"The taste of death is upon my lips. I feel something, that is not of this earth...," kata2 terakhir Mozart sebelum dia meninggal pada 5/12/1791.

Kali ni, aku nak cerita pasal composer hebat yang memang terkenal pada abad ke-17; Mozart.

Ini adalah thread.

@twt_muzik
Mozart lahir pada 27/1/1756 pada hari Ahad jam 8 malam. Dia tinggal kat Austria. Nama penuh dia ialah Wolfgang Amadeus Mozart. Dia ni sejak kecik lagi orang dah perasan yang dia memang berbakat.
Masa dia umur 3 tahun, dia rajin hafal not lagu bila ayah dia ajar kakak dia. Ayah dia musician. Kakak dia tua 5 tahun dari dia.. Mozart kecik lagi so ayah dia belom terdetik nak ajar dia. Yelah, 3 tahun kot, kecik sangat haha.
So bila ayah dia sedar talent yang dia dapat, masa Mozart umur 5 tahun, ayah dia transcribe minuets ngan sonatas. Bayangkan, umur 5 tahun dah boleh compose music sendiri. Aku 5 tahun dulu masih belajar ABC ngan mengeja.
Mozart ni jugak mempunyai telinga yang sensitive. Dia boleh detect pitch yang error even error tu sikit je. Orang biasa memang takkan dapat detect. Mozart boleh buat semua tu masa zaman dia budak. Sebab tu orang panggil dia 'a genius musician.' Dia memang sumpah gifted.
Mozart ni bukan takat gifted, dia sangat hardworking. Dari dia kecik sampai dia besar, dalam 600-700 music dia hasilkan. Dia susah nak berehat dari dunia music. Dari pagi sampai malam asyik dok menggubah je. Makan pun sekali sehari.
Sekitar 1762-1773, Mozart ngan family dia mengembara ke beberapa buah negara. Yang menariknya, dia jumpa Johann Christian Bach a.k.a Bach dalam tahun 1764 ngan 1765. Bach jugak merupakan composer yang terkenal zaman tu.
Masa dia mengembara lah dia terjumpa sorang perempuan ni, Constanze nama dia. Diorang pun kahwin masa umur Mozart 26 tahun. Ni gambar dia. Diorang sepatutnya dikurniakan 6 orang anak tapi 2 orang je yang survive. Kesian kan.
Ni nama anak2 Mozart. Hanya Karl Thomas ngan Franz je dapat survive lama.

1. Raimund Leopold (hidup 2 bulan)

2. Karl Thomas Mozart

3. Johann Thomas Leopold (hidup sebulan)

4. Theresia Constazia (hidup setahun)

5. Anna Maria (mati lepas lahir)

6. Franz Xaver
Pada tahun 1782 & 1783, Mozart meneruskan kerjanya menggubah muzik bersama composer2 yang lain. Pada tahun 1787, ayah dia pulak meninggal. Tahun 1788 pulak dia telah hasilkan 3 symphonies selama 6 minggu menggunakan E flat, G minor ngan C major.
Selepas sibuk mengembara dengan concerto, opera, compose music etc, Mozart kembali ke Vienna ketika umur dia 33 tahun. Masa ni lah ZAMAN KEJATUHAN Mozart bermula.
Mozart dah mula ada financial problem even dia lah composer yang paling hebat abad tu. Aku pun tak berapa sure apa yang menyebabkan Mozart sampai takde duit. Tapi dia punya tahap takde duit tu sampai dia sanggup jual barang2 berharga dia, alat muzik dia, pakaian , furnitures etc.
Bukan tu je, dia terpaksa tebalkan muka tulis surat kat orang2 freemason semata2 nak pinjam duit. Ni antara ayat dia. Ayat dia jenis sastera so aku mudahkan:

"Aku nak mintak tolong korang. Aku tau aku still ada hutang ngan korang tapi sekarang aku takleh bayar. Tapi aku ada --
-- concert kat Casino next week. Tolong lah aku weh. Aku betol2 takde duit. Bagi je lah apa yang korang ada. Aku terdesak. Aku merayu sangat2! 😭"

Aku yang baca surat dia pun rasa sedih weh. Damn. Kesian gila.
Mozart jugak dijadikan mangsa loan sharks. Hidup dia tak tenang sejak tu. Tapi, dia tetap gubah music untuk mencari sesuap nasi (eh? Mat salleh mana makan nasi lol). Tahap kesihatan Mozart jugak semakin menurun sebab depress fikir pasal duit.
Dengan music dapat lah Mozart survive cari makan untuk tampung keluarga. Sekitar May & July 1791, Mozart composed The Magic Flute. Dapatlah dia duit sebanyak 100 ducats.
Pastu, ada majlis pemahkotaan Leopold II, sebagai raja Bohema. Mozart telah diberikan tanggungjawab untuk gubah opera sempena majlis tersebut. Opera tu bertajuk La Clemenza di Tito. Tapi gagal. Sebab apa? Sebab Mozart buat dalam keadaan rushing, nak2 lagi kesihatan dia tak baik.
Depression, anxiety, financial problems, jatuh sakit membuatkan personaliti Mozart berubah. Dia jadi neurotic, moody dan taknak bergaul ngan orang lagi dah.
Sampai lah ada sorang visitor, mintak tolong Mozart gubah music bertajuk Requiem. Orang tu offer 50 ducats. Even 50, Mozart terima. Yelah, duit kan? Siapa taknak? Even sakit2 pun, Mozart still working hard on it. Sebab tu aku kata dia hardworking. Dia punya passion mendalam.
Mozart bagitau bini dia dalam keadaan menangis,

