Ain kena saman RM 1 juta? Bagus! Here's WHY.

Catatan dan sedikit penambahan dari sesi space semalam.

Ayuh.

Sumber gambar: Sinar Harian
1. Kes Ain ni sekarang di peringkat apa?

Baru di peringkat notis tuntutan atau Letter of Demand (LOD/NOD). Belum masuk mahkamah lagi.
Notis tuntutan ni lebih kepada amaran terakhir sebelum masuk mahkamah. Kalau mana-mana pihak akur dengan tuntutan di peringkat ini, maka kes tak masuk mahkamah.
2. Apa hak kita untuk saman seseorang?

Kita memang ada hak untuk saman sivil terhadap sesiapa yang kita rasa telah mengambil hak kita.
Antara contoh saman sivil:

a. Tuntutan hutang
b. Saman fitnah
c. Perlanggaran kontrak
d. Pencerobohan tanah
e. Kecuaian professional
Jika kita adalah pihak yang terkesan dengan perbuatan seseorang sama ada dari sudut kewangan, harta ataupun kesihatan diri, maka kita mempunyai hak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu tersebut bagi menuntut kerugian.
Dalam kes Ain ni, cikgu tersebut sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ain di bawah saman fitnah. Mungkin dia rasakan apa yang dikatakan oleh Ain adalah bersifat fitnah terhadap diri dia.
Oleh itu, cikgu tersebut memang ada hak untuk saman. Manakala, Ain pun ada hak untuk membuat tuntutan balas terhadap cikgu tersebut.
3. Boleh ke saman orang yang bawah umur?

Ya boleh, tiada masalah tapi dengan beberapa syarat:

a. Kena ada litigation representative (ibu bapa atau penjaga)

b. Wajib kena ada peguam

c. Apa-apa dokumen perlu diserahkan terus kepada litigation representative
4. Tapi Ain seorang je yang buat laporan polis, pelajar lain tak buat pun. Maksudnya apa yang Ain cakap tu tak betul la kan?

Tak semestinya.

Ain buat laporan polis sebab dia rasa terkesan dengan apa yang cikgu tu cakap.
Kalau pelajar-pelajar lain nak lepaskan hak mereka untuk ambil tindakan, maka itu pilihan mereka sendiri.

Pilihan tersebut tidak boleh menafikan hak Ain untuk membuat laporan polis atau ambil tindakan undang-undang lain.
5. Ada petisyen untuk kes saman Ain ni dibuang, ada apa-apa kesan ke?

Tak. Langsung tak.

Pertikaian antara Ain dan cikgu tersebut sekarang sudah jadi kes sivil. Antara individu dengan individu.
Tiada sesiapa berhak untuk halang cikgu tersebut dari saman fitnah Ain dan tiada sesiapa juga berhak untuk halang Ain dari buat tuntutan balas.
Cuba bayangkan kalau kita nak saman seseorang sebab menceroboh tanah kita tapi tiba-tiba ada orang luar suruh kita jangan saman. Orang yang ceroboh tetap tak keluar tapi kita pulak disuruh supaya jangan saman. Habis tu macam mana nak selesai masalah? Tak ke bengang kita nanti?
6. Apa maksud laporan polis Ain NFA? Siapa tentukan?

NFA singkatan kepada No Further Action.
Kalau satu laporan polis diklasifikasikan sebagai NFA, maksudnya tiada pendakwaan akan dibuat terhadap orang yang dilaporkan untuk suatu kesalahan.

Keputusan NFA memang budibicara Pendakwa Raya. Tak boleh cabar.
7. Saman fitnah ni macam mana?

Untuk suatu saman fitnah berjaya, secara ringkasnya kena ada 3 elemen iaitu:

a. Apa yang dikatakan/ditulis adalah bersifat fitnah
b. Perkataan fitnah tu merujuk kepada kita
c. Perkataan fitnah tu disebarkan kepada pihak ketiga
8. Macam mana kita nak bela diri kalau kena saman fitnah?

Ada 2 peringkat.

Pertama, kita buktikan bahawa tuntutan Plaintif gagal penuhi 3 elemen fitnah di atas.
Kedua, kita boleh gunakan beberapa pembelaan yang ada contohnya justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan bersyarat.
9. Tak melampau ke untuk cikgu tu tuntut RM 1 juta dan Ain buat tuntutan balas RM 5 juta?

