Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kalau minat ulasan harian macam ni, jemput follow saya. Sehari saya buat 1-2 thread.
Sejak kebelakangan ni, geopolitik dan ekonomi memang kena betul dengan Turkiye. Sebab Turkiye tengah harungi krisis teruk.
Bagi yang tak dapat turun PBAKL, jangan risau. Link Shopee sentiasa ada. Korang boleh dapatkan Psychology of Money kat sini shope.ee/7KQzIK4fse
Sambung cerita.
Dah lima tahun rakyat Turkiye lalui inflasi perit, krisis hutang dan matawang menjunam. Terjadi akibat 1) defisit akaun semasa dan 2) dasar kewangan Erdogan yang anti-interest.
Tak faham term berat? Jangan risau. Ni thread Ahmad Faezal. Saya akan marhaenkan bagi SEMUA faham.
“Akaun semasa” dalam bahasa ekonomi bermaksud ‘rekod nilai import eksport’. Kalau kita import lebih dari eksport, tu defisit. Sebab keluar duit lagi banyak dari masuk. Kalau eksport lagi banyak dari import, tu surplus. Masuk duit lagi banyak dari keluar.
Kalau ikut statistik tahun lalu, Turkiye import sebanyak AS$364.4 bilion. Mostly dari China dan Jerman. Tapi Turkiye eksport hanya AS$254 bilion. Mostly Jerman, US dan UK. Israel pun ada.
Defisit besar tu. 254-364.4 = -AS$110.4 bilion. Kenapa banyak sangat? Turkiye memerlukan.
Populasinya besar. Erdogan juga urbanize Turkiye betul-betul. Jadi demand barangan dan perkhidmatan negara tak dapat tampung.
Kena import juga. Benda ni bawa masalah kat akaun semasa. Sebab ekonomi Turkiye agak rapuh. Terlalu bergantung pada sektor pembinaan.
Cakap pasal sektor pembinaan. Tiga benda terjadi:
1. Trumpism 2. COVID-19 3. Earthquake
Yang Trump tu simple jer isunya. Dia berperang perdagangan sampai harga besi dan aluminum naik mendadak. Sebelum ni US beli besi “Made in Turkey”. Trade war tu buat besi Turkiye mahal gila.
Trump juga ada buat sanction terhadap Turkiye sebab beli misil Rusia S-400. Biden naik tak batalkan sanction ni lagi. Sebab Erdogan tak setuju dengan demand Biden.
Jadi Turkiye harungi benda ni dan COVID-19 serentak. It was painful. Settle jer COVID, ingat boleh bernafas.
Sekali tengok kena gempa bumi yang dedahkan kelompangan industri pembinaan.
New York Times ada buat analisis yang sangat damning. Terpana betul tengok kualiti investigative journalism mereka terutamanya bab pendedahan guna interactive imagery.
Semua ni buku lima tangan kiri. Buku lima tangan kanan? Erdogan sendiri.
Dia masuk campur dalam ekonomi negara. Benar, dia presiden. Kuasa dia ada pada dasar ekonomi. Tapi dia tembus masuk dalam hal urusan Bank Negara.
Sebab dia nak perangi interest rate atas alasan ‘riba’.
Alamatnya, ekonomi Turkiye jadi teruk. Dari resilient terus jadi cacat. Semua ni main peranan sebab banyak economic indicator Turkiye tunjuk penurunan.
Maka pilihan raya kali ni culminate pada reaksi rakyat pada segala dasarnya. Dan kita nampak apa dah jadi.
Erdogan yang selalu menang mudah tiba-tiba tak menang pilihan raya. Kita kena pergi ke Round Two.
Sebab ramai undi Kemal Kilicdaroglu. Siapa Kemal ni? Dia ni ketua pembangkang sejak 2010 lagi. Dia represent parti Mustafa Kemal Ataturk (CHP).
Otak dia boleh tahan power.
Dalam ‘perang politik’, ada banyak strategi tau. Salah satu trategi adalah “big-tent”. Nak buat dasar politik ni susah.
Kena ada seorang pemimpin yang serba mampu. Sebab “big tent” ni bagaikan khemah besar mengumpulkan segala gabungan parti tak kira ideologi.
Mudah kata:
“Big tent” adalah muafakat antara gabungan-gabungan besar. Ambil contoh. Dulu Franklin D. Roosevelt buat satu muafakat menggabungkan kesatuan kerja, pengundi pekerja, para petani, golongan liberal, puak konservatif selatan, African Americans, pengundi bandar dan imigran.
Bayangkan sebuah kuah yang semua rempah masuk. Nak bagi sedap tu bukan senang.
Kemal buat benda tu. Dan kuahnya? National Alliance, yang menggabungkan parti Ataturk (CHP) dengan IYI, DEVA, GP, SAADET dan DP.
Memang pro-Ataturk betul. Erdogan buat Big Tent PEOPLE.
Dua Big Tents ni bertemu tahun 2019. PEOPLE menang... tapi kalau semua pembangkang bergabung, mereka akan kalah.
Situ kita nampak first concern. Rakyat makin tolak Erdogan. Malah CHP destroyed parti Erdogan kat Istanbul.
