#PeristiwaHariIni : Hari ini 76 tahun yang lalu, ‘bug’ yang pertama dalam sistem komputer ditemukan.
Ini adalah bebenang.
Dalam terma IT, ‘bug’ bermaksud sesuatu kesilapan, kesalahan atau kecacatan dalam sebarang program komputer atau sistem perkakasan. ‘Bug’ memberi kesan tidak diingini atau menyebabkan sesuatu sistem itu bertindak di luar jangkaan.
‘Bug’ diambil daripada perkataan Inggeris Zaman Pertengahan iaitu ‘bugge’ bermaksud makhluk menakutkan yang mencetuskan masalah. Ia juga menjadi terma umum atau generik yang digunakan di Amerika untuk segala jenis serangga.
Terma ‘bug’ sebenarnya sudah dipakai untuk merujuk masalah dalam dunia kejuruteraan sejak 1870-an. Namun ‘bug’ secara literal atau serangga sebenar yang menyebabkan gangguan sistem komputer ditemukan pada 9 September 1945.
Sepasukan operator di Universiti Harvard mendapati komputer Mark II Aiken Relay Calculator menghasilkan kesilapan yang konsisten. Apabila dibuka perkakasnya dan diperiksa, mereka menemukan seekor kupu-kupu tersangkut pada Relay #70, Panel F komputer itu.
Serangga itu dialihkan & dilekatkan dengan pita dalam buku log bersama laporan penemuan itu. Ia kemudian dibaca oleh Grace Hopper, saintis komputer yang membangunkan komputer Mark II & Mark III di makmal fakulti komputer & pengiraan universiti itu.
Beliau suka dengan kisah kejadian itu, lalu diceritakannya kepada orang ramai. Ceritanya tersebar sehingga terma ‘bug’ itu difahami, diterima & diguna secara lebih meluas untuk menjelaskan kecacatan atau kesilapan dalam sesuatu program.
Buku log tersebut, bersama kupu-kupu yang ditemukan itu, menjadi sebahagian daripada koleksi Muzium Nasional Sejarah Amerika Smithsonian, namun ketika ini bukan antara barang yang dipamerkan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 62 tahun yang lalu, buat pertama kalinya Parlimen negara bersidang.
Ini adalah bebenang.
Selepas memenangi 74 kerusi daripada keseluruhan 104 yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-2 pada 19 Ogos 1959 (yang juga yang pertama selepas merdeka), Parti Perikatan membentuk kerajaan yang sah & sedia mentadbir negara.
Maka pada 11 September tahun sama, berlangsunglah Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu di mana sidang Dewan Rakyat & Dewan Negara diadakan serentak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 60 tahun yang lalu, perlumbaan Formula 1 Grand Prix Itali dicemari kemalangan maut.
Ini adalah bebenang.
Acara di litar Monza itu merupakan yang kedua terakhir sebelum kejohanan musim itu ditutup dengan Grand Prix Amerika Syarikat. 4 pelumba bersaing untuk gelaran juara - Wolfgang von Trips, Phil Hill, Stirling Moss, dan Richie Ginther.
Aspek keselamatan tidak dititik beratkan pada ketika itu & ada yang merasakan trek melengkung serta kurangnya ruang babas di litar Monza sangat berisiko. Ia membawa kepada protes & boikot oleh sekumpulan pelumba British.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 22 tahun yang lalu, Menara Berkembar Petronas dirasmikan.
Ini adalah bebenang.
Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengilhamkan pembinaan menara ini dengan idea reka bentuk asas berdasarkan corak kesenian Islam, Rub-el-Hizb, yang kemudian dikembangkan oleh arkitek Argentina-Amerika, Cesar Pelli.
Rekaan awal Pelli adalah setinggi 427 m, hanya 15 m di bawah Sears Tower di Chicago, menara tertinggi di dunia ketika itu. Dengan beza jarak yang sedikit, Dr. Mahathir menggesa agar dicari jalan supaya ketinggian itu dapat dilepasi.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 64 tahun yang lalu, Stadium Merdeka dirasmikan.
Ini adalah bebenang.
Sejak dekad 1930-an, gesaan supaya satu stadium bola sepak profesional sudah dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Namun ia tidak dipedulikan oleh pentadbiran kerana sudah ada sebuah stadium di Jalan Ampang.
Selepas Perang Dunia Kedua, stadium Jalan Ampang itu tidak boleh digunakan lagi. Apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Presiden FAS & juga Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) pada 1951, usaha mewujudkan stadium kelas pertama itu dipertingkatkan.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 1,951 tahun yang lalu, sebelum kedatangan Islam, menjadi saksi sejarah kemuncak Perang Yahudi-Rom. Inilah tarikh yang dipercayai Kuil Yahudi di Baitulmaqdis dimusnahkan angkatan Rom pimpinan Titus.
Ini adalah bebenang.
Pada tahun 66M, orang Yahudi berjaya menyingkirkan kuasa Rom dari Baitulmaqdis yang mencetuskan Perang Yahudi-Rom. Sebagai tindak balas, Maharaja Rom, Nero melancarkan kempen merampas semula kota suci itu dengan jeneral Vespasian sebagai ketuanya.
Ketika kempen berjaya menguasai Judaea & menghampiri Baitulmaqdis, Nero mati pada 68M. Kelompongan kuasa di Rom memaksa Vespasian pulang untuk naik takhta & diutuskan anaknya, Titus mengambil alih peranannya memimpin kempen itu.
#PeristiwaHariIni : Hari ini 63 tahun yang lalu, mi segera buat pertama kalinya dipasarkan.
Ini adalah bebenang.
Pasca kekalahan dalam Perang Dunia Kedua, Jepun dirundung masalah kekurangan makanan. Sebagai antara solusinya, kerajaan menggalakkan penduduknya membuat roti daripada tepung gandum yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat.
Seorang usahawan bernama Momofuku Ando mempersoalkan mengapa tidak dihasilkan mi ramen yang lebih sinonim dengan masyarakat Jepun. Apabila cadangannya itu ditolak, dia tekad untuk menghasilkan ramen sendiri.