, 73 tweets, 6 min read Read on Twitter
Ramai yang tanya kami:

"Macamana nak ISTIQAMAH dalam perubahan?"

Jom, kami akan bagi rahsia untuk istiqamah dalam thread ni👇

#IniThreadTS
Sejujurnya, nk berubah ni, semua org mampu. Semua mampu berubah. Serius. Yg jadi masalah ialah,kita ni NAK berubah, or kita ni NAK TAK NAK.
Kalau kita NAK, Allah akan bukak jalan seluas-luasnya, Allah akan beri kemudahan dan kekuatan yang luar biasa pada kita untuk berubah.
Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta atau mencari pelbagai alasan untuk berubah.
“Susahla nak berubah…..”

“Saya dah cuba, TAPI……”

“Kau bolehla berubah. Aku, ada masalah family, family aku tak kuat agama macam kau….”
“Kau okayla boleh jadi baik. Kau sekolah agama. Aku? Sekolah aku teruk gila…..”

Macam-macam alasan yang kita boleh bagi sebenarnya.
Saya tak kata alasan sesetengah dari kita bagi ni SALAH. Mungkin dari satu sudut, benda tu betul.
Tapi,sampai bila kita nk beralasan? Sampai bila kita nk terus-menerus bg pelbagai alasan? Sampai bila kita nk merungut?

Tu persoalannya.
Namun, takde siapa nafikan, berubah ni memang susah. Sangat susah. Sebab tulah syurga Allah tu untuk orang yang berubah.
Syurga hanya untuk orang yang bersusah-payah kat dunia. Mustahil, orang masuk syurga dalam keadaan kat dunia dulu dia enjoy.....
.....tak bersusah-payah untuk agama, dan lain-lain. Mustahil. Saya rasa semua maklum.
Sebab tulah, dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah.
Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yg menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan.
Tanpa kekuatan ni, kita xkn mampu utk kekal lama dlm perubahan. So, saya akan bagi cara2 utk berubah, & dptkn kekuatan utk berubah.
Supaya, kita ni, tak lagi jadi orang yang asyik beri alasan.

Moga kita dapat amal!

Jom check satu persatu cara nak kuat dalam berubah😍
1) MELAZIMI TAUBAT.

Bila nak berubah, kita kena lah mengaku salah, mintak maaf dengan kesalahan, dan USAHA untuk tak buat lagi.
Mana ada orang yang buat salah, dia nak dapat redha kepada orang yang dia buat salah tanpa mintak maaf.
Kita ni dah lama sangat kurang-ajar dengan Allah, buat Allah marah, gunakan segala nikmat yang Allah bagi untuk maksiat.
Sebab tu kena TAUBAT!

Tapi, masalah yg biasa terjadi, kita dh taubat, tapi sampai 1 tempoh, kita ULANG balik dosa yang kita dah taubat.
So, nak buat macamana?

Sebab tu saya cakap, kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat.
Saya ulang:

“Kita bukan sekadar kena taubat, tapi, MELAZIMI taubat…”
Bila buat salah, taubat. Kalau kita buat salah balik, taubat balik. Kalau buat lagi salah, taubat lagi. Sampai bila? Sampai mati!
Jangan tangguh taubat. Kalau boleh, bila buat salah, terus taubat, mintak ampun sungguh-sungguh kat Allah.
Kalau kuali yang kita guna untuk masak, awal-awal kita masak, akan ada hitam kat bawah kuali tu. Kalau kita terus basuh, insyallah hilang.
Tapi, kalau kita lambat basuh, lama-lama, hitam tu akan MELEKAT kat kuali tu, dan sangat susah untuk hilangkan!
Sekarang ni, kita rasa SUSAH untuk berubah dan tinggalkan maksiat, adalah kerana kita tak MELAZIMI TAUBAT.
Kita tak habis-habis tangguh taubat. Sampai maksiat tu MELEKAT, dan sangat susah nak hilang.
Cuba korang hayati apa kata ulama' tentang betapa pentingnya MELAZIMI TAUBAT. Bukan sekadar taubat.

👇👇
Amacam? Bolehkan?

Faham tak point 1st? Hehe.

Ok, jom masuk POINT YANG KEDUA, macamana cara nak ISTIQAMAH😍

👇
2) JAGA SOLAT 5 WAKTU

Dosa tinggalkan solat lagi besar dari dosa berzina, membunuh, minum arak dan sebagainya.
Jgn ingat isu solat ni main2. Pergi wayang jauh2 dgn member, keluar malam dgn bf/gf, pergi kelas, kerja semua boleh. Solat, sekejap je pun.
Kalau orang tanya:

“Saya nk berubah jadi baik. So sekarang, saya nak mula dari mana?”

Saya jwb:

“Mulakan dgn menjaga solat 5 waktu!!”
Serius. Solat ni tiang agama. Bila solat kita ‘runtuhkan’, mustahil kita dpt berubah. Mustahil. Yela, tiang takde, mcmana nk kukuh bangunan?
Solat tak buat, macamana kita nak buat amal yang lain?

Hatta, kalau tak solat, Allah tak terima amal kita yang lain.
3) TINGGALKAN KAWAN JAHAT, DAN KAWAN DENGAN ORANG BAIK.

Org yg nk berubah & bertaubat, dia kena jauhkan diri dari kawan2 yg jahat......
.....yg boleh menggoda/mengajaknya utk melakukan maksiat, serta menarik kakinya ke arah maksiat sehingga dia tjatuh ke dlm lembah dosa.
Benda ni bukan benda main-main. Benda ni benda serius!!