Untuk Istanbul, Erdogan letak giant. Binali Yildirim.
Boleh pula dia kalah pada tangan Ekrem Imamoglu. Dua kali kalah. Second tu kalah teruk ditinggal 800,000 undi.
Erdogan juga kalah kat Ankara dan Izmir. Benda sama berulang 2023 ni.
Erdogan kalah kat Istanbul, Ankara, Izmir dan Adana. Tapi menariknya, menang kat Gaziantep.
Namun Erdogan tak capai 50% undi popular. Asalnya leading 60%. Tapi bila undi dikira habis, Erdogan capai 49.23% jer. Kemal dapat 45.05%. Dan pembangkang kedua iaitu Sinan Ogan dapat 5.3%. Pembangkang keempat Muharrem Ince dapat 0.42%.
Ini masalah sebenarnya.
Sebab Ince dah tarik diri asalnya sokong Kemal. Jadi saya buat head-to-head gini:
Dan kalau nak sokong penulisan percuma saya, jemput beli buku PUTIN: TSAR MODEN RUSIA. Murah jer kat Shopee. Kalau taknak beli kat Shopee, boleh PM saya juga. Mana-mana pun boleh.
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Sehari saya buat 1-2 thread. Ada saja benda diulas. Jemput follow saya kalau korang suka bab-bab gini.
Thread kali ni saya harap dibaca Gen Z kat Malaysia. Ya, ramai hina kononnya ‘anak muda tak matang’.
Tapi anak muda lah selalu buat perubahan. Sebab anak muda ni besi.
Besi ni hentam meranapkan Soviet dulu. Besi ni sekarang hentam politik Amerika. Dan besi ni dah hentam politik Thailand.
Kelicikan Berkarya Korea Yang Penting Kita Kena Tahu
Saya dah cerita pasal kisah Olimpik di sebalik #TheGoodBadMother. Harini saya nak cerita pasal #DoctorCha pula. Sebab saya tertarik dengan plot story dia.
Macam korang tahu. Setiap hari saya buat 1-2 thread kongsi isu geopolitik, sejarah ekonomi dan bab kebudayaan. Kalau minat bab gini, jemput follow saya. Banyak kisah menanti korang.
Harini saya nak sentuh pasal macam mana Korea Selatan membudayakan bidang kedoktoran.
Basically kerja doktor ni ada standard tersendiri kat sesuatu negara. Kita tahu China memang cenderung pastikan anak jadi doktor.
Tapi tu dia lah, kalau jatuh sakit, punyalah susah mereka nak jumpa doktor. Ni bukan saya kata tau. Qin & Ding (2019) dapati kesahihannya!
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Pasal Kezaliman Jepun di Korea
Dah trending isu geopolitik ni. Puncanya Jepun nak kuatkan balik tentera. Sampai plan buka pejabat NATO.
Dua pihak dah bertelagah. Sisi ni ungkit “Japan militarism masa WW2”. Sisi tu cakap “let the past be the past”. twitter.com/i/web/status/1…
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik sehari buat 1-2 thread pasal benda macam ni. Kadang ulas pasal ekonomi dan kewangan guna bahasa marhaen.
Sejak Rusia melanggar Ukraine, gagasan BRICS selalu dapat perhatian. Sebab katanya ni gagasan yang boleh menandingi gagasan pimpinan Amerika (G7+).
Sekarang BRICS nak buat matawang sendiri. Boleh lawan USD tak agaknya? Apa lagi? Jom bedah. twitter.com/i/web/status/1…
Sebagai penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi, BRICS ni memang benda sangat menarik bagi saya.
Kalau korang minat isu-isu gini, jemput follow saya. Ada banyak thread menanti korang esok, lusa dan hari-hari akan datang.
BRICS ni dah lama ada. Sejak September 2006 lagi.
Tapi masa tu, hanya Brazil, Rusia, India dan China. Afrika Selatan masuk terkemudian. Cukup lima negara ni, maka jadilah BRICS (initial setiap negara).
Cuma mereka lebih kepada investment satu sama lain jer. Takdak kuku langsung pasal geopolitik... sampailah tahun 2009.
Korang jelik tak bila dengar “ekonomi membangun” atau “KDNK tumbuh”? Tapi orang miskin makin miskin, orang kaya makin kaya... harga barang pula melambung tinggi.
Kalau ya, thread ni khas untuk korang. Dua orang request pasal Mesir ni. Jom baca! twitter.com/i/web/status/1…
“GDP growth” tak bermakna “rakyat hidup senang”. Kadang GDP tumbuh; rakyat pula hidup sengsara.
Macam biasa, saya buat penjelasan marhaen bagi semua faham. Kalau korang minat bab gini, jemput follow saya.
Sehari saya buat 1-2 thread pasal isu geopolitik dan sejarah ekonomi.
Mesir ni boleh tahan power bab “GDP growth”. Tiap tahun mesti tumbuh. Masa COVID-19 melanda, Mesir “bertumbuh” seolah takdak apa.
Tapi rakyatnya sekarang kena cari dua kerja. Kenapa?
Sebab semua pakat hidup susah. Tengok matawang mereka dulu. Jatuh teruk dah.