Profile picture
Hazirah Zaini @Hazirah_Zaini
, 22 tweets, 4 min read Read on Twitter
Walau aku belum berkahwin lagi, pernah beberapa orang (gadis) minta aku jadi orang tengah carikan jodoh.

Bila begini, itu tanda orang tu percaya kita.

Cara aku approach status si lelaki...
Aku akan cari sepasang suami isteri yang dipercayai untuk approach si lelaki.

Sebab kita tak kahwin lagi, jangan tanya direct si lelaki. Kang takut lelaki tu pula sangkut kat kita, bukan kawan kita 🤣
Kalau kawan kita adalah si isteri, selalunya dia akan minta si suami yang tanyakan status si lelaki.

Atau pun, si isteri akan ditemani si suami. Lagi terjaga batasan. 😊
Dari kau yang single, nak mesej lelaki single lagi untuk tanya status. Takut yang 'lain' pula jadi, kita buat batasan siap-siap.

Mencegah lagi baik, kan 😉
Bila sepasang suami isteri yang tanyakan status si lelaki, kadang-kadang diorang ni boleh ajukan soalan yang lebih kepada perkahwinan sebab diorang sendiri dah kahwin.

Ada pengalaman. Dan diorang boleh bagi pendapat yang bersesuaian.
Sebab tak semua orang mampu jadi orang tengah yang menjaga adabnya.

Ramai yang jadi 'tukang mengusik' yang akhirnya sedikit mendedahkan privasi.

Benda ni kadang-kadang boleh memalukan pihak bertanya.
So, bila kita nak approach status orang, ada 2 soalan kita boleh tanya.

Ingat, approach bukan bermaksud merisik nak kahwin terus ye. Ramai orang salah anggap. 😅

Ni fasa sebelum taaruf.
#Soalan1

"Dah berpunya belum?"

Ni kita nak tahu statusnya sama ada masih bujang atau sudah tunangan orang.

Kalau dia kata dah tunang, cukup sampai situ. Tak perlu nak dedah siapa approach dia.

Jaga privasi dan kehormatan orang yang minta tolong kita tanyakan.
#Soalan2

Kalau dia kata belum berpunya, tanyalah:

"Bersedia tak nak kahwin dalam masa sekarang?"

Sebab ada orang walau dia belum berpunya, dia masih belum bersedia nak kahwin. Kita kena tahu tu.

Mungkin sebab komitmen kerja, nak kumpul duit dulu, nak settlekan hal famili dll.
Sebab aku pernah minta kawan aku suami isteri tanyakan status sorang lelaki ni.

Dan aku respect sangat jawapan lelaki tu:

"Aku belum berpunya. Tapi aku belum bersedialah nak kahwin buat masa ni. So minta si perempuan tu fokus tanya lain dulu."

Ni jawapan lelaki matang.
Bila dia rasa dia belum ready nak fikir pasal tanggungjawab dalam rumahtangga, dia tak ikat mana-mana perempuan dalam hidup dia.

Erti kata lain, tak beri harapan si perempuan menunggu.
Bukannya kita terus tanya:
"Weyh, ada orang nak pinang kau."

Jangan guna word 'pinang'. Sebab bunyi macam too serious nak confirm ajak kahwin.

Tapi guna word 'risik status' much better. Sebab kadang-kadang orang nak kenal dulu, tengok sesuai ke tak.
Dan jangan dedahkan lagi 'siapa' yang tanya status si lelaki selagi dia tak jawab soalan ke-2.

Kalau dia jawab dah bersedia nak kahwin, kau beritahulah ada orang approach.

"Nak kenal lanjut tak?"

So barulah kita go to next step.
Kalau dia jawab tak bersedia nak kahwin...
Cukuplah tanya sampai situ.

Tak perlu nak dedahkan 'siapa' yang tanya status dia tu.

Sebab...
Kita nak jaga kehormatan si gadis yang mahu tahu statusnya sahaja.

Cuba bayangkan kau dedahkan identiti si gadis pada lelaki tu.

Sekali lelaki tu jawab:
"Oh dia ke approach aku? Kalau dia, aku pun tak berapa berkenanlah."

Tapi kalau dia berkenan bila tahu....
"Eh, dia ke yang approach aku? Aku ada minat dia juga."

Hati-hati.

Sebab tadi dia kata dia belum sedia nak berkahwin. Selalu keputusan dari orang tak fikir pasal kahwin lagi ni banyak dipengaruhi nafsu je. 😅
Orang yang bersedia nak kahwin selalunya dia dah fikir pasal tanggungjawab.

Dia dah mula prepare kewangan, fizikal dan lebih matang. Takde de melepak dan merempit dengan kawan 24 jam je kan.

Tapi orang yang tak bersedia nak kahwin...
Sesetengahnya dia just fikir nak ada 'peneman' je.

Bahasa kasar, at least kau ada orang minat kau dari lonely. Malulah kat kawan kan.

Kalau dia serious, dia akan berubah jadi matang. Kalau tak, possible putus di tengah jalan.
So itulah cara aku approach si lelaki kalau ada kawan minta tolong tanyakan.

1. Cari pasangan berkahwin tanyakan

2. Tanya 2 soalan tadi

3. Jangan sesekali dedahkan identiti kawan yang bertanya selagi belum masanya. Jaga maruah diorang.

Tambahan...
4. Let say menjadi ke proses taaruf, jangan sesekali canangkan identiti kedua-dua orang ni ke orang lain.

Selagi tak kahwin, kau janganlah kepoh kat kawan lain:

"Weyh, si ahmad berkenalan dengan eja la."

Kalau tak jadi kahwin...
At least tiada siapa yang malu sebab tak ramai yang tahu.

Hanya korang yang bertindak sebagai orang tengah dan ahli keluarga terdekat je yang tahu.

Aman kan? Boleh cepat sikit move on 🤣
So jadilah 'tukang jodoh' atau 'orang tengah' yang menjaga adabnya dan privasi kedua-dua belah pihak.

Peganglah kepercayaan dan amanah orang berikan pada kita sebaiknya. 😊
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Hazirah Zaini
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!