Profile picture
Josh Saladin @JoshSaladin
, 66 tweets, 8 min read Read on Twitter
Thread malam ini,

Hubungan Johor Dan Khalifah Uthmaniyah.
Pembentukkan Kerajaan Johor moden bermula pada tahun 1855 melalui perjanjian antara Temenggung Daing Ibrahim dan Bendahara Pahang.
Bermula daripada itu, Johor dikuasai oleh keluarga Temenggung Daing Ibrahim hingga ke pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862 – 1895) yang menyaksikan perubahan struktur politik, ekonomi dan sosial negeri Johor.
Ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar, ibu negeri Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri, Johor dan Baginda kemudian menukar nama Tanjung Puteri kepada Johor Bharu pada tahun 1866.
Berbanding dengan negeri-negeri Tanah Melayu yang lain, Johor mempunyai hubungan yang istimewa dengan Kerajaan Turki Uthmaniyah di Istanbul, Turki.
Sewaktu dalam perjalanan ke Eropah pada tahun 1866, Sultan Johor ketika itu ialah Sultan Abu Bakar atau nama panggilannya Albert Bakar telah singgah di Istanbul dan menemui pemerintah Uthmaniyah ketika itu iaitu Sultan Abdul Aziz.
Ketika lawatan tersebut, baginda dikurniakan dengan dua orang wanita yang merupakan pengelola istana Uthmaniyah iaitu Khadijah Hanum dan Ruqayah Hanum yang berketurunan Caucassian.
Khadijah Hanum berkahwin dengan Sultan Abu Bakar manakala Ruqayah Hanum berkahwin dengan Adinda Sultan Abu Bakar iaitu Ungku Majid bin Temenggung Ibrahim.
Sultan Abu Bakar diiktiraf sebagai Sultan Johor oleh pihak Daulah Uthmaniyah ketika lawatan baginda ke Istanbul pada tahun 1866. Dengan ini, baginda memakai gelaran sultan dengan gelaran Sultan Abu Bakar sebagai Sultan al-Khalil Ibrahim Shah.
Pihak British turut mengiktiraf Sultan Abu Bakar sebagai Sultan Johor yang berdaulat dan mereka melainkan hubungan luar negeri Johor yang diletakkan dibawah kekuasaan British melalui Perjanjian Inggeris-Johor 1895.
Antara persoalan yang bermain difikiran aku adalah:

Adakah Johor benar-benar merdeka selepas termeterainya Perjanjiaan Inggeris-Johof 1895 ini sedangkan hubungan hal ehwal dalam negeri Johor itu diletakkan dibawah kawalan British?
Dalam memperkukuhkan lagi hubungan johor-Turki, Sultan Abu Bakar telah menganugerahkan bintang kebesaran negeri Johor iaitu “Bintang Kebesaran Dato’ Seri Paduka mahkota Johor” kepada pembesar-pembesar Turki
iaitu:
-Jeneral Ahmad Ali Pasha
-Munir Pasha
-Hakkie Bek
-Ahmad Fakhri Bek
-Ibrahim Bek
-Md. Said Bek

