Profile picture
Jul @zulfaqar1994
, 104 tweets, 22 min read Read on Twitter
Ini adalah thread tentang Dewa Dewi di dalam mitologi Mesir.
So at the end of this thread, aku akan bagi senarai movies yang berkaitan dengan dewa dewi Mesir ni. So nanti boleh laa faham sikit okay. Oh ya kalau aku ada salah, tolong betulkan. Or typo.
Aku nak minta maaf jugak sebab buat korang tertunggu-tunggu. Jom!
Bismillah. Okay menurut catatan sejarah, bangsa Mesir Kuni menyembah banyak tuhan/dewa (polytheisme) & mereka masih belum ada kefahaman Tuhan Yang Maha Esa (Allah).
Menurut kepercayaan Mesir Kuno, para dewa merupakan makhluk yang lebih berkuasa daripada manusia dan mereka ini dikatakan mengatur setiap aspek kehidupan masyarakat Mesir purba.
Dewa dewi ini dikatakan memberkati manusia, melindungi manusia dari ancaman bahaya, menghukum manusia yang berbuat kejahatan dan juga mencabut nyawa manusia.
Menurut bangsa Mesir purba, dewa dewi juga merupakan penguasa setiap bahagian bumi dan merupakan unsur alam. Dewa dewi ini juga dipercayai mempunyai kekuasaan tersendiri dan juga menentukan nasib setiap manusia di atas dunia.
Okay mungkin ramai dah tahu dah nama sesetengah dewa dewi Mesir purba ni TAPI, korang tahu tak PERMULAAN penciptaan dewa dewi ni? Macam dalam thread dewa dewi Yunani aku yang terdahulu, aku akan terangkan macam mana terjadinya dewa dewi ni. Hampir sama actually. So let’s! 👇🏻
Pada permulaannya, hanya ada Nun (bukan Valak). Nun adalah kegelapan air yang berkocak (keadaan yang tidak tersusun atau teratur). Gambar ni adalah Nun. Yang tengah pegang some sort of sampan tu.
Pada suatu hari, sebuah bukit muncul ditengah-tengah air itu. Bukit ini digelar sebagai Ben-Ben. So bentuk ben-ben ni seperti apa? Yes, Piramid. So maybe from there masyarakat Mesir purba dapat idea nak buat piramid berbentuk segitiga. MAYBE.
Jadi, diatas bukit ni berdirinya Atum, dewa PERTAMA.
Seterusnya Atum batuk dan mengeluarkan Shu, Dewa Udara dan Tefnut, Dewi Kelembapan (more on that later).
Shu dan Tefnut mempunyai 2 orang anak. Yang pertama adalah Geb, Dewa Bumi dan yang kedua adalah Nut, Dewi Langit. Maybe korang rasa pelik tengok gambar ni kan? Takpa. Kejap lagi aku terangkan. Just ikut dulu cerita ni.
Refer tweet sebelum ni. Shu mengangkat Nut ke atas dan menjadi kanopi/perlindungan/ khemah untuk Geb. Faham?
Jadi, Nut dan Geb mempunyai 4 orang anak iaitu Osiris, Isis, Seth dan juga Nephthys. Takpa. Kejap lagi aku tunjuk tupa setiap dewa dewi ni. Just fahamkan dulu jalan cerita dan nama-nama anak dia dulu.
Osiris merupakan raja di bumi dan Isis adalah permaisurinya. Osiris adalah raja yang baik dan dia memerintah bumi untuk suatu jangka masa yang agak lama.
Walaubagaimanapun, Seth iri hati akan Osiris disebabkan dia mahu menjadi pemerintah bumi. Dia menyimpan dendam dan amarahnya setiap hari sehingga tiba suatu hari, dia membunuh Osiris.
Osiris kemudian pergi ke underworld (alam kematian) dan Seth seterusnya menjadi raja di bumi.
Osiris dan Isis mempunyai seorang anak yang digelar sebagai Horus. Horus kemudia bertarung dengan Seth untuk menaiki takhtanya. Akhirnya Horus menang dan menjadi raja di bumi dan Osiris menjadi raja underworld (alam kematian). Tu serba serbi cerita dia.