"Saya tau saya dah tak lama. Karier muzik saya sedang berakhir. Saya rasa kesejukan yang saya sendiri pun tak boleh explain. Saya dah nak temui ajal. Hidup saya musnah sebelum saya dapat rasai betul2 keseronokan bakat saya. --
-- Hidup ni indah. Saya pernah berjaya dengan karier saya. Tapi takde siapa mampu lawan takdir."

Mozart dah give up dengan hidup dia sampai dia rasa mati adalah jalan terbaik dari menanggung kepedihan di dunia.
Mozart sentiasa mengalami sakit kepala yang teruk, muntah2, bengkak2, kerap pengsan etc menyebabkan Mozart fikir ajal dia hampir tiba. Sementara tu, Mozart dikurniakan cahaya mata yang ke-6, Franz Xaver pada July 1791.
Lepas tu, Mozart nak jugak jadi conductor untuk concert The Magic Flute untuk 2 hari berturut2. Sebab sikap degil dia lah, kesihatan dia makin lama makin teruk sampai doctor2 dia kata dah takde harapan lagi.
Lama2 Mozart dah tak mampu nak berjalan. Ended up terbaring atas katil. Tapi dia masih kuat gubah Requiem atas katil & tulis not2 yang sesuai sebab dia tau Requiem adalah gubahan terakhir dia. Ni gambar dia:
4 December 1791, Requiem masih belom siap. Family dia ngan kawan2 dia gather kat katil dia. Diorang nyanyikan Requiem sama2 walaupun Requiem belom siap. Mozart menyanyikan bahagian alto dan imitate bunyi trumpet.
Keadaan Mozart dah tenat. Pastu Mozart bagitau ex-student dia; Süssmayr untuk compose sampai habis music ni,

"Requiem ni lagu kematian saya. Saya taknak biarkan dia incomplete. Saya nak awak tolong habiskan untuk saya."
Pastu Mozart merayu pada kakak/adik ipar dia, Sophie Haibel stay on his bedside,

"Awak mesti tengok saya mati... Saya dah rasa ajal kat lidah saya..."

Bini Mozart hysterical. Emotion dia dah mula tak stabil. Priest datang. Cold compresses dibawa.
Masa nak bangunkan Mozart, Mozart jatuh terbaring. Meninggal di situ. 5 Disember 1791, 55 minit lepas tengah malam. Berakhirlah kehidupan Mozart dalam bidang seni. Mati di usia 35 tahun. Masih terlalu muda. Banyak benda Mozart boleh explore tapi dah ajal kan.
Requiem berjaya disiapkan oleh Süssmayr. 36 tahun kemudian, Requiem telah dimainkan di majlis pengebumian Ludwig van Beethoven. Beethoven juga merupakan composer yang berbakat. Dia admire Mozart.
Yang ni hasil kerja tangan Mozart struggle siapkan Requiem. Sekarang baru aku tau betapa susahnya nak compose music.
Okay thread belom habis lagi 😂 Aku nak bukak cerita teori pasal apa sebab dia mati. Jap jap rehat dulu.
Sorry sorry. Theresia hidup setengah tahun je.
Sorry, malam tadi aku ada kerja 😅 So tak sempat nak sambung semlm. Okay, sekarang aku dah ada free time sikit.

So, back to the topic pasal the cause of Mozart's death. Korang tau kan yang dia dah start sakit sebab depression semua tu?

Persoalannya adakah itu main cause?
Teori 1: Mozart kena racun.

Ada orang berpendapat yang Mozart diracuni oleh rakan sekerja dia, Antonio Salieri. Salieri dikatakan cemburu dengan bakat muzik yang ada pada Mozart.
Teori ni buat orang ramai macam, "Eh yeke? Takkan lah. Diorang okay je kan?" True. Diorang okay. Diorang kawan tapi pernah tak korang terfikir yang Salieri baik dengan Mozart sebab hanya pura2?
Mat salleh ke, melayu ke kalau dah perasaan dengki menguasai diri apa2 je boleh buat. Cuma mat salleh akan guna cara macam racun, bunuh pakai pistol etc. Melayu ofc bomoh, santau etc.
Kenapa teori pasal Salieri ni terjadi? Sebab ada movie biography pasal Mozart mati kena racun oleh Salieri. So, orang dah start rasa Salieri yang bunuh Mozart.