Kesemua anugerah ini diberi pada tahun 1892.
Pada tahun berikutnya, pada tahun 1893, Sultan Abu Bakar bersama Dato 'Seri Amar Diraja Johor iaitu Dato' Abdul Rahman bin Andak telah menemui Sultan Abdul Hameed Khan II di Istanbul.
Sultan Abu Bakar bersama rombongannya telah dikurniakan bintang kebesaran Darjah Utama Khilafah Uthmaniyah yang dikenali sebagai Imperial Order of the Osmans (Turki).
Dalam Hikayat Johor ada tercatat mengenai peristiwa ini yang berbunyi:
"Hingga pada akhirnya lantaslah Yang Maha Mulia Sultan Johor berjumpa dengan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hameed Khan di Konstantinople (Istanbul)....
...Maka diterima oleh baginda dengan sebaik-baiknya menerima keterimaan dan dirayakan dengan cukup-cukupnya kerana sangat menyukai Yang Maha Mulia Sultan Turki melihat seorang raja di sebelah timur sangat baik dan diturunnya pada hal beragama Islam.”
Selain dari kerajaan Turki Uthmaniyah, Sultan Abu Bakar juga menjalin hubungan diplomatik dengan kuasa-kuasa Eropah dan ada di antara mereka yang melakukan lawatan ke negeri Johor seperti Duke of Sutherland dan Raja Itali.
Sultan Abu Bakar turut menerima anugerah bintang kebesaran sebagai tanda persahabatan seperti anugerah daripada Raja Jerman, Raja Itali, Raja Rusia dan Ratu British.
Semasa kemangkatan Sultan Abu Bakar di London pada 4 Jun 1895 almarhum baginda telah diberi penghormatan yang besar oleh akhbar The Straits Times.
Pada 6 Jun 1895, rencana pengarang akhbar berkenaan menggambarkan keperibadian dan pencapaian beliau sebagai menyamai khalifah seperti dalam cerita seribu satu malam.
Kemangkatan baginda juga mendapat penghormatan terakhir daripada Sultan Uthmaniyah. Ini boleh dilihat melalui syair Tien Pot yang bertajuk “Syair Almarhum Baginda Sultan Abu Bakar Di Negeri Johor"...
yang menukilkan bahawa Sultan Uthmaniyah telah mengarahkan konsulnya menghadiri pengebumian Sultan Abu Bakar sebagai wakil, selepas tewas Sultan Abu Bakar di London.
Setelah kematiannya sultan, anakanda baginda iaitu Sultan Ibrahim memulangkan semula bintang-bintang kebesaran yang telah dikurniakan kepada baginda.
Antaranya adalah Great Commander of St Michael dan St George (GCMG) yang dianugerahkan oleh Kerajaan British di atas jasa baginda membantu pihak British menyelesaikan masalah di Semenanjung Tanah Melayu.
Bintang kedua yang dianugerahkan adalah Knight Commander Star India (K.C.S.I) ketika lawatan baginda ke India menyambut kedatangan Prince of Wales.

Selain itu, baginda turut memulangkan Bintang Uthmanli Darjah Pertama yang diterima dari Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Ekoran daripada pemulangan bintang Uthmanli ini, Sultan Abdul Hameed II menganugerahkan Bintang Uthmanli Darjah Pertama kepada Sultan Ibrahim sebagai tanda penghargaan dan ingatan.
Walaupun Khilafah Uthmaniyah telah dimansuhkan pada tahun 1924, negeri Johor masih mempunyai hubungan yang baik dengan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kamal Ataturk.
Kerajaan Negeri Johor telah mengarahkan agar bendera negeri dikibarkan separuh tiang pd hari pengebumian Mustafa Kamal sebagai tanda melahirkan iaitu pada hari Isnin, 21 November 1938, 2 hari selepas tokoh itu meninggal dunia. Mustafa Kamal meninggal dunia pada 19 November 1938.
Persidangan Khilafah yang diadakan pada tahun 1926 turut mengundangkan Sultan Ibrahim untuk menghadiri persidangan.
Tujuan persidangan itu adalah untuk membincangkan masa depan umat Islam. Sultan Ibrahim menghantar Sayyid Hassan bin Ahmad al-Attas dan empat orang pegawai kerajaan Johor sebagai wakil baginda ke persidangan tersebut.
Dato 'Seri Amar Diraja Abdul Rahman bin Andak-Jaguh Mempertahankan Kedaulatan Negeri Johor