So kalau nak lebih faham, ni aku bagi gambar family tree dia. Harap korang faham. Jangan tanya soalan dulu. Soalan kalau nak tanya lepas habis thread okay.
So lets kita kenali setiap dewa dewi ni. Jom! Pertama sekali adalah Nun. Kemunculannya adalah sebagai lelaki yang membawa sebuah sampan/bot kecil.
Seterusnya adalah dewa yang agak dikenali iaitu Ra, Dewa Matahari. Dia adalah seorg lelaki berkepala burung helang dan memakai piring matahari di atas kepalanya. Masyarakat Mesir purba percaya Ra akan ditelan oleh Dewi Langit, Nut setiap malam dan akan lahir semula setiap pagi.
Tugas Ra adalah belayar melepasi syurga di siang hari bersama botnya yang digelar “Barque of Millions Years.” Di pagi hari, Ra akan muncul di timur di atas botnya yg digelar “Madjet” yang bermaksud “semakin kuat”. Apabila petang, bot tersebut digelar “Semektet” yang bermaksud
“Semakin lemah”. Penghujung hari, Ra dipercayai mati akibat ditelan oleh Nut dan belayar ke underworld, meninggalkan bulan ditempat beliau untuk menerangi dunia. Ra kembali dilahirkan semula disubuh hari. Semasa kembaranya melintasi syurga, dia akan berlawan dengan musuh utamanya
Apep, seekor ular yang jahat atau dikenali sebagai Lord of Chaos. Dalam sesetengah cerita, Ra didalam bentuk kucing yang bernama Mau, mengalahkan ular tersebut, Apep. Itu lah sebabnya KUCING dilayan/dipandang hebat oleh Mesir purba.
Next adalah Atum (The All/Perfection). Kelibatnya adalah seorang lelaki yang memakai dua takhta. Atum adalah pencipta dewa dewi. Mesir purba percaya bahawa Atum adalah dewa pertama yang wujud didunia. Mereka juga percaya Atum keluar dari air (Nun) dan mencipta semua dewa.
Ye ada sesetengah dewa ni garis masa dia tak tersusun dan ada sesetengah yang disembah atau popular di Kerajaan Lama ( Old Kingdom) dan juga Kerajaan Baru (New Kingdom). So ada percanggahan tentang dewa yang mula-mula disembah atau dijadikan.
Yes ada banyak versi sebenarnya kisah permulaan dewa dewi ni macam mitologi Yunani. Mana-mana pun boleh. Tapi aku just senaraikan semua je dekat sini. Abaikan garis masa semua tu okay.
Next adalah Amun. Lelaki berkepala biri-biri jantan. Memakai takhta/topi yang tinggi. Dia dirujuk sebagai Raj para Dewa oleh masyarakat Mesir suatu ketika dahulu. Walaubagaimanapun, apabila Amun bergabung dengan Dewa Matahari, Ra, dia menjadi lebih berkuasa dan digelar Amun-Ra.
Tugas pertama dia adalah memantau seorang “saint” di zaman Mesir dahulu di kota Thebes dimana firaun dan keluarganya tinggal. Tugas Amun-Ra adalah bertanggungjawab atas segala kehidupan di atas bumi, di syurga & di underworld.
Mut (Maut, Mwt) adalah ibu dewi di Thebes atau dikenali sebagai Waset. Dia adalah seorang wanita, kadang-kadang dilihat bersayap atau seperti burung pemakan bangkai (vulture). Selalu dilihat memakai mahkota diraja.
