Dalam Al-Quran ada disebutkan tentang rasuah. Tapi Al-Quran tidak menggunakan perkataan رشوة (rasuah) tetapi perkataan lain iaitu هدية (hadiah).

Ini hakikat sebenar rasuah yang cuba dihalalkan oleh manusia yang melakukannya iaitu dengan menjadikannya sebagai 'hadiah'.

[1/11]
Perkataan هدية disebutkan dua kali dalam Al-Quran; dalam surah yang sama (Al-Naml) & kisah yang sama iaitu kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba'.

Iaitu ketika burung Hudhud diperintahkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyampaikan surat baginda kepada Ratu Saba' agar beriman.

[2/11]
Setelah surat itu diterima, Ratu Saba' merasa takut & bimbang maka beliau bertanyakan pendapat pembesar tentang perkara tersebut tetapi mereka menyerahkan keputusan kepada beliau.

Maka beliau menggunakan 'senjata hadiah' (baca : rasuah) untuk menundukkan Nabi Sulaiman.

[3/11]
Firman Allah :

"Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan (membawa) hadiah dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan itu." [27:35]

Beliau telah menggunakan 'senjata harta' untuk menghalang dakwah Nabi Sulaiman.

[4/11]
Kenapa digunakan istilah hadiah tetapi bukan rasuah?

Ini kerana istilah rasuah terlalu jelas & boleh jadi orang yang ingin dirasuah akan menolaknya. Tetapi jika digunakan istilah 'hadiah' ia kelihatan lebih baik.

Ratu Saba' bermain dengan istilah & memanupilasikannya.

[5/11]
Apa respon Nabi Sulaiman?

Baginda seorang Nabi dan pemimpin yang berprinsip yang tidak akan menjual agama & perjuangan kerana harta dunia walau berapa pun nilainya.

Rasuah tersebut ditolak dengan penuh kemegahan agama bahkan baginda mengancam untuk isytiharkan perang!

[6/11]
Firman Allah SWT :

Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, Sulaiman berkata, "Apakah (patut) kamu memberi aku harta? Apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu, tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu. [27:36]

[7/11]
Baginda berikrar menawan Saba' :

"Kembalilah kepada mereka! Sungguh, Kami pasti akan mendatangi mereka dengan bala tentara yang mereka tidak mampu melawannya, & akan kami usir mereka dari negeri itu secara terhina dan mereka akan menjadi tawanan yang hina dina." [27:37]

[8/11]
Kesimpulan :

i - Perkataan 'hadiah' dalam Al-Quran digunakan untuk konteks celaan. Tetapi hadiah yang tercela adalah yang menjadi rasuah. Manakala pemberian hadiah yang bukan rasuah adalah harus dan sunat jika dilakukan kerana Allah. Terdapat hadith yang galakkan hadiah.

[9/11]
ii - Ratu Saba' ialah antara individu terawal yang bermain main dengan istilah iaitu dengan menukar istilah rasuah kepada hadiah. Sejak daripada itu semua rasuah yang diberikan kepada orang yang berkuasa untuk mendapatkan sesuatu dinamakan sebagai 'hadiah'.

[10/11]
iii - Prinsip & kebijaksanaan Nabi Sulaiman. Baginda menyedari bahawa hadiah yang cuba ditawarkan oleh Ratu Saba' adalah rasuah maka baginda menolaknya dan tegas. Baginda tidak menjual agama & prinsip beliau untuk harta dunia. Ini perlu dicontohi oleh setiap orang.

[11/11]
Wallahua'alam.

Rujukan :

Lathaif Quraniyyah, Sheikh Dr Solah Al-Khalidi, m/s 116-118, Darul Qalam.

Channel telegram : t.me/fakhrifadzli

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Fakhri 🇲🇾🇵🇸

Fakhri 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fakhrifadzli

24 Nov
Tiga Peringkat Ikhlas :

1- Peringkat tertinggi : melakukan ibadat hanya semata mata kerana Allah; mematuhi perintahNya dan menunaikan hak hak pengabadian kepadaNya.