Seperti yang disebut di atas, kes ini masih di peringkat notis tuntutan. Oleh itu, kedua-dua pihak bebas nak letak apa-apa jumlah sebagai tuntutan gantirugi.
Tapi, kalau kes dah difailkan di mahkamah, sepatutnya saman fitnah tak boleh letak jumlah spesifik sebab mahkamah yang akan tentukan jumlah jika mana-mana pihak berjaya buktikan kes mereka.
Kalau nanti kes ni contohnya difailkan di mahkamah tinggi, maka kita tahulah jumlah tuntutannya adalah melebihi RM 1 juta.

Dalam kes saman fitnah, kebiasaannya jumlah pampasan akan ditentukan berdasarkan reputasi orang yang kena fitnah tu. Lagi popular dan terkenal, lagi tinggi.
10. Patut ke peguam-peguam ambil kes macam ni?

Setiap dari kita berhak untuk menegakkan hak kita di mahkamah. Dan medium untuk kita berbuat demikian adalah peguam.

Peguam bawa kes untuk diputuskan di mahkamah. Bukan peguam yang bagi keputusan.
Hanya disebabkan seseorang sudah lantik peguam untuk saman, tak bermaksud semua yang dia cakap tu betul.

Sebab tu kalau kita kena saman dan kita rasa perkara ni tak betul maka kita kena bela diri kita.
Lagipun, tengok apa yang berlaku dalam kes Mohd Ridzwan Abdul Razak v Asmah Hj Mohd Nor pada tahun 2016 di Mahkamah Persekutuan.

Ini adalah kes yang membuka jalan dan menjadi asas kepada tort gangguan seksual di Malaysia. Sebelum kes ini, tiada tort gangguan seksual.
Dalam kes tersebut, pihak yang memulakan saman sebenarnya adalah Mohd Ridzwan itu sendiri yang melakukan gangguan seksual.
Dia saman fitnah terhadap Asmah atas laporan yang diberikan.

Bila Asmah kena saman, Asman buat tuntutan balas di bawah tort gangguan seksual terhadap Mohd Ridzwan.
Mahkamah akhirnya menolak saman fitnah Mohd Ridzwan dan membenarkan tuntutan balas Asmah terhadap Mohd Ridzwan sebanyak RM 120,000.
Cuba kita bayangkan kalau tiada peguam yang nak mewakili Mohd Ridzwan untuk mulakan saman fitnah tu, boleh jadi sampai ke hari ini tiada asas prinsip undang-undang untuk tort gangguan seksual.
Perkara yang sama mungkin boleh terjadi dalam kes Ain ini, jika kes ini memang diteruskan ke mahkamah.

Yang akan mendapat kebaikan sudah pasti mangsa-mangsa kepada gangguan seksual kerana mereka dah tahu apa tindakan yang boleh diambil.
11. Jadi, apa yang bagusnya kalau Ain kena saman fitnah RM 1 juta ni?

Kita semua boleh tahu apa yang sebenarnya terjadi!
Apabila laporan polis Ain telah diklasifikasikan sebagai NFA, maksudnya tidak akan sebarang pendakwaan bawah kes jenayah terhadap cikgu tu di mahkamah.
Kalau cikgu tersebut tidak teruskan saman Ain di mahkamah sivil, maka kita sebagai orang luar dan pihak ketiga tidak akan mendapat peluang untuk mengetahui fakta kes ini secara menyeluruh dan betul.

Setakat ini, apa yang kita tahu hanyalah menerusi media sahaja.
Tapi bila suatu pertikaian di bawah ke mahkamah untuk diputuskan, maka apabila kes ini tamat nanti, orang awam akan dapat fakta kes yang rasmi dan dari sumber yang kukuh. Iaitu mahkamah itu sendiri.
Walaupun ini adalah kes saman fitnah tapi segala isu berkenaan gurauan cikgu tersebut akan dibangkitkan kerana dari situlah pertikaian bermula.
Apa yang diputuskan di mahkamah akan menjadi fakta. Siapa yang menang, siapa yang kalah nanti, itulah yang akan kekal jadi fakta. Itu hakikat yang kita kena terima.
Maka sesiapa yang cenderung kepada kedua-dua pihak sama ada cikgu tersebut atau Ain, sepatutnya anda menyokong supaya kes ini diadili di mahkamah.

Biar mahkamah yang putuskan.
Ain dan cikgu tersebut akan mendapat setiap peluang untuk membela diri dan mengemukakan kes masing-masing.
Satu lagi perkara yang berpotensi menjadi sesuatu yang positif dari kes ini adalah perkembangan prinsip undang-undang untuk tort gangguan seksual di Malaysia.

Namun, perkara ini bergantung kepada kandungan tuntutan balas yang akan dibuat oleh Ain nanti di mahkamah.
Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu orang awam dalam memahami isu ini dari sudut pandang undang-undang yang betul.