To be continued. Tunggu esok aku sambung okay. First sebab panjang lagi. Second, my internet connection tak berapa bagus. So jumpa esok okay. 😊👍🏻
Okay jom sambung. So before that, aku akan terangkan dewa dewi utama sahaja. Sebab kalau nak terangkan semua banyak sangat, panjang. So jom! 👇🏻
Sekhmet. Dewi Perang. Kemusnahan. Penyembuhan. Salah satu dewi yang lama dan berkuasa. Seorang wanita berkepala singa betina. Suaminya adalah Ptah iaitu dewa Pencipta dan Kebijaksanaan dan anak mereka adalah Nefertum, Dewa Matahari Terbit. Dikatakan Sekhmet adalah
Anak Dewa Matahari, Ra yang dicipta semasa mata Ra melihat dunia. Dalam versi lain, Sekhmet adalah anak perempuan Nut dan Geb. Disebut juga sbg Sakhet, Sekmet, Sachmet, Sakhmet atau Sacmis dalam bahasa Yunani yg bermasud Yang Berkuasa (The Powerful One).
Ptah. Dewa Pencipta (God of Creator). Juga dikenali sbg Dewa Kebijaksanaan (Wisdom), Pertukangan (Craftsmen) dll. Namanya juga disebut sbg Ptha atau Peteh yg bermaksud “pembuka” atau “pembuka mulut”. Kalau pernah demgar Ritual Pembukaan Mulut atau Opening of the Mouth Ceremony.
Dipercayai dicipta oleh Ptah. Majlis apa tu? Okay, masyarakat Mesir purba percaya dalam untuk terus hidup di alam kematian, jiwa seseorang yg sudah mati memerlukan makanan & minuman. Ritual ini dilakukan terhadap mayat/mumia yg telah mati supaya terus hidup di alam kematian.
Ptah dilihat sbg seorang lelaki yg tubuhnya dibaluti kain/jubah berwarna putih sambil memegang cokmar/tongkat. Bapa kepada Nefertum & Imhotep. Semasa Kerajaan Pertengahan (Middle Kingdom), Ptah menjadi Ptah-Seker apabila dia bergabung dgn Seker (Dewa Pertukangan).
Dia kemudiaan menjadi Dewa Pemakaman (funerary deity) di underworld dan digelar Ptah-Seker-Osiris.
Nefertum. Dewa kuno di Lower Egypt (Delta Nil). Disebut juga sbg Nefertem, Neger-Tem atau Nefer-Temu yang bermaksud Atum yang cantik (Beautiful Atum). Kejap ye. Someone’s calling.
Mengikut mitos penciptaan, Nefertum lahir daripada tunas teratai biru yg tumbuh daripada air sewaktu permulaan penciptaan. Dikatakan dia mewakili matahari terbit & mencipta umat manusia daripada tangisannya.
Dia adalah seorang lelaki yg digambarkan sebagai seorang lelaki yang tampan memakai bunga teratai diatas kepalanya. Kadang-kadang dilihat dua sayap di kepalanya dan memakai dua ‘menet’ rantai disimbolkan sbg kesuburan.
Nefertum, Ptah & Sekhmet membentuk “Triad of Memphis”.
Hathor. Kelibatnya adalah seorang wanita bertelinga lembu. Memakai takhta yang bertanduk dan cakera matahari. Dewi perlindungan, cinta dan keceriaan.
Juga disebut sbg Het-Herr, Hetheru atau Hathoor. Namanya bermaksud “House of Horus” merujuk kpd langit dan kerabat diraja firaun. Dia adalah anak kepada Dewa Matahari, Ra dan Nut, Dewi Langit dan dipercayai dia adalah salah satu “Eyes of Ra” yg membawa bencana kepada umat manusia
Dalam bentuk Dewi Sekhmet. Dalam cerita yang lain, Hathor adalah isteri Horus yang paling tua dan ibu kpd Horus yang muda dan Ihy (Dewa Muzik dan Tarian).
Bastet. Kelibatnya adalah wanita berkepala kucing. Dewi perlindungan. Memiliki Utchat/Uraeus, ‘all seeing eye of Ra’ yg digunakan sebagai alat untuk membalas dendamnya. Juga dikenali sbg Bast, Ubastis atau Ubasti.
Dilihat sbg ‘The Sacred Cat’ dan dialah sebabnya mengapa Mesir meletakkan kucing sebagai haiwan yang suci dan melayan kucing dengan begitu baik. Segala jenayah terhadap kucing akan menerima hukuman yang berat dan tidak bernasib baik.
