Waktu pagi ni adalah waktu pembuka rezeki. Ditambah pula dengan hari Jumaat yang penuh barokah.
So apa nak buat? Ada banyak perkara yang kita boleh buat. Terlalu banyak. Tapi kita buat sikit je dulu. Ok?
Mulakan pagi kita ni dengan..
1. Istighfar sebanyak mungkin. Sebab selain daripada dosa kita yang melambak-lambak hasil dari kita bertangguh taubat, istighfar juga boleh membuka pintu rezeki.
Tapi niat utama kita istighfar memang untuk taubat dan rasa menyesal sebab dosa kita.
Boleh?
Feb 29, 2020 • 7 tweets • 2 min read
SEMBAH DERHAKA
Agong ini terlalu baik bagi saya. Sejak dari awal saya melihat bagaimana baginda berusaha keras untuk berlaku adil kepada semua.
Ketika SD pertama dikemukakan, semua orang tahu Tun Mahathir (ketika itu calon Perikatan Nasional) telah mendapat sokongan majoriti.
Duli Baginda boleh saja memilih untuk mengisytihar Tun sebagai PM semula, tetapi baginda tidak berbuat demikian.
Sebaliknya baginda panggil DSAI ke Istana untuk membuktikan sokongan kepadanya pula.
Jan 7, 2020 • 21 tweets • 4 min read
SALAH FAHAM TENTANG SEX EDUCATION
Ramai orang ingat sex education (saya ringkaskan kepada 'SE') ni hanya apa yang berkaitan dengan sexual intercourse atau bersetubuh semata-mata.
INI TAK BETUL.
Mereka hanya nampak "sex" sahaja, educationnya tak nampak.
#IniAdalahThread
Disebabkan salah faham ni, ramai orang takut nak bercakap berkaitan SE ni.
Dan golongan liberal pula, sibuk nak MEMISAHKAN (sekularkan) antara SE dan islamic teaching. Mereka ejek dan kata,
"lebai jangan sibuk2 bab sex education. Tahu nak kahwin ramai je. Pervert."
Dec 19, 2019 • 12 tweets • 3 min read
KENAPA DOA KITA TAK MAKBUL?
Kalau ikut hadith, ada byk sebab sebenarnya kenapa doa tak makbul ni. Tapi InsyaAllah saya nak kongsi 3 SEBAB kenapa doa tak makbul menurut hadith.
Jom kita tengok satu2 dan refleks diri kita sendiri.
1. Doa dalam keadaan TERGESA-GESA nak doa tu di makbulkan secepat mungkin. Contoh,
"Ya Allah, jadikanlah siti colgate sebagai jodohku. Kalau dia bukan jodohku, jodohkan juga. Kalau dia jodoh orang lain, jadikan aku orang lain tu ya Allah.”
Ingat ni drive thru ke?
Nabi sebut,
Nov 13, 2019 • 45 tweets • 8 min read
30 KESAN MAKSIAT.
Pernah tak kita terfikir, setiap kali maksiat yang kita buat, apa kesannya pada diri kita? Sama ada jangka pendek atau panjang.
Kita kena faham, antara ciri2 maksiat ini adalah,
1. Ia pasti ada PUNCANYA. 2. Ia akan beri kesan sampingan. Pasti.
Bak kata orang putih, setiap perkara yang berlaku mesti ada cause & effect-nya.
Jadi apa kesan2 maksiat yang kita buat? Ini adalah #Thread pnjang. Moga kita sama2 muhasabah dan usaha tinggalkan maksiat masing2. 😭
Dulu, saya pernah buat satu survey di sekolah menengah tentang isu video lucah & hasilnya adalah, hampir 80-90% pelajar lelaki menonton video lucah, dan 60% daripadanya dalam skala ketagih!! 😢😭
Pelajar perempuan pula...
#IniAdalahThread
Pelajar perempuan pula sekitar 50-60% pernah menonton video lucah, dan 30% daripadanya dalam skala ketagih. Nak kata, majoriti yang ketagih adalah LELAKI. Dan lebih kritikalnya, perempuan pun ada juga walaupun tidaklah sebanyak lelaki.
Tetapi tetap ada juga! Sedih..😭
Aug 11, 2018 • 16 tweets • 4 min read
Mak nyah boleh masuk tandas perempuan?
1. Sekarang ada orang marah, kita kena berlembut dengan golongan LGBT ni. Nanti mereka akan lari. Beginilah. Golongan LGBT ini ada dua jenis,
#inithreadaku #retweet #LGBT #CegahLGBT #LiberalLogic
a) Golongan LGBT yang TAHU dan SEDAR apa mereka buat tu salah, tetapi susah nak berubah sebab faktor keliling. Mereka tak pernah perjuangkan pun hak nak jadi LGBT.