Bisa ular adalah antara toksin paling merbahaya di dunia. Setiap tahun dianggarkan lebih 3 juta orang dipatuk ular dan 80 ribu orang mati dipatuk ular.
Tapi korang tau tak kita secara teknikalnya boleh makan kepala ular sekali dengan bisa dia dan kita masih selamat?
Ada sesetengah bahan racun dan bisa daripada haiwan adalah bahan toksin jenis protein. Kebanyakan toksin yang sangat merbahaya adalah jenis protein disebabkan sifatnya yang sangat spesifik dan tepat. Gambar di bawah ni contoh rupa model protein bisa ular.
Misalnya, setitik bisa ular kapak mengandungi enzim (bahan protein) yang menyebabkan darah menjadi bergumpal, seterusnya menyebabkan saluran darah tersumbat dan akhirnya kematian.
Walau bagaimanapun, toksin jenis protein ini juga mempunyai kelemahan tersendiri yakni ia mempunyai sifat seperti protein. Sebagaimana protein susu bergumpal menjadi pepejal kerana asid, sebagaimana telur menjadi pepejal apabila dimasak,
-sifat yang sama boleh ditemui pada toksin jenis protein seperti ular. Secara teknikalnya, ya, anda boleh makan kepala ular yang penuh bisa tanpa sebarang komplikasi sekiranya ia betul betul masak.
Sebab itu jugalah kala jengking adalah selamat dimakan sebagai makanan eksotik di sesetengah negara kerana bisanya juga adalah toksin jenis protein.
Berbanding ular, racun ikan buntal adalah toksin jenis bukan protein, jadi sebab itu walaupun bahagian beracun ikan buntal seperti ovarinya dimasak betul betul, toksinnya masih kekal beracun. Tengok struktur kimia racun buntal dengan bisa ular dan kala jengking pun tak sama.
Sekian untaian kontot biologi untuk hari ni. Aku ada ceritakan dengan lebih mendalam tentang karakteristik protein dalam buku BIOLOGIA aku.
Sebagai contoh, pernah terfikir tak kenapa tangan kita sakit bila rendam dalam thinner lama lama? Haa benda ni pun ada kaitan dengan sifat protein tu dan aku ada cerita dalam buku BIOLOGIA tu. Boleh beli pada pautan:
Waktu korang tengok gambar ni mungkin korang akan terfikir, ni gambar dalam mulut ke? Tapi kenapa ada bulu bulu dekat situ?
Ni bukan mulut ya. Ni dalam ovari manusia. Jadi, kenapa boleh ada gigi dan bulu rambut dalam ovari ni?
Untaian sains sel stem!
Gigi dan bulu rambut tu boleh muncul situ sebab ovari tu terkena tumor. Jadi apa kaitan tumor dengan gigi dan bulu rambut ni?
Untuk jawab benda tu, kita kena cerita pasal topik lain.
Korang pernah terfikir tak dari mana datang kita punya sel dan tisu badan. Dari mana sel kulit kita berasal? Dari mana sel darah kita dicipta? Mesti ada pencipta dan pengilangnya kan? Jawapan untuk hal ini ialah sel stem.
Katakanlah korang lalu lalang di kawasan tasik. Contohnya tasik di kawasan rumah aku yakni Taman Tasik Cempaka di Bangi (a.k.a Taman Tasik Maksiat). Korang perasan tak bau air tasik ni agak berbau tak macam di sungai dan laut?
Benda ni buat aku teringat masa semasa tahun ketiga aku di universiti, aku telah terlibat dengan program SASET di mana kami perlu menanam anak pokok hutan dek kebakaran di hutan sekitar Tasik Bera. Seterusnya, kami bergerak ke Tasik Bera untuk kajian lapangan kami.
Air di situ, sekalipun air paip mahupun tandas awam, pasti berbau seperti tasik. Memang bau tasik kaw kaw.
Jadi, kenapa air tasik berbau busuk? Inilah apa yang membuatkan aku terfikir sepanjang kajian lapangan itu dibuat.
Pengguna Twitter hanya merangkumi 30% daripada total rakyat Malaysia, dalam 2 juta lebih. Sedangkan FB pula merangkumi 70% rakyat Malaysia, dalam 20 juta lebih. Kebanyakan pengguna Twitter adalah golongan urban dan orang muda. FB pula urban dan luar bandar, golongan tua dan muda.
Jadi sebab tu walau bangang macam mana pun pengguna FB, sentimen mereka boleh diterjemahkan kepada pandangan majoriti rakyat Malaysia, sedangkan Twitter tidak. Pandangan pengguna yang kebanyakannya urban dan muda ni terlalu kecil untuk mewakili pandangan total rakyat kita.
Ya, faham marah dengan Sultan, tapi kot ya pun marah dengan Sultan yang deme pergi angkat Jebat sebagai hero tu dah kenapa? Kalau pernah baca Hikayat Hang Tuah, mesti korang takkan 'hero' kan Jebat.
Hang Jebat dalam filem =/= Hang Jebat ori dalam Hikayat Hang Tuah.
Hang Jebat dalam HHT, masa dia mengamuk tuntut dendam atas nama Tuah tu langsung takde unsur marhaen. Masa dia mengamuk tu, ribuan orang awam tak berdosa dibunuh Jebat. Tak cukup lagi, dia berzina dan rogol dayang istana. Haa, inilah 'hero' kalian.
Jebat bukan berjuang untuk marhaen pun, lebih kepada mengamuk atas nama Tuah je sambil rampas takhta Sultan sebagai tanda memberontak. Itu je la dia buat. Kira agak 'wasted potential' sebenarnya.
Aku tak faham kenapa ramai sangat minta aku tulis artikel pasal lipas. Katanya tak faham kenapa lipas ni wujud. Pengotor etc.
Kesian lipas kena stigma pengotor, padahal dia ni antara binatang terbersih di dunia.
Ini adalah bebenang sains serangga!
Ya, serious. Lipas ni sama pembersih dengan kucing. Aku tak terkejut pun kalau ratio bakteria pada tangan kita lagi banyak daripada ratio bakteria di kaki lipas.
Sebagai pemula, lipas ni dah muncul sejak zaman Jurassic dan saudara paling rapat bagi keluarga lipas ialah anai anai. Ya, anai anai. Nama saintifiknya ialah Blattodea yang berasal dari kata akar blatta. Maksudnya ialah serangga yang benci cahaya.
Memandangkan sekarang dah masuk minggu merdeka, ada baiknya kalau aku buat untaian pasal Perang Musuh Bisik.
Gila babi orang Kedah ni, kalau British tak masuk campur BANYAK KALI, mungkin Bangkok tu dah tumbang jadi wilayah Kedah.
Kisah perang ni panjang, tapi aku dah pendekkan berdasarkan video Prof. Muati. Aku rasa ni kalau buat filem lagi best daripada kisah Cik Siti Wan Kembang.
Kisahnya bermula pada tahun 1821 di KesultananKedah. Waktu itu, ada beratus ratus perahu Siam datang di kuala Sungai Kedah.
Bila pembesar Kedah tanya mereka, depa cakap depa nak bantuan bekalan beras. Masa tu Siam tengah perang dengan Burma.
Dato Bendahara waktu tu optimis je la. Dia pun sambut tentera tu ke tanah Kedah. Kesemua lapisan pertahanan kota Kuala Kedah macam meriam semua tu direlakskan.