Johor adalah antara negeri Tanah Melayu yang lewat dijajah oleh British sebelum negeri Terengganu iaitu pada tahun 1914.
Faktor utama yang membolehkan Johor mempertahankan negeri kedaulatan adalah disebabkan oleh penasihat sultan yang mahir dalam undang undang.
Beliau adalah Dato’Seri Amar Diraja Johor iaitu Dato' Abdul Rahman bin Andak yang juga merupakan anak Johor pertama yang melanjutkan pelajaran ke England pada tahun 1870-an.
Tugas utama beliau ialah mengawal hubungan antara Kerajaan Johor dengan pihak British supaya berjalan dengan seimbang sehinggakan pihak British tidak berpeluang menguasai dan menjajah negeri Johor.
Sebagai penasihat Sultan Abu Bakar, beliau telah menasihati baginda dalam menandatangani perjanjian persahabatan dengan British pada tahun 1885, merangka Perlembagaan Negeri Johor 1895 termasuklah menyekat cubaan pihak Inggeris untuk melantik Penasihat Am Inggeris negeri Johor.
Sultan Abu Bakar juga menubuhkan angkatan tenteranya sendiri yang dikenal sebagai Pasukan Askar Timbalan Johor untuk menjamin kedaulatan dan kemerdekaan negeri Johor daripada dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing.
Dato Seri Amar Diraja juga menasihati sultan supaya menubuhkan penasihat lembaga yang dikenali sebagai Jemaah Penasihat Johor sebagai strategi menolak perlantikan Konsul Inggeris yang seterusnya akan mencampuri urusan pentadbiran Negeri Johor.
Muslihat British untuk menguasai negeri Johor boleh dihalang oleh Dato Seri Amar Diraja apabila dia mendapati terdapat penyelewengan pentadbiran Johore Advisors Board of London yang ingin menguasai Johor dengan halus.
Jadi tidak hairanlah apabila Dato' Seri Amar Diraja tidak disukai oleh pihak British kerana sikapnya yang tegas apabila berurusan dengan mereka.
Namun, atas dasar politik British, Sultan Ibrahim telah bersetuju untuk menamatkan khidmat Dato 'Seri Amar Diraja setelah dipengaruhi oleh Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu iaitu George Anderson pada tahun 1909.
Dato Seri Amar telah di ‘personal non grata' ke England dan dibayar pencen sebanyak £ 1,000 setahun.
Keadaan ini memberikan peluang kepada pihak British untuk bertapak di negeri Johor pada tahun 1909.
Kemudian, Campbell dilantik sebagai penasihat British untuk Negeri Johor pada tahun 1914 yang menandakan permulaan penguasaan British sepenuhnya ke atas negeri itu.
Pengaruh Kerajaan Turki Uthmaniyah ke atas Kerajaan Johor

Di bawah pentadbiran Sultan Abu Bakar, baginda telah mewujudkan jabatan-jabatan di bawah pentadbirannya yang mempunyai persamaan dengan negara-negara di bawah Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Baginda telah membawa perubahan pentadbiran yang besar dalam negeri Johor. Antaranya adalah mewujudkan Pejabat Setiausaha Kerajaan, Jabatan Perbendaharaan, Pejabat Audit, Mahkamah Besar, Pejabat Percetakan Kerajaan dan sebagainya.
Oleh itu, baginda digelar sebagai Bapa Pemodenan Johor.
Pentadbiran negeri yang dijalankan oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan dibantu oleh beberapa pegawai berbangsa Eropah.
Pada tahun 1895, Sultan Abu Bakar telah menandatangani dan mengisytiharkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 di Istana Besar Johor.
Pengisytiharan undang-undang itu bukan sahaja memberikan makna yang bersejarah kepada negeri Johor tetapi juga kepada seluruh negeri-negeri Tanah Melayu kerana buat pertama kali perlembagaan bertulis dilaksanakan di sebuah negeri Tanah Melayu.
Perlembagaan bertulis ini disediakan oleh Jemaah Menteri-Menteri dengan dibantu oleh peguam syarikat Messrs Rodyk dan Davidson yang beroperasi di Singapura.
Hukum perundangan Kerajaan Turki Uthmaniyah yang dikenali sebagai Majallah al-Ahkam al-Adliyah telah digunakan di Mahkamah Johor sebagai sistem perundangan Islam dan dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor.
Antara tokoh penting yang terlibat dalam penggubalan Majalah Ahkam Johor ialah Raja Ali Kelana.