Paderinya menganggap kucing sbg binatang suci di dalam kuilnya dan apabila mereka mati, mereka dimumiakan dan disembahkan kepada dewi Bastet. Fact: di Bubastis, terdapat 300,000 kucing telah dimumiakan dan ditanam di perkuburan mereka tersendiri.
Bastet turut dirujuk sbg ‘The Lady of the East’ oleh kerana perlindungannya, ‘The Female Devourer’ dirujuk kpd namanya dan ‘The Tearer’ merujuk kepada kemusnahan kedua. Di masa berbeza, dia dianggap sbg anak perempuan Dewa Matahari, Ra atau anak perempuan Amun, Dewa Udara.
Dia membantu Ra melintasi langit dlm botnya berjuta tahun lamanya. Mitos juga mengatakan dia melindungi Ra drpd Apep, ular jahat. Disebabkan ini, dia juga digelar ‘ The Lady of the Flame’.
Dipercayai dia adalah isteri Ptah, ketua dewa Memphis & ibu Dewa Singa, Mihos. Dia juga didalam versi lain dikatakan ibu kpd Nefertum.
Thread ni panjang lagi. So kalau korang nak take a break pergi laa dulu. Ni belum masuk Anubis segala bagai. Ni baru dewa-dewi utama dulu and anak-anak dorang. Okay jap kasi aku take 5. Haha typo memanjang dah ni. 😂
Ma’at. Dewi Kebenaran, Keadilan dan Keharmonian. Dia dijadikan apabila Ra bangkit dari air Nun, dikenali sbg salah seorang anak Ra. Dia dikatakan telah membuat dunia aman selepas penciptaan khususnya keadaan bintang-bintang, musim, manusia dan juga para dewa-dewi.
Dia adalah isteri Thoth dan melahirkan 8 orang anak yg kemudiannya menjadi dewa purba Hermopolis (Amun yg paling terkenal). Namanya kadangkala disebut “Mayet”, yg bermaksud “Yang Lurus (Benar)”.
Sering digambarkan sbg seorang wanita yg duduk atau berdiri yg memakai mahkota berbulu burung unta. Dia dikatakan membawa pengakhiran kepada kehancuran (Chaos) dan membentuk bumi. Semua pemerintah menghormatinya dan pengikut setianya adalah Firaun Akhenaten & Hatsheput.
Hatsheput malah membina kuil untuknya di Karnak berdekatan Montu dan menamakan singgahsananya Ma’atkare yg bermaksud “Justice is the soul of re”.
Hall of Ma’at. ‘Hall of Two Truth’ atau dikenali sbg ‘Hall of Ma’at’ menunjukkan laluan setiap jiwa yang mati yang inginkan kebahagiaan di Kerajaan Osiris. Bulu pelepahnya akan ditimbang disalah satu dacing bersama dengan hati si mati. Ingat tak scene dlm Gods of Egypt?
Setiap roh perlu membaca 42 Kebenaran Ma’at. Thoth akan menjadi pemberi hukuman dan Osiris serta Isis & Nephthys akan menjadi hakim. Jika hati si mati itu ringan seperti bulu pelepah Ma’at, mereka akan diberi laluan ke Aaru utk mendapat kehidupan abadi disana.
Manakala jika hati si mati lebih berat dari bulu pelepah, si mati akan mendapat dosa. Hati itu seterusnya akan diberi kepada Ammit, yg mana akan menelan atau mencampak hati itu kedalam tasik yg dipenuhi roh yang tidak berpenghujung dan mendapat kematian kedua. Mendapat seksaan.
Shu. Dewa Udara. Maksud nama ini adalah ‘He Who Rises Up’. Shu adalah perkataan akar untuk kering, kosong, cahaya matahari & layu. Juga dikenali sbg Dewa Atmosfera & Angin. Juga dianggap Dewa Ruang & Cahaya diantara langit dan berkuasa terhadap ular.
Kelibatnya adalah seorang lelaki memakai takhta diperbuat dari bulu pelepah dan memegang cokmar/tongkat disebelah tangannya dan memegang ankh disebelah lagi. Tahu tak ankh tu apa dia? Ni haa.