Ada yang kata masa Mozart ngan Salieri dinner sama2, Salieri senyap2 letak racun dalam air Mozart.
Racun tu yang membuatkan Mozart menderita perlahan2 dari segi physical ngan mental. Ada yang kata disebabkan perasaan bersalah yang amat sangat, Salieri confess yang dia bunuh Mozart. Tapi, sampai sekarang takde bukti kukuh yang Salieri confess atau tak.
Teori 2: Penyakit buah pinggang

Mozart selalu demam sejak kecik. Antaranya scarlet fever & rheumatic fever. Demam2 jenis ni dikatakan boleh rosakkan buah pinggang; edema, swelling etc.
Tapi orang kata orang yang hidap penyakit ni dah tak larat nak buat apa2 kerja dah. Sedangkan Mozart masih mampu jadi conductor untuk concert dan gubah muzik sebaik mungkin.
Teori 3: Mozart RACUN DIRI SENDIRI

Mozart bukan ada syphilis. So, Mozart dikatakan mengambil mercury dengan kadar yang banyak dari dos yang ditetapkan. Ubat kalau terlebih dos akan jadi racun.
**Mozart ada syphilis.
Teori 4: Trichinosis

Punca penyakit thrichinosis adalah dari cacing parasite yang bernama Trichinella. Cacing ni ada dalam pork. Pork adalah makanan favourite Mozart. So, doctor2 assume yang Mozart mati sebab trichinosis.
Penyakit ni tidak diketahui masa abad ke-17. Sampai lah abad ke-18 tahun 1860, sorang perempuan mati disebabkan oleh penyakit misteri. Symptoms dia sama dengan Mozart. Semasa bedah siasat, terdapat cacing2 dalam otot perempuan tu.
Dr. Friedrich von Zencker, seorang pathologist, jumpa perempuan tu punya colleagues. Makanan yang dihidangkan berasaskan khinzir. So diorang hidang pork ngan pork sausages. Didapati yang pork sausages tu ada cacing tu.
So, muncul lah teori yang Mozart mati sebab thricinosis. Zaman dulu2 memang ada macam2 penyakit tapi disebabkan sistem perubatan yang belom moden zaman tu, Mozart tidak dapat diselamatkan.
Nak2 lagi takde autopsy report so doctors susah nak pastikan apa sebab dia mati. Dengan sistem perubatan yang moden sekarang ni, mungkin Mozart masih boleh survive. But yeah, he lived in classical era. Can't help about that.
Kebenaran tentang sebab kematian Mozart masih menjadi tanda tanya dan menjadi antara topik yang relevan diperdebatkan sampai sekarang. Tapi hanya Allah yang tahu kebenarannya.

Ada beberapa lagi teori lain tapi yang aku mention ni antara yang popular.
Aku selalu dengar nama Mozart. Tapi tak pernah nak ambik tau pasal dia. Sampai lah aku tengok anime ni. Tajuk dia Piano no Mori. Sumpah best gila 👍 Bila watak utama dia main Piano Sonata (F major K. 280), aku terpukau & dapat goosebumps.
Teringat dulu masa sekolah rendah ada piano kecik. Aku tak reti baca note music so aku main tekan mana satu tile yang sesuai dengan bunyi dia 😂 Ended up aku dapat jugak compose music yang aku imitate based on lagu yang aku dengar. Yep one of the best feeling.
And aku selalu dengar jiran aku main piano ke organ tah aku tak sure. Kadang2 aku gi bilik aku lekap telinga aku kat dinding supaya dapat dengar dengan lebih jelas. Ada satu piece yang dia main memang best gila tapi sampai sekarang tak tau siapa yg originally compose music tu.
Aku memang prefer piano/organ/keyboard than any instruments lain. Music Mozart pun aku lagi suka dengar music yang dia compose pakai piano. How proud I am that music Mozart masih orang guna sampai sekarang walaupun dah 200+ tahun dia mati.
Cuba korang dengar yang ni. Memang confirm korang dah selalu dengar lah music ni kat mana2; iklan tv, kartun, orchestra etc 😂
Dan yang ni piece yang paling aku suka takat ni 💕
Banyak lagi composition Mozart yang best2 💕💓 Kat YouTube berlambak. Search je 'Mozart'. Music Mozart sesuai dengar masa tengah breakfast, minum petang, study, jalan2 ambik angin, sebelum tidur.
Buat assignment sambil dengar Mozart pun syok gak. Aku dah try masa buat report entrepreneur 😂 Tenang je dengar. His music memang masterpiece lah.
Thread yang aku tulis ni berdasarkan research aku kat Mr. Google. Sejarah pasal Mozart sangat panjang so aku ringkaskan dan buat thread ni. Tapi tu lah, bagi aku thread aku ni pun panjang gak 😅
Thank you, Mozart for your music! 💕💓 You're dead but your music is still alive! 🌸🌸🌸

Kalau ada apa2 nak tambah pasal Mozart, boleh tambah 😊
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハルヒ@CCS: Clear Card-hen🌸
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!