3- Peringkat terendah : melakukan ibadat kerana Allah SWT BERSAMA NIAT untuk mendapat ganjaran dunia seperti kekayaan, kehidupan yang baik & kesejahteraan.
Peringkat kedua & ketiga adalah masih dalam lingkungan ikhlas walaupun berbeza dari sudut darjat dengan yang pertama. W/A.
Dalam Al-Quran ada disebutkan tentang rasuah. Tapi Al-Quran tidak menggunakan perkataan رشوة (rasuah) tetapi perkataan lain iaitu هدية (hadiah).
Ini hakikat sebenar rasuah yang cuba dihalalkan oleh manusia yang melakukannya iaitu dengan menjadikannya sebagai 'hadiah'.
[1/11]
Perkataan هدية disebutkan dua kali dalam Al-Quran; dalam surah yang sama (Al-Naml) & kisah yang sama iaitu kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'.
Iaitu ketika burung Hudhud diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat baginda kepada Ratu Saba' agar beriman.
[2/11]
Setelah surat itu diterima, Ratu Saba' merasa takut & bimbang maka beliau bertanyakan pendapat pembesar tentang perkara tersebut tetapi mereka menyerahkan keputusan kepada beliau.
Maka beliau menggunakan 'senjata hadiah' (baca : rasuah) untuk menundukkan Nabi Sulaiman.
Terjemahan tepat untuk laa ikraaha fiddin bukan 'tidak ada paksaan dalam Islam' tetapi 'tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam'. Ayat ini untuk bukan Islam; mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Adapun orang Islam mereka wajib mentaati perintah Allah SWT. Rujuk kitab² tafsir.
Menurut Imam Ibn Ashur :
Ayat ini datang selepas ayat yang memerintahkan jihad :
وقاتلوا في سبيل الله
واعلموا أن الله سميع عليم
“dan berperanglah di jalan Allah dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mendengar & Maha Mengetahui.”
[Al-Baqarah : 244]
Jadi perintah berjihad ini seolah olah memberikan gambaran kepada pendengar bahawa tujuan disyariatkan jihad adalah untuk memaksa manusia memeluk Islam.
1- Ini adalah cara yang berlebih lebihan untuk mempromosikan kelas tajwid.
Tidak dinafikan kepentingan tajwid dan makhraj tetapi ia tidaklah sampai ke tahap menghalang kemakbulan doa andai kita tersilap dalam sebutan.
Teruskan⬇️
2- Adakah doa yang dibaca tanpa sebutan yang betul tidak dimakbulkan?
Fatwa Imam Ibn Taimiyyah :
عن رجل دعا دعاء ملحونا، فقال له رجل: ما يقبل الله دعاء ملحونا، وأما من دعا الله مخلصا له الدين بدعاء جائز سمعه الله وأجاب دعاه، سواء كان معربا أو ملحونا، والكلام المذكور لا أصل له.
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berdoa dengan melakukan kesalahan tatabahasa. Seorang lelaki lain berkata; Allah SWT tidak akan menerima doa yang salah dari sudut tatabahasa."
Orang yang dah mati pun tidak selamat dari kejahatan Zionis.
Semalam dengan menggunakan jentolak, Zionis mengorek dan meratakan Perkuburan Yusufiyyah milik orang Islam di Al-Aqsa Dengan tujuan untuk membina taman!
Gambar menunjukkan tulang² dari sebuah kubur yang telah digali.
Laptop_amanah selalu ada iklan di ig story. Nampak seolahnya meyakinkan sebab dia tunjuk ss bank in, penghantaran, review 'orang yang beli'. Tapi semua tu penipuan. Harap dapat berhati hati. Scammer macam ini akan terus mencari mangsa baru.