sebenarnya pernah berlaku, iaitu di Athens pada 2500 tahun yang lepas.
Athens ketika itu mengamalkan sistem demokrasi langsung (direct democracy), di mana semua warga kota (citizen) boleh mengundi dan menganggotai kerajaan. Jawatan kerajaan diisi secara rawak, semua akan dapat mengikut giliran.
Macam kat Tunisia baru-baru ni, apabila presiden memecat PM, orang tak puas hati, maka berlaku rusuhan antara pro-presiden dan pro-PM.
(to be exact, Tunisia mengamalkan sistem semi-presidential di mana presiden mempunyai kuasa eksekutif).
Masalah dengan presiden orang awam ni ialah kekurangan prestij.
Kalau sistem berparlimen penuh (macam Jerman, Israel), presiden dilantik oleh parlimen. Jadi boleh berlaku keadaan di mana PM tak akur dengan keputusan dan pandangannya. "Kau siapa nak nasihat aku".
Jurchen adalah suku dari rumpun "Tungusic" di utara China dan Korea. Berbeza dengan orang Mongol yang nomadik, mereka adalah bangsa pemburu dan penangkap ikan.
Ada banyak persamaan antara Jurchen dan Korea (pemanah, pemburu, pengamal Shaman), cuma Korea bukan Tungusic.
Orang China panggil Jurchen sebagai "Nuzhen" (女眞), bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Korea jadi "Yeojin" (여진). Yeoja punya yeo, jinsim punya jin.
Disebabkan geografi Korea yang bergunung-ganang, orang Korea tak dapat nak cucuk tanam macam orang China yang hidup di tanah rata. Jadi orang Korea kena menguasai busur dan anak panah untuk memburu binatang.
Pengasas kerajaan Goguryeo (salah sebuah kerajaan pada zaman Samguk / Tiga Kerajaan), Jumong juga terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.
Sebuah lagi kerajaan iaitu Silla juga mempunyai pasukan pahlawan elit bernama Hwarang yang mahir memanah sambil menunggang kuda.
Nak faham feudalisme, boleh tonton Game of Thrones. Ia basically sistem politik di mana raja tak ada direct control ke atas rakyat ("subject") dia. Nak duit, nak tentera, kena tanya bangsawan ("lords") dulu.