Ramai rakyat Malaysia, termasuklah selebriti, menyokong Palestin atas faktor:
1. Agama 2. Anti Yahudi
Sedang faktor kemanusiaan, keadilan, keamanan atau anti Zionisme jatuh nombor 3 dan belakang.
Sebab tu, ada orang macam Faizal Tahir (FT).
Mereka ni boleh lawan penindasan Israel di Palestin tapi bila masuk bab penindasan dalam negara sendiri, terus hilang arah.
Simpati dan empati yang mereka ada untuk Palestin, tak dapat diterjemah untuk rakyat negara sendiri.
Sebab apa?
Macam kes FT tu, dia bersolidaritas dengan Palestin atas faktor agama dan anti Yahudi yang lebih utama.
Kalau solidaritas dia atas kemanusiaan/keadilan, mungkin FT boleh nampak penindasan yang hampir sama berlaku dalam negara sendiri dan faham.
Tapi dia tak nampak sebab simpati dan empati dia bukan berdasarkan kemanusiaan/keadilan yang lebih utama.
Kena pula, Mahiaddin dan PN adalah seagama Islam dan bukan Yahudi (walaupun perangai cam Zionis). Sampai si FT ni boleh menangis sedih konon.
Mungkin pada FT, tumbangnya Mahiaddin dan PN dilihat sebagai ancaman pada agama dan bangsa. Dan benda tu jadi keutamaan dia.
Bukannya hal rakyat kesusahan, ramai yang mati akibat Covid-19 atau bunuh diri, kerajaan yang menindas serta ketidakadilan yang jelas berlaku sekarang.
Ini mungkin menjelaskan pada kita, kenapa selebriti Malaysia ni ramai yang sokong Palestin tapi bila di Malaysia, mereka sokong pula kerajaan yang zalim dan menindas rakyat.
Sebab simpati, empati dan solidaritas mereka selama ini atas faktor yang lain.
Jadi biarlah kerajaan Melayu-Islam berperangai Zionis, asalkan agama dan bangsa dia yang berkuasa.
Tak apa kalau rakyat negara sendiri ditindas macam Palestin walau mungkin tidak sama teruknya, asalkan kuasa itu masih milik tunggal Melayu-Islam.
Demikianlah, pejuang Palestin atas faktor agama dan bangsa macam Faizal Tahir tu.
Khalas.
(Unpopular opinion, kalau tak suka boleh unfollow/block)
Pesanan penaja:
Lagi pesanan penaja:
Untuk Untuk
Derma Bantuan
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Muhyiddin akan letak jawatan esok. Tapi PN mungkin kekal kerajaan jika UMNO dapat jawatan PM.
Kalau ada yang rasa pelik & tanya, "how?"
Well, boleh guna case study Perak. MB BERSATU kena tendang & ganti dengan MB UMNO, kerajaan negeri PN kekal.
Benda dah pernah jadi, dan boleh jadi sekali lagi.
At this rate, MP BERSATU lain, Azmin & Co., PAS & GPS semua tak mustahil sanggup terima je kenyataan bahawa UMNO will be in charge so mereka akan toe the line. Janji kekal kerajaan & kekal jawatan.
Tiga perkara yang setahu saya, tidak ada dalam pelan awal fasa-fasa PICK.
Dalam keluarga terdekat saya:
- 10 ahli keluarga dapat AZ secara opt-in ayam berebut dedak
- 1 ahli keluarga dapat Pfizer secara walk-in redah PPV
- hanya 2 ahli keluarga dpt Sinovac melalui MySejahtera
Saya & 2 ahli keluarga lain yg layak masih belum dengar khabar berita.
Kenapa nak derma ke NGO kalau kita boleh derma terus pada yang memerlukan?
Soalan yang valid sebenarnya. Tapi saya nak tanya balik, sanggup ke memandu sejam setengah di jalan lengang macam ni masuk kawasan pedalaman untuk hantar bantuan pada yang memerlukan?
Bukan nak kata tak logik beras+gula+tepung gandum+bihun+kicap+sardin+biskut+kopi+garam=RM50 (walaupun kalau bagi saya, benda tu boleh dapat harga total RM40 je).
Tapi logik ke nak bantu 1 keluarga (ibu bapa + 2 anak) dengan bakul RM50 sahaja?!
Bakul makanan RM50 ni boleh tahan berapa lama? Sardin tu berapa tin? Telur mana? Minyak masak?
Atau adakah nak suruh 1 keluarga makan nasi berlauk kicap yang sebenarnya?