Penting sebenarnya untuk setiap pekerja tahu beza antara Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
Tersalah buat aduan, silap-silap nanti hilang peluang untuk buat tuntutan, padahal ada kes yang kuat.
Jom tengok apa beza antara JTK dan JPP.
1. Siapa yang boleh buat aduan
JTK
JTK adalah sama dengan Pejabat Buruh atau Mahkamah Buruh.
Memandangkan JTK ditubuhkan di bawah Akta Kerja 1995, maka hanya pekerja yang bergaji di bawah RM 2000 atau pekerja manual sahaja dibolehkan untuk buka kes di JTK.
Tapi Seksyen 69B membenarkan pekerja yang bergaji antara RM 2000 hingga RM 5000 untuk buka kes di JTK namun terhad untuk tuntutan berkaitan tunai sahaja.
JPP
Di JPP pula, mana-mana pekerja swasta yang dibuang kerja boleh buat aduan ataupun representasi ke JPP.
Tiada had minimum atau maksimum gaji.
2. Jenis tuntutan yang boleh dibuat
JTK
Contoh kes yang boleh dibuka di JTK adalah:
- Tuntutan bayaran OT
- Gaji yang tidak dibayar
- Tiada faedah penamatan
- Pampasan ganti notis
JPP
Di JPP, aduan yang dibuat adalah untuk cabar pembuangan kerja dilakukan secara tidak adil.
Contoh?
- Pembuangan kerja disebabkan tindakan disiplin
- Pembuangan kerja atas alasan prestasi kerja
- Retrenchment
- Force resignation
- Constructive dismissal
Jika kes tak dapat diselesaikan di JPP, kes akan dirujuk pula ke Mahkamah Perusahaan (Industrial Court).
Boleh rujuk di sini untuk prosedur dari JPP hingga ke Mahkamah Perusaahan.
Jika kes berjaya dibuktikan, gantirugi yang akan dapat adalah ikut apa tuntutan kita.
Contohnya, kalau kes kita berkenaan gaji tertunggak sebanyak RM 3,000, maka itulah yang syarikat akan diarahkan untuk bayar.
JPP/Mahkamah Perusahaan
Di peringkat JPP, tiada gantirugi kewangan tapi hanya pemulihan kerja sahaja.
Kalau majikan tak setuju ambil pekerja bekerja semula, barulah kes akan dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.
Di Mahkamah Perusahaan, kalau menang, award yang akan diberikan adalah maksimum 24 bulan backwages (pekerja probation 12 bulan) dan gantirugi in lieu of reinstatement.
Boleh rujuk Jadual 2 Akta Perhubungan Perusahaan.
Sedikit peringatan:
Untuk pekerja bergaji bawah RM 2,000, hanya boleh buat aduan ke salah satu tempat sahaja. Jadi kena pilih. Kalau dah buat aduan ke JPP, dah tak boleh buat aduan ke JTK lagi.
Yang paling penting:
Tempoh masa untuk buat aduan sama ada ke JTK atau JPP adalah 60 hari dari hari terakhir bekerja.
Ramai yang terlepas peluang untuk buka kes sebab failkan kes lambat, dah di luar tempoh masa, padahal kes kuat.
Kalau terlepas, tak boleh buat apa dah.
Kalau nak baca artikel undang-undang lain, boleh follow fb page Jom Tanya Peguam dan layari laman web jomtanyapeguam.com
Kalau ada apa-apa soalan, boleh join dan tanya di group fb Soal Jawab Masalah Guaman (SJMG): facebook.com/groups/9963009…
Susulan thread saya semalam berkaitan aduan ke AKSB, saya dapat banyak permintaan untuk kongsikan kandungan emel yang dihantar dan akta yang berkaitan.
Jadi di sini saya kongsikan kandungan emel yang saya hantar bagi pihak abah saya ke pihak AKSB.
Akta yang relevan berdasarkan research ringkas saya hari tu adalah Seksyen 33 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.
Saya cuba untuk cari salinan Enakmen Bekalan Air Kelantan tapi saya tak dapat akses.
Jadi, untuk aduan, boleh gunakan format ini.
Nama Pengadu:
No. Tel:
Alamat rumah:
No. akaun bil (Rujuk bil air):
Nama pemilik akaun (kalau rumah sewa):
Tahun ni aku pernah deal dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Rumah parents tiba-tiba takde air. Jiran lain semua ada. Setiap hari abah aku pergi office untuk minta orang datang check. Setiap kali, jawapan sama, "Aduan dalam proses".
Lepas seminggu, aku pun hilang sebar.
Aku research pasal akta berkaitan dengan bekalan air negeri macam Enakmen Bekalan Air Kelantan dengan Akta Industri Perkhidmatan Air. Aku cari relevan seksyen berkenaan tugas statutori AKSB dalam aduan gangguan air. Dah ada peluru, aku pun proceed ke next step, aduan bertulis.
Bila deal dengan institusi macam ni, aduan bertulis penting, baru ada rekod. Dalam emel aku ke AKSB, aku ceritakan secara terperinci kronologi apa yang berlaku dari mula takde air, sampai ke hari-hari yang ayah aku pergi ke office untuk buat aduan.
Kalau nak tahu, di Malaysia, undang-undang pasal sewa secara umumnya lebih memihak kepada penyewa.
Sebab tu penting kena ada perjanjian sewa, untuk balancekan balik disadvantage tu.
Jadi, apa terma-terma yang sepatutnya ada dalam perjanjian sewa?
Kredit gambar: Muhsin Rozhan
1. Maklumat premis sewaan
Ini yang paling asaslah. Tuan tanah dan penyewa kena tahu dan letak dalam perjanjian sewa maklumat hartanah yang disewa iaitu jenis hartanah dan juga alamat.
2. Tempoh sewaan
Terma ini nampak mudah tapi penting juga. Tempoh sewaan sebenarnya tak melebihi 3 tahun.
Catatan dan sedikit penambahan dari sesi space semalam.
Ayuh.
Sumber gambar: Sinar Harian
1. Kes Ain ni sekarang di peringkat apa?
Baru di peringkat notis tuntutan atau Letter of Demand (LOD/NOD). Belum masuk mahkamah lagi.
Notis tuntutan ni lebih kepada amaran terakhir sebelum masuk mahkamah. Kalau mana-mana pihak akur dengan tuntutan di peringkat ini, maka kes tak masuk mahkamah.