Kadangkala dia dilihat berbentuk singa jantan. Dia adalah anak Ra. Dia adalah suami dan abang Tefnut, Dewi Kelembapan. Dia adalah ayah kepada Geb & Nut, Dewa Bumi & Dewi Langit. Banyak mitos tentang Shu & Tefnut yang dicipta.
Geb. Dewa Bumi. Juga dirujuk sebagai Seb, Keb, Kebb atau Gebb. Digambarkan sebagai seorang lelaki dengan seekor angsa di atas kepalanya. Btw Geb yang tengah baring tu. Angsa adalah binatang suci Geb, dan sebab itu dia digelar ‘The Great Cackler’. Kulitnya berwarna hijau.
Mengikut mitos Mesir purba, semasa Horus dan Set bergaduh, Geb membahagi bumi kepada dua bahagian. Memberi ‘Lower Egypt’ kpd Horus & ‘Upper Egypt’ kpd Set. Masyarakat Mesir purba percaya, ketawa Geb punca gempa bumi.
Nut. Anak perempuan Shu, Dewa Udara & Tefnut, Dewi Kelembapan. Dia dipercayai adalah cucu dewa pertama, Ra. Isteri kepada abangnya, Geb, Dewa Bumi. Dikenali dengan nama lain termasuk Neuth, Nuit, Newet & Nwt. Digambarkan sbg wanita berkulit gelap (hitam/biru tua).
Tubuhnya penuh dengan bintang-bintang. Dipercayai apabila malam, Nut & Geb akan bertemu dan dia turun dari langit lalu menyebabkan kegelapan. Semasa ribut, Nut akan datang dekat dengan Geb dan menyebabkan gangguan cuaca.
Dikatakan juga kedua-dua tangan dan kakinya merujuk kepada utara, selatan, timur dan barat. Dia juga menelan Ra semasa matahari terbenam dan melahirkannya semula semasa matahari terbit. Cerita dia dan Ra ditulis didalam ‘Book of the Dead’.
Khonsu. Dewa Bulan. Dieja Chonsu, Khensu, Khons, Chons atau Khonshu yang bermaksud ‘The Traveller’ atau ‘The Wanderer’. Juga dikenali sbg Dewa Masa. Terdapat beberapa gelaran lain yang dirujuk kepadanya termasuklah ‘Embracer’, ‘Pathfinder’, dan ‘Defender’. Dipercayai dia
Menyebabkan bulan sabit bercahaya, lembu subur, wanita hamil. Digambarkan sebagai lelaki muda berpakaian putih, ada ‘sidelock’ yang dekat tepi kepala tu, janggut serta memakai takhta cakera bulan penuh di atas kepalanya.
So aku berhenti setakat ni dulu. Malam nanti kita sambung okay. Stay tuned. 😊👍🏻
Neith. Dikenali sbg Dewi Mahkota Merah (Red Crown) di ‘Lower Egypt’. Isteri kepada Khnum dan ibu kepada Sobek. Dalam penceritaan yang berbeza, dia adalah seorang yang dara yang boleh mengandung tanpa memerlukan dewa lelaki. Dia juga mungkin mencipta Apep, musuh Ra dengan meludah
Kedalam air penciptaan, Nun. Namanya bermaksudair yang sering dikaitkan dengan penciptaan. Ini membuat dia mendapat gelaran ‘The Mother of all Gods’ & ‘The Great Goddess’. Di ‘Upper Egypt’, dia sering dilihat sebagai seorang wanita berkepala singa betina.
Dia juga dilihat berkepala ular atau berkepala lembu betina yang merujuk kepada Hathor & Nut.
Khnum. Dewa Nil. Juga dieja sebagai Chnum, Knum atau Khnemu. Namanya bermaksud pembina. Digambarkan sebagai seorang lelaki berkepala biri-biri jantan & memegang cokmar dan ankh.
