TOKOH KORPORAT MELAYU YANG BERJAYA NAMUN MENINGGAL DUNIA TERLALU AWAL

Rencana ini ialah mengenai usahawan dan pengasas DRB-HICOM.Tan Sri Yahaya bin Ahmad (11 Ogos 1947 - 2 Mac 1997) ialah bekas Pengerusi DRB-HICOM, konglomerat perindustrian Malaysia.

Bebenang JJCMPERAK 👇👇
Syarikat ini mempunyai 32,000 pekerja. Beliau mendapat jolokan "Car Czar" Malaysia.

Beliau juga ketika itu sudah berjaya dalam perniagaan dan bergelar sorang jutawan ketika masih muda.Ketika itu kedudukan beliau antara top three dalam senarai individu yang terkaya di Malaysia.
Jauh meninggalkan Tan Sri Mokhtar AL Bukhari di kalangan bumiputera.

KEHIDUPAN AWAL

Yahaya Ahmad dilahirkan pada 11 Ogos 1947 di Marang, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Antara kenalan rapat ketika itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim
Dikatakan juga Yahya berkrisis dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menuntut di Universiti Malaya.
PENGERUSI DRB-HICOM

Yahaya mula berjinak dengan dunia automobil pada 1981 iaitu semasa selepas pelancaran kereta nasional Malaysia Proton Saga. Beliau mula dilantik menjadi pengerusi DRB-HICOM pada 1 Januari 1994.
Menerusi DRB atau Diversified Resources Bhd, Yahaya berjaya menguasai syarikat pengeluar kereta nasional Proton. Pada 1990-an kereta Proton Iswara dan Proton Wira telah dilancarkan. Pada April 1996, Proton Tiara dilancarkan.
Pada Oktober 1996, Proton melalui Yahaya telah mengambil kawalan terhadap Lotus.Kemudian diambil alih oleh Pengarah Urusan Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh dgn Tengku Mahaleel Tengku Ariff. Selepas kematian Yahaya, jawatan Pengerusi DRB HICOM diambil alih Tan Sri Mohd Saleh Sulong
Pada 1997, Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan Malaysia pemangku Perdana Menteri Malaysia bersama-sama Tan Sri Yahya menyelesaikan kesesakan jalan raya sekitar bandar raya Kuala Lumpur melalui penubuhan bas Intrakota yang menyediakan laluan khas untuk kenderaan awam.
HELIKOPTER TERHEMPAS

Beliau meninggal dunia pada 2 Mac 1997 setelah terlibat dalam kemalangan helikopter peribadi yang dinaiki bersama isterinya Rohana Othman yang meletup dan terhempas di Kampung Jeransang, Sungai Tamar, Kuala Lipis, Pahang.
Ketika itu mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, menziarahi ibu Mandak Omar di Marang.

Helikopter jenis Agusta A109E pada ketinggian 2,900m terhempas di kebun berhampiran dengan kawasan perumahan di Kampung Atong, Jerangsang kira-kira 40 km dari Kuala Lipis.
Juruterbang Mejar (B) Azlizan Abdul Manas (32 tahun) dari Batu Pahat, Johor turut terbunuh. Helikopter tersebut milik syarikat Gadek Aviation Helicopter Sdn. Bhd., salah sebuah anak syarikat DRB-HICOM.
Enjinnya berhadapan dengan masalah selepas 30 minit penerbangan dari Helipad Segambut, Kuala Lumpur.

Jenazah Yahaya dan isteri, Rohana dibawa pulang ke Terengganu pada 4 Mac 1997 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Marang.
2 anak mereka yg belajar di UK segera plg ke rmh di Kelana Jaya.

PENGHARGAAN

Bagi menghargai jasanya,pd 15 Julai 1997 pusat latihan kemahiran Institut Kemahiran Mara Pekan (IKM Pekan) di Pekan, Pahang dinamakan semula sbg Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad (IKM TSYA).
Terdapat sebuah jalan yg diberi nama Jalan Yahaya Ahmad yg dinamakan sempena namanya, ia terletak di Dungun, Terengganu.

KELUARGA

Yahya mendirikan rmh tangga Rohana Othman pd 17 Januari 1978 & mereka dikurniakan 4 orang anak. Anak mereka ialah Yatina, Nadiya, Aman dan Faez.
RUJUKAN

Michael Harrison (5 Mac 1997). Millionaire behind Lotus killed in crash Independent. Diperoleh pada 30 Ogos 2018.

