#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,951 tahun yang lalu, sebelum kedatangan Islam, menjadi saksi sejarah kemuncak Perang Yahudi-Rom. Inilah tarikh yang dipercayai Kuil Yahudi di Baitulmaqdis dimusnahkan angkatan Rom pimpinan Titus.
Ini adalah bebenang.
Pada tahun 66M, orang Yahudi berjaya menyingkirkan kuasa Rom dari Baitulmaqdis yang mencetuskan Perang Yahudi-Rom. Sebagai tindak balas, Maharaja Rom, Nero melancarkan kempen merampas semula kota suci itu dengan jeneral Vespasian sebagai ketuanya.
Ketika kempen berjaya menguasai Judaea & menghampiri Baitulmaqdis, Nero mati pada 68M. Kelompongan kuasa di Rom memaksa Vespasian pulang untuk naik takhta & diutuskan anaknya, Titus mengambil alih peranannya memimpin kempen itu.
Dibantu Tiberias Julius Alexander, jeneral berpengalaman & bekas gabenor, Titus mula mengepung Baitulmaqdis pada 14 April 70M ketika perayaan Paskah. Titus membenarkan orang Yahudi dari luar masuk ke kota untuk perayaan itu, tetapi dilarang daripada keluar.
Penambahan penduduk menambah beban kekurangan bekalan makanan & minuman di dalam kota itu selepas berbulan dikepung. Pada masa sama, pertelingkahan dalaman antara kumpulan pelampau Zealot dengan puak Yahudi lain meruncingkan keadaan.
Lalu dilancarkan serangan dari segenap arah. Titus & angkatannya sedikit demi sedikit berjaya mematahkan tentangan habis-habisan pertahanan Yahudi, mara menobros tembok pertama hingga ke tembok kedua, menolak pertahanan ke tengah kota.
Bagi mengelakkan orang Yahudi di dalam kota keluar & bekalan makanan dari luar dapat diseludup masuk, Titus mengarahkan tembok kayu tinggi didirikan mengelilingi kota. Mereka yang ditangkap melarikan diri juga disalib & dibunuh.
Rom menawarkan rundingan akhir supaya menyerah, namun ditolak mereka yang bertahan. Akhirnya pada Ogos, Titus & tenteranya berjaya menembusi tembok pertahanan terakhir & membunuh semua orang Yahudi yang tinggal termasuk orang awam.
Kuil Herod, rumah suci Yahudi yang didakwa dibina di atas tapak masjid Nabi Sulaiman AS, dirompak & dimusnahkan. Hanya yang tinggal adalah Tembok Barat yang kekal hingga ke hari ini.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 62 tahun yang lalu, buat pertama kalinya Parlimen negara bersidang.
Ini adalah bebenang.
Selepas memenangi 74 kerusi daripada keseluruhan 104 yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-2 pada 19 Ogos 1959 (yang juga yang pertama selepas merdeka), Parti Perikatan membentuk kerajaan yang sah & sedia mentadbir negara.
Maka pada 11 September tahun sama, berlangsunglah Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu di mana sidang Dewan Rakyat & Dewan Negara diadakan serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 60 tahun yang lalu, perlumbaan Formula 1 Grand Prix Itali dicemari kemalangan maut.
Ini adalah bebenang.
Acara di litar Monza itu merupakan yang kedua terakhir sebelum kejohanan musim itu ditutup dengan Grand Prix Amerika Syarikat. 4 pelumba bersaing untuk gelaran juara - Wolfgang von Trips, Phil Hill, Stirling Moss, dan Richie Ginther.
Aspek keselamatan tidak dititik beratkan pada ketika itu & ada yang merasakan trek melengkung serta kurangnya ruang babas di litar Monza sangat berisiko. Ia membawa kepada protes & boikot oleh sekumpulan pelumba British.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 76 tahun yang lalu, ‘bug’ yang pertama dalam sistem komputer ditemukan.
Ini adalah bebenang.
Dalam terma IT, ‘bug’ bermaksud sesuatu kesilapan, kesalahan atau kecacatan dalam sebarang program komputer atau sistem perkakasan. ‘Bug’ memberi kesan tidak diingini atau menyebabkan sesuatu sistem itu bertindak di luar jangkaan.
‘Bug’ diambil daripada perkataan Inggeris Zaman Pertengahan iaitu ‘bugge’ bermaksud makhluk menakutkan yang mencetuskan masalah. Ia juga menjadi terma umum atau generik yang digunakan di Amerika untuk segala jenis serangga.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 22 tahun yang lalu, Menara Berkembar Petronas dirasmikan.
Ini adalah bebenang.
Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengilhamkan pembinaan menara ini dengan idea reka bentuk asas berdasarkan corak kesenian Islam, Rub-el-Hizb, yang kemudian dikembangkan oleh arkitek Argentina-Amerika, Cesar Pelli.
Rekaan awal Pelli adalah setinggi 427 m, hanya 15 m di bawah Sears Tower di Chicago, menara tertinggi di dunia ketika itu. Dengan beza jarak yang sedikit, Dr. Mahathir menggesa agar dicari jalan supaya ketinggian itu dapat dilepasi.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.
Ini adalah bebenang.
Sejak dekad 1930-an, gesaan supaya satu stadium bola sepak profesional sudah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Namun ia tidak dipedulikan oleh pentadbiran kerana sudah ada sebuah stadium di Jalan Ampang.
Selepas Perang Dunia Kedua, stadium Jalan Ampang itu tidak boleh digunakan lagi. Apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden FAS & juga Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada 1951, usaha mewujudkan stadium kelas pertama itu dipertingkatkan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 63 tahun yang lalu, mi segera buat pertama kalinya dipasarkan.
Ini adalah bebenang.
Pasca kekalahan dalam Perang Dunia Kedua, Jepun dirundung masalah kekurangan makanan. Sebagai antara solusinya, kerajaan menggalakkan penduduknya membuat roti daripada tepung gandum yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Seorang usahawan bernama Momofuku Ando mempersoalkan mengapa tidak dihasilkan mi ramen yang lebih sinonim dengan masyarakat Jepun. Apabila cadangannya itu ditolak, dia tekad untuk menghasilkan ramen sendiri.