Satis atau Satet. Namanya juga dieja sbg Satjit, Sates & Sati yang bermaksud dia yang memanah/menembak ke hadapan yang dikaitkan dengan banjir di Nil yg dipercayai berpunca dari Atum yang sedang masturbate. Pfftt 🙊
Sering digambarkan sebagai seorang wanita memakai mahkota berbentuk kon di ‘Upper Egypt’. Boleh berubah menjadi kijang betina. Simbol dia adalah anah panah. Juga dikaitkan dengan dewi pemakaman. Sering digambarkan sbg wanita yang memberi air suci didalam jar.
Dalam bentuk ini, dia mempunyai bintang diatas kepalanya. Air suci itu adalah utk menyucikan si mati dan mereka mungkin masuk kedalam syurga. Diandaikan dia juga adalah anak Ra dan menjalankan tugasnya sebagai salah seorang Mata Ra (Eyes of Ra).
Serket. Dewi Kala Jengking. Mengambil bentuk wanita dengan kala jengking diatas kepalanya ataupun wanita berekor kala jengking. Dipercayai mempunya kuasa utk menyembuhkan seseorang dari bisa gigitan ular & sengatan lebah dan melindungi manusia dari bisa kala jengking.
Juga dikenali sbg Selchis, Selkhit, Serqet Selkit, Selket, Serket-hetyt, Selkis, Selqet, Serkhet atau Serquet. Tugasnya adalah sebagai pelindung yang benar & penghukum yang salah. Dalam satu mitos, dia dilindungi oleh oleh Dewi Isis dan anaknya Horus daripada Set.
Anuket. Dewi Sungai Nil khususnya dibahagian selatan kawasan ‘Elephantine Island’ (titik permulaan Nil menuju ke Mesir). Namanya bermaksud “The Embracer”. Juga dikenali sebagai Anket, Anukis & Anqet.
So aku skip sikit dewa-dewi ni sebab banyak sangat. Aku ambil mana yang utama je lepas ni.
Isis. Dewi Magik, Kesuburan dan Keibuan & Kematian, Kesembuhan & Kehidupan Semula. Kakak kepada Osiris yang kemudian menjadi suaminya begitu juga dgn Set dan Nephthys. Dikenali sbg Auset, Aset or Eset.
Sering dirujuk sbg wanita memakai jubah panjang dan takhta kosong diatas kepalanya. Simbolik dengan ketiadaan suaminya yang telah mati dan tugasnya sbg takhta kekuasaan firaun. Menjadi dewi yang paling berkuasa yang sebelum ini dipegang oleh Ra, Dewa Matahari.
Osiris. Dewa Kematian. Juga dieja Usiris, Oser, Usire, Asar, Aser, Ausar, Ausir, Wesir atau Ausare dan dirujuk sbg Dewa Selepas Kematian. Dia bukan sahaja pemerintah underworld tetapi Dewa Kebangkitan Semula, Pelindung dll.
Digambarkan sbg lelaki memakai mahkota putih yang tinggi bersama kedua sayapnya yang berwarna merah disisi mahkotanya dan badannya dililit dgn kain mumia. Kain kafan kot. Kulitnya berwarna hijau atau hitam simbolik kepada kebangkitan semula.
Mengikut mitos, Osiris adalah anak kpd Nut (Dewi Langit) dan Geb (Dewa Bumi), abang kpd Set & Nephthys. Dia juga abang dan suami kpd Isis dan ayah kpd Horus & Anubis. Raja Mesir sehingga dia dibunuh oleh Set atas dasar cemburu.
Nephthys. Anak kepada Geb (Dewa Bumi) & Nut (Dewi Langit). Adik Osiris dan Isis. Adik dan isteri Set dan ibu kepada Anubis. Namanya bermaksud “Lady of the Mansion” atau “Mistress of the House”. Digambarkan sebagai wanita dengan jubah yang labuhbyang membawa bakul/bekas
Di atas kepalanya. Sebagai salah seorang dewi pemakaman, dia dirujuk sbg peralihan kehidupan dan kematian. Juga dikaitkan sbg helang, layang-layang atau wanita bersayap yg bermaksud pelindung. Dia juga sering dilihatberada diatas bot kematian yg mengiringi mayat untuk membantu
Roh menghadapi kebangkitan di alam kematian. Disebabkan itu, dia mendapat gelaran “Friend of the Dead”.
