Profile picture
Tarbiah Sentap @tarbiahsentap
, 17 tweets, 5 min read Read on Twitter
Maha pengampunnya dan cintanya Allah pada kita, hampir saja kita tiada dosa. Fuh, betulkah?

Tenang.. Jangan terkejut dulu..

#IniThreadTS
#TarbiahSentap
#PujukanDariTuhan
Bayangkan, sepanjang hidup ni, berapa byk kali kita dah buat dosa? Banyak, serius byk. Tak kisah sama ada dosa besar atau kecil. Kalaulah malaikat pencatit dosa itu ada sifat penat dan putus asa, mungkin dia dah "letak jawatan" sebab penat sangat mencatit banyak sgt dosa kita!
Tetapi... Cintanya Allah kepada kita, banyak kali Allah beri peluang untuk kita hapuskan semua dosa2 tu.

Baaanyak kali. Buktinya?
Dalam al-Quran, Allah sebut sesiapa buat kebaikan, Allah akan balas 10x ganda (al-An'am:160). Dalam ayat lain, Allah akan balas 700x ganda pula! (Al-Baqarah:261). Bahkan, dalam ayat lain juga, Allah akan balas pahala tanpa batas - unlimited! (Az-Zumar:10)!
Dan lebih best lagi, dalam hadis sahih sebut, baru terlintas berniat nak buat baik saja, DAH DAPAT pahala! Itu baru niat je, belum buat. Kalau buat, dapat 10x ganda atau lebih! Fuhh
Allahu Akhbar! Baiknya Allah pada kita. Itu belum lagi baca hadis, ganjaran pahala orang berpuasa kerana Allah, Allah hanya balas ikut apa yang Allah nak. Mengikut pandangan Imam Ibn Rajab, Allah balas pahala puasa tanpa batas. Maksudnya, unlimited juga! Subhanallah!
Malah, itu belum lagi campur pahala bersabar, pahala di bulan Ramadhan, malam lailatul Qadr yang pahalanya digandakan bersamaan 1000 malam, berjihad di jalan Allah, beribadah di Makkah dan Madinah, dan baaanyak lagi. Subhanallah!

Cinta dan sayangnya Allah pada kita
Dosa pula? Dalam hadis sahih, kalau terlintas niat buat dosa (TANPA keazaman & kesungguhan), BELUM dapat dosa. Kalau buat, baru dapat dosa. Itu pun SATU saja. Dan kalau bertaubat sungguh2 (nasuuha), DIHAPUSKAN terus dosa itu tanpa kesan.
Tak cukup setakat itu, bahkan Allah boleh ubah keburukan itu menjadi pahala sekiranya dia bertaubat! (Al-Furqan:70) Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!
Yang saya, @shukery_azizan tulis ni SEDIKIT sangat. Ada baaanyak lagi kalau kita baca dan taddabur. Nampak kan? Hampir2 saja kita tiada dosa. Tetapi..... kita selalu saja BERTANGGUH taubat. Selaluuu sangat. Hari ini saja, berapa kali dah kita istighfar pada Allah?
Rasulullah yang maksum (tiada dosa) pun beristighfar 70x (ada riwayat sebut 100x). Perrgh.. Kita? Kita yang tak maksum ni pun malas nak beristighfar dan bertaubat. Allah.. Ampunkan kami.. T_T
Teman.. Allah dah pujuk kita banyak kali. Baaanyak sangat. Bacalah al-Quran dan hadis2 yang sahih. Kita akan menjumpai bahawa, cinta dan sayangnya Allah pada kita sungguh2. Melebihi cinta seorang ibu pada anak, atau seorang tuan yang baru saja menjumpai hartanya yang hilang.
Masalahnya sekarang, kenapa kita ego tak nak bertaubat? Atau bertangguh nak taubat? Malas nak buat kebaikan? Sedangkan, macam2 tawaran, peluang, pujukan yang Allah dah sediakan pada kita. Nikmat apa lagi kita nak dustakan?
Kembalilah.. Kembalilah bertaubat kepada Allah, dan kembalilah membaca, merujuk serta menghayati al-Quran. Moga Allah ampunkan semua dosa2 kita. Dipersilakan retweet, moga ia jadi sebab kepada ramai yang terpujuk dgn al-Quran. Dan nak baca banyak lagi pujukan dari Allah?
InsyaAllah akan terbit buku #PujukanDariTuhan tulisan saya sendiri, @shukery_azizan yg mengumpulkan sebahagian pujukan dari Allah di dalam al-Quran. Saya ambil 30 juzuk al-Quran, dan setiap juzuk saya pilih 1 ayat pujukan Allah kepada kita.
Kalau nak dapatkan, boleh tempah sekarang dengan wasap ke nombor 0196803782. Wasap cakap nak tempah buku ni. InsyaAllah akan dihantar segera selepas siap print, dan korang boleh hayati setiap pujukan2 Allah yang saya dah susun.

Moga buku ni jadi asbab kita kembali pada Allah.
Dan moga kita kuat dan rajin untuk sentiasa merujuk serta membaca al-Quran. wallahua'lam.

#Retweet
#ShukeryAzizan
#PujukanDariTuhan
#TarbiahSentap
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!