Kita kena ganti dan tukar kawan yang jahat dengan kawan yang baik.
Kita kena berkwn, bergaul & rapat dgn org yg baik2! Kita tgok muka dia, kita teringat Allah. Kata2 mrk stiasa memandu kita ke arah kebaikan.
Kata seorang penyair:

“Elakkan dari bersahabatkan si hina. Kelak, ia pasti berjangkit umpama kudis yang menjangkiti orang sihat..”
Sahabat ni terbahagi kepada dua.

a)Ada yang mengheret kita ke syurga.

b)Ada juga yang mengheret kita ke neraka!
Allah sendiri bagi amaran supaya jgn kawan dgn orang2 yg jahat! Kdg, kita sendiri x sedar yg kita ni MANGSA, & kat akhirat baru kita sedar.
Jom kita tengok apa Firman ALLAH dan kataa-kata ulama' tentang pentingnya bersahabat dgn org baik, dan tinggalkan org yg jahat👇👇
So, saya cdg, ikutlah USRAH ke, lazimi majlis ilmu ke, apa2lah.Bila kau nk jd baik, kau kena duduk dgn org yg sama2 dgn kau nk jadi baik!
Lagi satu, jgn duduk sorang2. Bahaya beb. Banyakkan bersama org, pergi tolong mak ayah ke, duduk dgn adik beradik ke.....
... .atau pergi program tarbiah ke, duduk surau ke, riadhah ke. Jangan duduk sorang-sorang.

Perangkap setan tuuu.
4) DENDA & HUKUM DIRI SENDIRI.

Bila kita buat 1 kejahatan, kita kena BALAS dgn denda diri kita utk buat kebaikan. Itulah yg nabi suruh!
Nabi suruh kita susuli kejahatan dengan kebaikan. Kerana, kebaikan yang kita buat tu akan menghapuskan dosa kita.
Contoh, kalau kita ada mengumpat kwn kita. Maka, kita kena balas dgn kebaikan, iaitu, kita CERITAKAN kebaikan kwn kita tu kepada ramai org.
Kalau kita ada ejek kawan kita, maka kita balas dengan memuji dan menghormatinya.
Kalau kita asyik baca novel-novel cinta atau cerita lucah, maka, balaslah dengan baca Alquran, baca hadis, baca sirah nabi dan lain-lain.
Kalau kita derhaka dan kurang ajar dengan mak ayah, maka, balaslah dengan buat baik pada mak ayah kita dengan bersungguh-sungguh.
Kalau tengok video lucah, denda diri baca alquran 1 juzuk. Kalau onani, denda diri puasa 3 hari. Dan sebagainya.
Bila kita DENDA diri kita dgn ibadah tiap kali kita buat dosa, akhirnya, kita akan mula rasa manis beribadah, dan rasa benci bermaksiat.
5) BACA QURAN, DOA DAN ZIKIR.

Biasanya, kita akn rasa nk buat maksiat ni bila hati kita KOSONG, tgh boring, rasa x tenang & sebagainya.
Di sebabkan tu, ada orang yang entah apa pasal, dia pergi buat maksiat untuk menenangkan hati dia. Apa daaa…
Ada ke patut, time stress, pergi tenangkan diri dgn video lucah ke, couple ke, dll? Bila bosan, pergi tengok drama.

Jangan syeikh, jangan!
“Maksiat xkn mbuatkan kau hilang dahaga. Maksiat akn mbuatkan kau btambah HAUS! Kepuasan, hanya apabila kau dpt puaskan Allah dgn amal!”
Sbb tu, ada hadis bagitahu, SEKURANG2NYA, kita baca sehari 10 ayat quran. Kalau x, kita akan di kategorikan sbg org yg LALAI!
Isilah hati tu. Isilah dgn quran & zikir.

Kalau kau tak hafal zikir-zikir yang complicated, simple-simple je.
Setiap hari:

Istighfar 100 kali.

Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillah Allahu akbar 100 kali.

Allahumma solli ala Muhammad 100 kali.
Tak sampai 10 minit pun beb. So, bila hati kita dah DI ISI, bila hati kita TAK KOSONG, barulah kita ada kekuatan untuk tepis godaan!
And, doalah hari-hari, sungguh-sungguh. Berapa kali kau doa untuk Allah bagi kau hidayah?
Berapa banyak kali kau doa untuk Allah bagi kau kekuatan untuk berubah?
Berapa kali kau doa supaya Allah beri kau kemanisan iman, keghairahan dlm beribadah, doa agar di beri kekuatan & perasaan benci pd dosa?
Kita ni, asyik doa minta jodoh.

Doala minta iman, taqwa dan kekuatan utk taubat.

Kalau time doa pun ingat crush, bila lagi nk ingat Allah?
KESIMPULAN......
So, inilah 5 tips macamana nak KUAT dan istiqomah dlm perubahan. Cubalah. Macam saya hurai kat atas tadi, sampai bila nak bagi alasan beb?
Hendak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Nak skor exam, tapi tak belajar, ‘harapan’ la nak berjaya…
Macam saya cakap kat awal thread ni, bila kita NAK BERUBAH baru Allah akan banntu. Kalau NAK TAK NAK, Allah takkan bantu.
Saya akhiri thread ni dgn 1 ayat quran. Hayati dgn mata hati.

👇👇
“Sesungguhnya, Allah takkan UBAH sesuatu kaum, andai dia tak UBAH apa yang ada padi DIRI MEREKA sendiri!”

(Arra’du ayat 13)
Wallahua'lam. Moga Allah beri kita semua KEKUATAN utk ISTIQAMAH dalam perubahan😊
Thread "Cara Nak Istiqamah Dalam Perubahan" ni dah tamat.

Sebarkan pada kawan-kawan tau.

Moga bermanfaat!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!