Beliau dihantar ke Turki untuk mempelajari undang - undang mal Islam yang juga merupakan undang-undang Majaliah al - Ahkam al - Adliyah pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913.
Selain itu, bacaan doa kepada sultan - sultan dalam khutbah Jumaat bermula semenjak kapal perang Ertugrul dari Turki singgah di Johor pada tahun 1895. Ini adalah salah satu kesan pengaruh Uthmaniyah ke Tanah Melayu yang dapat dilihat hingga ke hari ini.
Pada mulanya nama Sultan Johor dan Sultan Turki didoakan dalam khutbah Jumaat di negeri Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Namun, setelah Khilafah Uthmaniyah dimansuhkan, nama Sultan Johor hanya disebut dalam doa khutbah Jumaat hingga hari ini.
Keberkesanan pentadbiran negeri Johor dalam hal ehwal keagamaan dibantu oleh orang Arab.
Ini dapat dilihat apabila jawatan mufti negeri Johor disandang oleh Sayyid Ahmad al-Attas pada tahun 1873. Jawatan itu kemudian disandang oleh Sayyid Mohamad al-Attas manakala Sayyid Ahmad al-Attas dilantik sebagai Sheikh al-Islam.
Orang Arab yang paling lama berkhidmat sebagai mufti negeri Johor adalah Sayyid Alwi Tahir al-Haddad yang berkhidmat dari 8 Mac 1934 hingga Disember 1961.
Sayyid Alwi adalah mufti yang lantang menentang ajaran Qadiani yang menjadi fahaman kaum muda dan turut menentang ajaran Tariqah.
Pakaian ala Turki Uthmaniyah turut mempengaruhi pemakaian masyarakat Melayu Singapura dan Johor khususnya golongan diraja. Ini boleh dilihat melalui persalinan diraja Sultan Abu Bakar yang menyamai busana Turki Uthmaniyah.
Pakaian Turki Uthmaniyah turut mempengaruhi pemakaian pembesar-pembesar Johor.

Kerajaan negeri lohor juga melaksanakan sistem tanah terbuka Johor yg memberikan peluang seluas-luasnya kepada masyarakat rumpun Melayu dan masyarakat Arab di Nusantara untuk menetap di Negeri Johor.
Ini memberi kesan dan pengaruh yang besar terhadap sistem politik, ekonomi, sosial dan pentadbiran negeri lohor Antara insentif yang diberikan kepada golongan ini ialah pedagang-pedagang mendapat pelepasan cukai barang yang dibawa masuk melalui pelabuhan Tanah Melayu.
Dapat disimpulkan bahawa faktor utama yang mempengaruhi hubungan antara negeri Johor dan Khilafah Uthmaniyah adalah faktor agama yaitu hubungan dasar Islam persaudaraan.
Tambahan pula Khalifah Istanbul adalah pemimpin dan penaung umat Islam di seluruh dunia. Penganugerahan gelaran sultan kepada Sultan Abu Bakar oleh Sultan Uthmaniyah menunjukkan Sultan Uthmaniyah diiktiraf sebagai pemimpin tertinggi umat Islam.
Pengaruh Turki yang paling signifikan keatas negeri Johor adalah pelaksanaan syariah undang-undang Islam yang dikenali sebagai Majalah Ahkam Johor di mana undang-undang ini bersumberkan dari undang-undang Majallah al-Ahkam al-Adliyyah yang dilaksanakan di Turki.
Pengaruh Turki ke negeri Johor juga menjalar dalam konteks perkahwinan, pemakaian Sultan Johor, seni bina bangunan seperti reka bentuk Masjid Sultan Abu Bakar dan sebagainya.
Ini menandakan wujudnya hubungan yang erat antara negeri Johor dengan kerajaan Turki Uthmaniyah.
Itu sahaja untuk thread kali ini.

Terima kasih sebab membaca.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Josh Saladin
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!