Terjemahan tepat untuk laa ikraaha fiddin bukan 'tidak ada paksaan dalam Islam' tetapi 'tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam'. Ayat ini untuk bukan Islam; mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Adapun orang Islam mereka wajib mentaati perintah Allah SWT. Rujuk kitab² tafsir.
Menurut Imam Ibn Ashur :

Ayat ini datang selepas ayat yang memerintahkan jihad :

وقاتلوا في سبيل الله
واعلموا أن الله سميع عليم

“dan berperanglah di jalan Allah dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mendengar & Maha Mengetahui.”

[Al-Baqarah : 244]
Jadi perintah berjihad ini seolah olah memberikan gambaran kepada pendengar bahawa tujuan disyariatkan jihad adalah untuk memaksa manusia memeluk Islam.

Maka sebab itu disebutkan ayat :

لا إكراه في الدين

“Tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam”

[Al-Baqarah : 256]
Apa yang dimaksudkan dengan ikrah (paksaan) dalam ayat ini?

Kata Sheikhul Azhar Ali Tantawi :

حمل الغير على قول أو فعل لا يريده عن طريق التخويف أو التعذيب أو ما يشبه ذلك.

“memaksa ke atas seseorang sesuatu perkataan atau perbuatan yang tidak ingin dilakukannnya..
melalui cara ugutan menakutkan atau penyeksaan atau yang serupa dengannya.”

Jadi dinafikan adanya sebarang pemaksaan untuk memeluk Islam kerana unsur pemaksaan bertentangan dengan agama yang bersifat pematuhan dan penyerahan diri kepada Allah.

Andai dipaksa akan semakin lari.
Makna 'tidak ada paksaan untuk bukan Islam memeluk Islam' juga disokong oleh konteks ayat.

Dalam ayat ini disebutkan juga :

قد تبين الرشد من الغي

“Telah menjadi jelas petunjuk dan kesesatan.”

Oleh kerana petunjuk iaitu Islam itu jelas dan kesesatan iaitu selain Islam jelas,
maka tidak perlu sebarang paksaan bagi seseorang memeluk Islam.

Dengan dalil² & hujah² yang membutikkan kebenaran Islam itu sudah memadai untuk seseorang memeluk Islam.

Wallahua'alam

Rujuk : Tafsir Ibn 'Asyur & Tafsir Al-Wasit.

*Rasuah tetap haram huhu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

25 Nov
Dalam Al-Quran ada disebutkan tentang rasuah. Tapi Al-Quran tidak menggunakan perkataan رشوة (rasuah) tetapi perkataan lain iaitu هدية (hadiah).

Ini hakikat sebenar rasuah yang cuba dihalalkan oleh manusia yang melakukannya iaitu dengan menjadikannya sebagai 'hadiah'.

[1/11]
Perkataan هدية disebutkan dua kali dalam Al-Quran; dalam surah yang sama (Al-Naml) & kisah yang sama iaitu kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'.

Iaitu ketika burung Hudhud diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat baginda kepada Ratu Saba' agar beriman.

[2/11]
Setelah surat itu diterima, Ratu Saba' merasa takut & bimbang maka beliau bertanyakan pendapat pembesar tentang perkara tersebut tetapi mereka menyerahkan keputusan kepada beliau.

Maka beliau menggunakan 'senjata hadiah' (baca : rasuah) untuk menundukkan Nabi Sulaiman.

[3/11]
Read 13 tweets
24 Nov
Tiga Peringkat Ikhlas :

1- Peringkat tertinggi : melakukan ibadat hanya semata mata kerana Allah; mematuhi perintahNya dan menunaikan hak hak pengabadian kepadaNya.

2- Peringkat sederhana : melakukan ibadat kerana Allah BERSAMA NIAT mendapat balasan akhirat & nikmat syurga.
3- Peringkat terendah : melakukan ibadat kerana Allah SWT BERSAMA NIAT untuk mendapat ganjaran dunia seperti kekayaan, kehidupan yang baik & kesejahteraan.

Peringkat kedua & ketiga adalah masih dalam lingkungan ikhlas walaupun berbeza dari sudut darjat dengan yang pertama. W/A.
Rujuk :

Al-Qasd wa Al-Talattuf, m/s 117.
Read 4 tweets
11 Oct
[Doa Tidak Makbul Jika Tajwid & Makhraj Salah?]

1- Ini adalah cara yang berlebih lebihan untuk mempromosikan kelas tajwid.

Tidak dinafikan kepentingan tajwid dan makhraj tetapi ia tidaklah sampai ke tahap menghalang kemakbulan doa andai kita tersilap dalam sebutan.

Teruskan⬇️
2- Adakah doa yang dibaca tanpa sebutan yang betul tidak dimakbulkan?

Fatwa Imam Ibn Taimiyyah :

عن رجل دعا دعاء ملحونا، فقال له رجل: ما يقبل الله دعاء ملحونا، وأما من دعا الله مخلصا له الدين بدعاء جائز سمعه الله وأجاب دعاه، سواء كان معربا أو ملحونا، والكلام المذكور لا أصل له.
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berdoa dengan melakukan kesalahan tatabahasa. Seorang lelaki lain berkata; Allah SWT tidak akan menerima doa yang salah dari sudut tatabahasa."
Read 10 tweets
11 Oct
Ramainyaaa reply. 🥺
Risiko tinggi jugak tweet ni.
Read 4 tweets
11 Oct
Orang yang dah mati pun tidak selamat dari kejahatan Zionis.

Semalam dengan menggunakan jentolak, Zionis mengorek dan meratakan Perkuburan Yusufiyyah milik orang Islam di Al-Aqsa Dengan tujuan untuk membina taman!

Gambar menunjukkan tulang² dari sebuah kubur yang telah digali.
Tulang tulang milik orang Islam yang bertaburan dari kubur mereka setelah Zionis menggali dan meratakannya dengan jentolak. Jahatnya mereka! #IsraeliCrimes
#IsraeliTerrorists #SavePalestine #SaveAqsa
“Hidup di Al-Quds adalah kamu akan hidup dalam kebimbangan yang berterusan terhadap ahli keluargamu sama ada mereka masih hidup atau telah mati.”

Ala' Nabatibah melihat kubur anaknya yang telah dikorek oleh Zionis. Hancur hati seorang ibu. #IsraeliCrimes #IsraeliApartheid
Read 10 tweets
10 Oct
Laptop_amanah selalu ada iklan di ig story. Nampak seolahnya meyakinkan sebab dia tunjuk ss bank in, penghantaran, review 'orang yang beli'. Tapi semua tu penipuan. Harap dapat berhati hati. Scammer macam ini akan terus mencari mangsa baru.
Ada lagi.

Senarai takkan habis. Akan ada scammer baru muncul selepas ini.

Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(