The long winding road The Star Online (11 April 2009). Diperoleh pada 11 April 2009.
"Business magnate Yahaya Ahmad killed in helicopter crash", New Straits Times, 3 March 1997.

"Pengerusi DRB-HICOM maut nahas helikopter", Berita Harian, 3 Mac 1997.
Enjin helikopter tidak berfungsi secara normal Mail Archive. Diperoleh pada 11 April 2015.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI

JJCM@PERAK #portMAKAN #travelPERAK #infoSANTAI Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @JJCMPERAK

24 Oct
🍔RAMLY: The King of Malaysian Burger 🍔

RAMLY BIN MOKNI

Saya pernah membuat pinjaman pada 1987 tetapi ditolak oleh institusi kewangan

Ramai peniaga burger di luar sana menjual burger dengan menggunakan produk jenama Ramly.

Bebenang JJCMPERAK 👇👇 ImageImageImageImage
Namun kebanyakan daripada mereka tidak kenal bagaimanakah paras rupa pemilik kepada jenama tersohor iaitu Ramly Burger.

Pernah satu ketika, Ramly Bin Mokni iaitu pemilik kepada Ramly Burger keluar membeli burger dengan peniaga di jalanan ..
menggunakan jenama Ramly Burger namun tidak mengenalinya dan buat tidak tahu sahaja dengan kehadiran pemilik Ramly Burger tersebut. Begitu rendah diri orangnya.
Read 14 tweets
23 Oct
This is BEST bro... Ayuh support gais‼️

📌 KOPI DEPAN RUMAH IPOH
Taman Meru, OPOH

Fb n maps:

facebook.com/kopidepanrumah…

SABTU & AHAD ImageImageImageImage
Image
Image
Read 6 tweets
16 Oct
Puas hati...

📌Rumah Sungai ,

Kg kuak, lenggong.
Pakej ONS breakfast, set ikan bako untuk lunch komer weh...

Tojon sungey mandi sampey BIRU 🤭
Suasana pagi..fuhh
Read 14 tweets
1 Jul
TAHUKAH KOME?
Hutan Royal Belum di Gerik, Perak adalah hutan tertua di dunia daripada hutan Amazon. Royal Belum yang berkeluasan 300,000 hektar iaitu bersamaan empat kali Singapura, berusia 130 juta tahun, menyimpan pelbagai rahsia dan misteri.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇
Eksplorasi menjejaki beberapa kisah misteri, seperti kewujudan Kampung Lama Belum, ikan toman gergasi, misteri pokok ara tiga penjuru, aktiviti memburu ikan pada waktu malam, orang asli suku Jahai serta lokasi pertempuran komunis dan tentera Malaysia.
Tidak ramai tahu, dalam hutan setebal dan seluas itu, pernah ada perkampungan lama masyarakat Melayu jauh di tengah-tengah hutan dan memerlukan perjalanan dua hari untuk sampai ke lokasinya.
Read 49 tweets
30 Jun
Tahukah kome?

Ikan Tapah

Ikan tapah adalah sejenis ikan yang terdapat di Sungai Perak. Ianya dianggap sebagai sejenis ikan yang tidak boleh dimakan dan dikhianati oleh keturunan Tuk Kaduk.

Ini adalah BEBENANG JJCMPERAK 👇
Cerita mulut

Kisah Tuk Kaduk ini telah dikumpulkan melalui cerita mulut oleh Tuk Haji Pandak Logam bin Pandak Demat salah seorang dari keturunan Tuk Kaduk ini, yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas keronsang dari Ikan Tapah ini.
Beliau telah dilahirkan disekitar tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usianya 90 tahun.

Sultan

Dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur, menyabung ayam sangatlah disukai ramai.
Read 36 tweets
28 Jun
Dgr ceramah ustaz Kazim ..ade sentuh pasal ayat 1 surah Al-Fath.

اِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِيْنًا 

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,"
(QS. Al-Fath 48: Ayat 1) Image
Ayat ni elok diamalkan terutama masa kita kite nak bukak sesuatu yg susah. Contohnya nak bukak tutup botol yg sgt ketat ke.. or, time terkunci pintu rumah tapi kunci tertinggal kat dalam ke.. baca la ayat ni.
Bagi ibu2 yg bakal bersalin, elok dibaca sebagai ayat selusuh oleh para suami. Baca kat air pastu bagi wife minum time dah dekat nak bersalin tu. Insya Allah.. Allah permudahkan. Tapi dengan syarat..kena YAKIN dengan Allah.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(