Saya pernah membuat pinjaman pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan
Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly.
Bebenang JJCMPERAK ๐๐
Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.
Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan ..
menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.
Ramly Burger diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Datoโ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap dari cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Ramly Bin Mokni adalah seorang tokoh perniagaan berasal dari Tanjung Piandang, Perak. Beliau anak yang ke 8 daripada 16 orang adik beradik. Dikatakan, beliau membesar di Sekinchan, Selangor sehingga dewasa & kemudian berpindah ke Kuala Lumpur mencari peluang pekerjaan.
Sebut sahaja burger, pasti nama satu jenama yang tidak asing lagi iaitu Ramly akan bermain di fikiran. Ya, rata-rata kita semua membesar dengan mengenal Ramly Burger dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat negara Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat.
Ramly Burger adalah jenama yang menjadi kebanggaan buat seluruh warga negara Malaysia. Hal ini kerana ia sudah cukup sinonim dengan penerimaan rakyat Malaysia dengan nama Ramly untuk makanan ala barat tambahan lagi apabila berkaitan dengan burger.
Kisahnya bermula 1978 yg mana pada waktu itu negara kita kecoh dgn isu halal haram berkenaan dgn daging burger ini. Ramly Bin Mokni sebagai pemotong daging ambil peluang ini utk buat sendiri & jual daging burger dr rumah bersama dgn bantuan isterinya,Shala Siah bt Abdul Manap
Dengan berbekalkan modal sebanyak RM2,000 pada waktu itu, mereka suami isteri telah buat sendiri daging burger secara manual dengan tanpa bantuan apa-apa mesin sokongan semata pisau sahaja di rumah mereka disebuah flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru.
Dikatakan pada mula perniagaan mereka dapat kurang sambutan kerana masyarakat di negara Malaysia pada waktu itu tidak gemar makan burger
. Namun, berkat kesabaran dan kecekalan pemilik Ramly Bin Mokni dan isteri, mereka tetap terus berniaga dan buka gerai burger berdekatan dengan kawasan Chow Kit.
Sejak dari itu, permintaan terhadap daging Ramly Burger semakin hari semakin bertambah.
Bermula dgn 200 keping daging sehari kemudian mereka mula mendapat tempahan hingga 3,000 keping sehari.
Pada 1980, mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka berjaya membuka 1 kilang di Bandar Tun Razak dgn menghasilkan kiraยฒ 10,000 keping dalam 1 hari
.
Cabaran Ramly Burger yang paling besar sewaktu mula-mula hendak membangun adalah pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) menolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger akan tetapi pihak Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka.
Hari ini, jualan tahunan Ramly Burger mencecah RM1 billion dan daging yg digunakan utk sehari menghampiri 1.5 tan utk hasilkan pelbagai jenis produk jenama Ramly. Kini, Ramly bukan sekadar mengeluarkan daging burger, malah bebola daging,daging kisar, sos cili dan banyak lg.
โข โข โข
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
TOKOH KORPORAT MELAYU YANG BERJAYA NAMUN MENINGGAL DUNIA TERLALU AWAL
Rencana ini ialah mengenai usahawan dan pengasas DRB-HICOM.Tan Sri Yahaya bin Ahmad (11 Ogos 1947 - 2 Mac 1997) ialah bekas Pengerusi DRB-HICOM, konglomerat perindustrian Malaysia.
Bebenang JJCMPERAK ๐๐
Syarikat ini mempunyai 32,000 pekerja. Beliau mendapat jolokan "Car Czar" Malaysia.
Beliau juga ketika itu sudah berjaya dalam perniagaan dan bergelar sorang jutawan ketika masih muda.Ketika itu kedudukan beliau antara top three dalam senarai individu yang terkaya di Malaysia.
Jauh meninggalkan Tan Sri Mokhtar AL Bukhari di kalangan bumiputera.
KEHIDUPAN AWAL
Yahaya Ahmad dilahirkan pada 11 Ogos 1947 di Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Antara kenalan rapat ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim
TAHUKAH KOME?
Hutan Royal Belum di Gerik, Perak adalah hutan tertua di dunia daripada hutan Amazon. Royal Belum yang berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan empat kali Singapura, berusia 130 juta tahun, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.
Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK ๐
Eksplorasi menjejaki beberapa kisah misteri, seperti kewujudan Kampung Lama Belum, ikan toman gergasi, misteri pokok ara tiga penjuru, aktiviti memburu ikan pada waktu malam, orang asli suku Jahai serta lokasi pertempuran komunis dan tentera Malaysia.
Tidak ramai tahu, dalam hutan setebal dan seluas itu, pernah ada perkampungan lama masyarakat Melayu jauh di tengah-tengah hutan dan memerlukan perjalanan dua hari untuk sampai ke lokasinya.
Ikan tapah adalah sejenis ikan yang terdapat di Sungai Perak. Ianya dianggap sebagai sejenis ikan yang tidak boleh dimakan dan dikhianati oleh keturunan Tuk Kaduk.
Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK ๐
Cerita mulut
Kisah Tuk Kaduk ini telah dikumpulkan melalui cerita mulut oleh Tuk Haji Pandak Logam bin Pandak Demat salah seorang dari keturunan Tuk Kaduk ini, yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas keronsang dari Ikan Tapah ini.
Beliau telah dilahirkan disekitar tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usianya 90 tahun.
Sultan
Dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur, menyabung ayam sangatlah disukai ramai.
"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,"
(QS. Al-Fath 48: Ayat 1)
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kite nak bukak sesuatu yg susah. Contohnya nak bukak tutup botol yg sgt ketat ke.. or, time terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal kat dalam ke.. baca la ayat ni.
Bagi ibu2 yg bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca kat air pastu bagi wife minum time dah dekat nak bersalin tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat..kena YAKIN dengan Allah.