Teori Big Bang adalah salah satu teori kelahiran alam semesta. Ia teori yang dominan setelah beribu tahun manusia percaya alam ini tidak berumur dan telah sedia wujud.
Aku nak sembang macam mana alam ini lahir menurut Teori Big Bang.
Ini adalah 'thread'
Maksudnya, saiz alam kita dahulu terlalu dan sangat-sangat kecil dan sangat-sangat panas!
Saintis mempunyai visi besar untuk mencari semula formula yang menyatukan semula keempat-empat daya ini.
Keadaan ini, saintis gelar sebagai 'Epoch of Inflation'.
Tanpa sebab yang diketahui juga, tiba-tiba ada foton yang menghasilkan pasangan jirim dan jirim, tanpa anti-jirim. Ini menyebabkan tidak berlaku sebarang pembunuhan lagi
Kalau masa itu foton tak menghasilkan lebihan satu jirim yang tiba-tiba muncul ini, tentu alam ini cuma dipenuhi cahaya semata-mata.
Masa ini elektron selalu berlanggaran dengan foton lalu membentuk kumpulan jirim dan tenaga.
Struktur pertama yang terbentuk masa itu adalah helium, litium dan hidrogen.
Galaksi terbentuk hasil kumpulan jirim-jirim yang tinggi. Terkumpulnya jirim ini menyebabkan penghasilan daya graviti yang tinggi.
Bintang-bintang ini semua adalah bahan bakar seperti realu (furnace) yang menghasilkan pelbagai unsur lain selain tiga unsur awal tadi.
Mereka semua telah menghasilkan pelbagai unsur-unsur (elements) berat yang dapat mencipta planet-planet macam Bumi.
Ya, beginilah Bumi dan planet-planet lain tercipta.
Terdapat unsur-unsur berat yang bertebaran tadi mula mengelilingi Matahari. Lama-lama terciptalah Bumi dan planet-planet lain dalam Sistem Solar.
Kemudian, hidupan awal seperti bakteria pun lahir hasil daripada campuran unsur-unsur seperti karbon dioksida dan oksigen.
Berdoalah supaya meteor ini tak jatuh lagi ke Bumi. Thread tamat! Kita asalnya dari angkasa.