Set. Dewa Kemusnahan (God of Chaos) , Kejahatan, Ribut, Padang Pasir dan Kegelapan. Juga dieja sbg Seth, Seteh atau Sutekh. Abang kpd Osiris & Isis. Digambarkan sbg lelaki berkepala Jackal (tak diketahui binatang apa) tapi macam serigala jadian kot. Juga digambarkan sbg lelaki
Dengan rambut berwarna merah dan memakai mantel berwarna merah. Menurut masyarakat Mesir, merah bermaksud warna kejahatan. Di awalnya, Set disembah sbg Dewa Angin dan Ribut Padang Pasir dan dia memberi kekuatan kepada pengikutnya. Juga menjadi rakan Osiris, Isis, Nephthys dan
Pelindung ayah mereka, Ra. Tetapi kemudian dia dilihat berubah menjadi Dewa Kejahatan, Konflik & Kekejaman.
Horus. Namanya bermaksud “The One Far Above” dan dikenali sbg Heru atau Har oleh Yunani. Dia adalnya Dewa Langit dan juga sebagai Dewa Perang, Dewa Pemburuan, Dewa Penyembahan dll. Tugasnya adalah menjadi pelindung pemerintah Mesir. Keberadaannya dilihat sbg lelaki berkepala
Helang, memegang tongkat dan ankh juga memakai mahkota berwarna putih merah. Warna itu merujuk kepada Upper & Lower Egypt. Kadangkala dilihat sbg singa berkepala helang atau helang yg sedang berehat di tengkuk firaun.
The Eye of Horus. Horus juga dikenali sbg Harmerty (Dua mata Horus). Mata kirinya adalah matahari dan mata kanannya adalah bulan yg membawa maksud dia adalah Dewa Langit.
Anubis. Dewa yang sering dikaitkan dengan underworld. Pelindung necropolis. Pelindung kepada yang telah mati. Digambarkan sbg seorang lelaki berkepala jackal (haiwan seperti musang atau rubah) dengan telinga yang panjang dan memakai riben berwarna merah.
Anak kepada Nephthys dan Osiris. Juga dikenali sbg Yinepu atau Anpu yg berkait dgn perkataan anak kerabat dan reput. Sering dilihat menemani Isis. Asalnya Anubis adalah dewa kematian. Jackal sering dilihat di tapak perkuburan, lalu masyarakat Mesir purba percaya bahawa
Anubis memerhati dan menunjuk arah kepada si mati. PaderinMesir seringkali memakai topeng Anubis ketika upacara mumia.
Thoth. Dewa Kebijaksanaan (God of Wisdom). Dikenali juga sbg Djehuty, Tahuti atau Tehuti dan dia adalah Dewa menulis, keilmuan, masa, fantasi, percakapan, pereka dan bulan. Dikatakan dia adalah anak Ra dan mitos yg lain mengatakan dia dicipta bersama dewi Ma’at.
Digambarkan sbg seorang lelaki berkepala ibis. Memegang skrol untuk menulis. Juga dilihat sebagai babun. Mesir purba percaya bahawa Thoth memberi merek hadiah tulisan hieroglyph. Jadi terbentuklah tulisan itu. The Book of the Dead dipercayai ditulis oleh Thoth.
Last but nit least, Seshat. Kelibatnya dilihat sebagai seorang wanita memakai kulit harimau bintang dan memakai mahkota berbentuk bintang. Dia adalah Dewi Penulisan & Pengukuran. Juga dieja sbg Sesat, Seshet, Safkhet, Sesha, Sesheta atau Seshata.
Okay ni adalah list filem yang berdasarkan mitologi Mesir. 👇🏻
So rasanya tak ada apa-apa tertinggal dah. So sampai dekat sini je thread kali ni. Ohh next month stay tuned untuk NORSE MYTHOLOGY pulak. Kalau ada terkurang maafkan aku. Kalau ada tersalah sila betulkan. So sekian. Thanks for reading. So kalau nak tanya apa-apa silakan. 😊👍🏻
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Jul
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!