[Thread] Keputusan akhir kes kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diketahui hari ini.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan untuk mengetahui nasib 18 penuntut yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan #Zulfarhan
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 10 pagi ini.

Ia sekaligus akan menjawab segala pertanyaan seluruh rakyat Malaysia sama ada 18 penuntut berkenaan didapati bersalah atas pertuduhan itu atau dibebaskan
' #justice4farhan'
' #sayNOtoBULLY '
' #humanity '

Ibu bapa #Zulfarhan tiba di Kompleks Mahkamah KL untuk mendengar keputusan kes pembunuhan anak mereka pagi ini

Kedua-dua mereka kelihatan tenang.
[Video] “Moga Allah SWT makbulkan permintaan kami supaya Farhan Osman (Zulfarhan) mendapat pembelaan yang sewajarnya”.

Reaksi sebak ibu kepada arwah #Zulfarhan, Hawa Osman ketika ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.
Mengimbau kembali kes yang pernah menggemparkan tanah air ini, Zulfarhan Osman berusia 21 tahun pada waktu kejadian telah ditekap dengan seterika wap di dalam bilik 4-10, asrama penginapan UPNM antara jam 4 pagi dan 6 pagi pada 22 Mei 2017
"Zulfarhan jerit, tarik kaki semasa ditekap seterika wap"

"Zulfarhan juga menjerit 'jangan buat lagi!',"

Itu antara kenyataan tertuduh kelima di mahkamah.

Perbuatan tertuduh menyebabkan pegawai kadet laut #Zulfarhan menderita melecur di bahagian dada, tangan dan kaki
Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017

Ketua Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi KL merumuskan punca kematian disebabkan jangkitan kuman di dada & luka lecur utama 'sequela'
Jenazah #Zulfarhan dibawa ke kampung halamannya di Johor Bahru selepas solat jenazah di Masjid UniTEN.
Jenazah #Zulfarhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru

Susulan kes itu, 36 individu berusia 20 hingga 21 tahun terdiri daripada penuntut UPNM dan UNITEN ditahan bagi membantu siasatan
Pada 8 April lepas, pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM & dua saksi lain iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan & penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada prosiding membela diri yang bermula 2 Okt 2019
Lima tertuduh iaitu

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
Muhammad Azamuddin Mad Sofi
Muhammad Najib Mohd Razi
Muhammad Afif Najmudin Azahat
Mohamad Shobirin Sabri

berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Pertuduhan adalah di bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha.....
....Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman & Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka dituduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba.
Pertuduhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Al Fatihah buat Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
[TERKINI] Enam penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[TERKINI] 18 penuntut UPNM didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi KL atas tuduhan cederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain
[Berita] Enam penuntut UPNM didapati bersalah sebabkan kematian Zulfarhan Osman bernama.com/bm/jenayah_mah…
[TERKINI] Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana sebabkan kematian #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[TERKINI] 17 penuntut UPNM dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi KL kerana cederakan #Zulfarhan Osman Zulkarnain
[Video] "Jangan jadi pembuli.. ia boleh hilangkan nyawa, kesannya kepada ibu bapa, seperti saya telah kehilangan anak sulung yang menjadi harapan keluarga,".

Itu reaksi bapa #Zulfarhan, Zulkarnain Idros selepas mendengar keputusan kes pembunuhan anaknya di Kompleks Mahkamah KL
“Ya, kami akan memfailkan rayuan.”

Kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun apabila ditanya sama ada AGC akan memfailkan rayuan untuk mengembalikan Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap tertuduh

#Zulfarhan

bernama.com/bm/jenayah_mah…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with BERNAMA

BERNAMA Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @bernamadotcom

31 Oct
Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Kuching 7.05 pagi ini - Setiausaha Agung PRS Image
Sarawak Deputy Chief Minister James Jemut Masing died at Normah Medical Centre, Kuching at 7.05am today - PRS Sec-Gen
Ahli keluarga terdekat Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing dilihat memasuki Pusat Perubatan Normah, Kuching. ImageImage
Read 9 tweets
30 Oct
Belia membentuk hampir 68 peratus populasi tenaga kerja, mewakili 47 peratus keseluruhan populasi #KeluargaMalaysia - PM @IsmailSabri60 Image
Kabinet putuskan takkan rayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, 1 Jan 2022 bermula pendaftaran automatik Undi 18 - PM @IsmailSabri60 Image
Umur calon pilihan raya bermula daripada 18 tahun ke atas - PM @IsmailSabri60 Image
Read 5 tweets
13 Sep
Titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Ke-14

(1/8)
(2/8)
(3/8)
Read 8 tweets
13 Sep
TERKINI! Kerajaan hari ini tandatangani MoU transformasi dan kestabilan politik dengan Pakatan Harapan di Parlimen
Kerajaan Persekutuan dan PH lakar sejarah meterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik - PM @IsmailSabri60
📌MoU bentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Agong

📌Transformasi diperkenal kerajaan dorong tadbir urus cemerlang perangi COVID-19, pemulihan ekonomi dan pemangkin iklim pelaburan kondusif
Read 4 tweets
13 Sep
#Belanjawan2022:

📌Agenda utama bela kebajikan tentera, veteran ATM dan ahli keluarga aspek perumahan, perkhidmatan kesihatan

📌Perkukuh keselamatan negara sebagai keutamaan tertinggi agenda utama

@HishammuddinH2O @MINDEFMalaysia
📌MINDEF rancang naik taraf lima hospital ATM dan bina lima politeknik baharu

📌50 anggota ATM akan diaturgerak bertugas di Hospital Medan, Hospital Pulau Pinang

📌Hospital Medan yang dibuka di Hospital Pulau Pinang dijangka beroperasi sepenuhnya hujung minggu ini
📍 #Budget2022: Defence Ministry's main agenda is welfare of military personnel, veterans and family members in terms of housing, health services

📍 #Budget2022: Strengthening national security top priority of Defence Ministry

Source : @HishammuddinH2O
Read 5 tweets
13 Sep
#COVID: 16,073 kes baharu, Sarawak catat rekod tertinggi - KP Kesihatan @DGHisham

Negeri dengan kes tertinggi;

Sarawak - 3,522 kes
Johor - 2,030 kes
Selangor - 1,947 kes
Sabah - 1,649 kes
COVID: 24,813 kes sembuh hari ini, jumlah kumulatif pulih kini 1,746,526 - KP Kesihatan @DGHisham
COVID: 32 kluster baharu dikesan, 16 daripadanya berkaitan tempat kerja - KP Kesihatan @DGHisham
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(