***Ini adalah perkongsian secara umum sahaja dan tidak bersifat nasihat perundangan.
Boleh join discussion group Telegram Jom Tanya Peguam t.me/jomtanyapeguam

Kalau nak baca perkongsian undang-undang lain, boleh like page Jom Tanya Peguam atau layari jomtanyapeguam.com

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Nas Rahman 🏴

Nas Rahman 🏴 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MNasruddin_AR

6 Aug
Kalau kita didakwa untuk apa-apa kes jenayah, kita akan tahu sebab polis dah pernah datang 'melawat' kita.

Lain pulak kalau kena saman sivil. Tak semestinya kita tahu.

Macam mana nak tahu kita kena saman kat mahkamah mana kalau nombor kes je yang kita ada?

Thread ni panjang. Image
Situasi:

Selama ni kita tak pernah terima apa-apa surat tapi bila semak CTOS, kita tengok ada rekod satu kes saman sivil difailkan terhadap kita. Yang ada kat situ nombor kes sahaja.

Nak lantik peguam takde bajet pulak.

So apa perlu kita buat?
Okay, untuk sesiapa yang tak tahu, ini contoh nombor kes saman sivil:

WA-B52NCvC-000-08/2021

Contoh sahaja ya.
Read 24 tweets
27 Jul
Susulan thread saya bertajuk Fakta Tentang Undang-Undang Kerja Di Malaysia hari tu, antara soalan yang banyak ditanya adalah berkenaan point nombor 3 iaitu hak pekerja bergaji RM 5,000 ke atas.

Jadi, apa pilihan yang mereka ada?
Jika ada yang terlepas, boleh rujuk thread ini.

APA PILIHAN YANG ADA BAGI PEKERJA BERGAJI RM 5,000 KE ATAS?

Baik, begini.

Kita sudah tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang bergaji bawah RM 2,000 sahaja dan juga pekerja manual.
Read 13 tweets
22 Jul
Fakta Tentang Undang-Undang Kerja di Malaysia Yang Anda Mungkin Tak Pernah Tahu

Ini adalah bebenang. Image
1. Pekerja tidak diwajibkan untuk beri alasan jika ingin letak jawatan namun majikan perlu mempunyai alasan kukuh sebelum menamatkan perkhidmatan pekerja.
2. Undang-undang di Malaysia tidak melarang untuk individu bawah 18 tahun diambil bekerja namun majikan perlu patuhi syarat-syarat di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.
Read 14 tweets
1 Feb
Mesti ramai antara kita yang duduk di rumah strata kan?

Masalah yang biasa kita hadap bila duduk rumah bertingkat ni bila ada kebocoran antara tingkat.

Siapa yang perlu bertanggungjawab kalau ada kebocoran? Pihak pengurusan atau pemilik rumah atas?
Contoh situasi:

Abu tinggal di sebuah apartment di KL. Suatu hari, dia perasan banyak air menitik daripada siling bilik air rumah sampaikan keadaan bilik air tersebut sangat teruk dan baunya yang meloyakan.
Abu tanya pemilik rumah atas, Pakcik Jalil pasal ni. Pakcik Jalil cakap memang tandas rumah dia dah lama rosak. Abu bagi tempoh 3 hari kepada Pakcik Jalil bagi baiki kerosakan di bilik air beliau tapi Pakcik Jalil tetap tidak berbuat apa-apa.

Apa Abu boleh lakukan?
Read 20 tweets
22 Jan
Berikut merupakan semua bebenang undang-undang yang telah diikat kemas secara dalam talian sebagai satu untaian utama untuk bacaan semua.

Semoga bermanfaat.
6 Perkara Penting Tentang Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan Yang Perlu Pekerja Tahu

Read 18 tweets
20 Jan
Jika ada yang masih belum tahu, pindaan Industrial Relations Act sudah berkuatkuasa sejak 1.1.2021.

IRA ni penting kepada pekerja sebab prosedur untuk cabar pembuangan kerja secara tak adil di bawah akta ni.

Jadi, apa 6 perkara penting pindaan IRA yang pekerja perlu tahu?
1. RUJUKAN DARI JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN (JPP) TERUS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN

Ini adalah pindaan kepada Seksyen 20 (2) dan (3).
Jika sebelum ini, representasi oleh pekerja akan melalui proses Runding Damai di JPP. Jika tiada penyelesaian berjaya diperoleh, kes akan dirujuk ke Menteri Sumber Manusia terlebih dahulu. Kemudian, barulah Menteri Sumber Manusia akan rujuk kes kepada Mahkamah Perusahaan.
Read 34 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(