2- Peringkat sederhana : melakukan ibadat kerana Allah BERSAMA NIAT mendapat balasan akhirat & nikmat syurga.
3- Peringkat terendah : melakukan ibadat kerana Allah SWT BERSAMA NIAT untuk mendapat ganjaran dunia seperti kekayaan, kehidupan yang baik & kesejahteraan.

Peringkat kedua & ketiga adalah masih dalam lingkungan ikhlas walaupun berbeza dari sudut darjat dengan yang pertama. W/A.
Rujuk :

Al-Qasd wa Al-Talattuf, m/s 117.
Read 4 tweets
24 Nov
Terjemahan tepat untuk laa ikraaha fiddin bukan 'tidak ada paksaan dalam Islam' tetapi 'tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam'. Ayat ini untuk bukan Islam; mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Adapun orang Islam mereka wajib mentaati perintah Allah SWT. Rujuk kitab² tafsir.
Menurut Imam Ibn Ashur :

Ayat ini datang selepas ayat yang memerintahkan jihad :

وقاتلوا في سبيل الله
واعلموا أن الله سميع عليم

“dan berperanglah di jalan Allah dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha Mendengar & Maha Mengetahui.”

[Al-Baqarah : 244]
Jadi perintah berjihad ini seolah olah memberikan gambaran kepada pendengar bahawa tujuan disyariatkan jihad adalah untuk memaksa manusia memeluk Islam.

Maka sebab itu disebutkan ayat :

لا إكراه في الدين

“Tidak ada paksaan untuk memeluk agama Islam”

[Al-Baqarah : 256]
Read 8 tweets
11 Oct
[Doa Tidak Makbul Jika Tajwid & Makhraj Salah?]

1- Ini adalah cara yang berlebih lebihan untuk mempromosikan kelas tajwid.

Tidak dinafikan kepentingan tajwid dan makhraj tetapi ia tidaklah sampai ke tahap menghalang kemakbulan doa andai kita tersilap dalam sebutan.

Teruskan⬇️
2- Adakah doa yang dibaca tanpa sebutan yang betul tidak dimakbulkan?

Fatwa Imam Ibn Taimiyyah :

عن رجل دعا دعاء ملحونا، فقال له رجل: ما يقبل الله دعاء ملحونا، وأما من دعا الله مخلصا له الدين بدعاء جائز سمعه الله وأجاب دعاه، سواء كان معربا أو ملحونا، والكلام المذكور لا أصل له.
"Diriwayatkan bahawa seorang lelaki berdoa dengan melakukan kesalahan tatabahasa. Seorang lelaki lain berkata; Allah SWT tidak akan menerima doa yang salah dari sudut tatabahasa."
Read 10 tweets
11 Oct
Ramainyaaa reply. 🥺
Risiko tinggi jugak tweet ni.
Read 4 tweets
11 Oct
Orang yang dah mati pun tidak selamat dari kejahatan Zionis.

Semalam dengan menggunakan jentolak, Zionis mengorek dan meratakan Perkuburan Yusufiyyah milik orang Islam di Al-Aqsa Dengan tujuan untuk membina taman!

Gambar menunjukkan tulang² dari sebuah kubur yang telah digali.
Tulang tulang milik orang Islam yang bertaburan dari kubur mereka setelah Zionis menggali dan meratakannya dengan jentolak. Jahatnya mereka! #IsraeliCrimes
#IsraeliTerrorists #SavePalestine #SaveAqsa
“Hidup di Al-Quds adalah kamu akan hidup dalam kebimbangan yang berterusan terhadap ahli keluargamu sama ada mereka masih hidup atau telah mati.”

Ala' Nabatibah melihat kubur anaknya yang telah dikorek oleh Zionis. Hancur hati seorang ibu. #IsraeliCrimes #IsraeliApartheid
Read 10 tweets
10 Oct
Laptop_amanah selalu ada iklan di ig story. Nampak seolahnya meyakinkan sebab dia tunjuk ss bank in, penghantaran, review 'orang yang beli'. Tapi semua tu penipuan. Harap dapat berhati hati. Scammer macam ini akan terus mencari mangsa baru.
Ada lagi.

Senarai takkan habis. Akan ada scammer baru muncul selepas ini.

Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(