SENARAI TEMPAT WAJIB PERGI BILA BERCUTI DI MELAKA!
10 tempat wajib pergi, 47 tempat yang boleh pergi dan 10 hotel murah melaka yang cantik
Setkan jadual anda agar anda tidak terlepas satu pun!

Ini admin senaraikan yg paling best diatas. Korang boleh cuba mengikut kemampuan la ya
1. The Street Kitchen Melaka. Mula-mula saya sendiri keliru dekat mana tempatnya tapi akhirnya jumpa dan lokasinya sebenarnya mudah je. Cuma kenal pasti Bangunan Merah Stadhyus, betul-betul di sebelah mercu tanda 'Melaka World Heritage City'.
2. The Shore Toy Museum
Kepada peminat permainan dan super heroes seperti Iron Man, Batman (Ada Batmobile), Star Wars, Transformers, Lego dan banyak lagi. Terletak di tingkat 1 bangunan The Shore. Tiket berharga RM20 untuk kanak-kanak dan RM30 dewasa.
3. The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar.
Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat permandangan sekeliling.
Alamat: The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
4. Melaka Thousand Tales of Adventures
Simulasi interaktif 7D indoor yang terletak di tengah bandar ini sesuai untuk seisi keluarga. Permainan puzzle yang mencabar minda dan menyeronokkan. Kadar tiket adalah RM23 untuk kanak-kanak dan RM28 untuk dewasa.
dah penat kesana sini, kena la makan, sini tempat makan yang jarang ada ditempat lain, restoran cina yang HALAL, katanya cina muslim yg masak
5. Restoran Sup Lembu Tangkak
Layan sup Lembu di kedai dengan papan tanda merah dan tulisan Cina? Biar benar!
Ya. Tapi jangan risau, restoran Sup Lembu Tangkak ini sebenarnya mempunyai sijil JAKIM dan cukup terkenal bukan sahaja dengan supnya tetapi juga bebola lembunya.
Restoran makanan Cina ini berasal dari Johor dan mempunyai beberapa cawangan termasuk di Kuala Lumpur. Akan tetapi jika anda telah sampai ke Melaka, apa kata anda cuba hidangan di cawangan Melaka ini?
Tips Pengunjung : Cuba sos cilinya.
6. Street art Melaka
Antara tempat menarik di Melaka adalah Banda Hilir dan Sungai Melaka yang terdapat perkhidmatan River cruise. River Cruise adalah anda boleh menaiki bot yang disedia dan akan menyusuri Sungai Melaka.
Namun, anda boleh berjalan kaki di sepanjang pesisiran sungai yang turut disediakan tempat perjalan kaki. Di sepanjang jalan itu anda boleh lihat “Street Art” atau seni lukisan di dinding bangunan berdekatan.
7. Freeport A’Famosa Outlet – Tempat Menarik di Melaka baru!
FAO, Freeport A'Famosa Outlet, Melaka Premium Outlet, MPO, Tempat Menarik di Melaka
Bermula tahun 2016, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) telah dibuka untuk pelancong membeli-belah.
Konsepnya sama seperti Johor Premium Outlet yang terlebih dahulu dibuka. Terdapat pelbagai brand menarik untuk dipilih, seperti Sacoor, G2000, Nike, Puma, Under Armour, Kickers, Focus Point, Melinda Looi dan banyak lagi! Harga-harga yang ditawarkan pun sememangnya berbaloi-baloi
8. Roti Jhon Mael Lambung
Yg penuh rempah ratus, daging yg byk, cheese mozarella yg blh tarik.. Sedap!
Harga rm15 je yg panjang besor tu
Lokasi : Stall di hadapan CIMB/Restoran In Fha Sha Maju, Hang Tuah Mall.
Buka dari jam 6 petang hingga 1 pagi
9. Roti Canai Kambing Limbongan
Lokasi roti canai limbongan berada di medan selera limbongan. Berada di tepi jalan menuju ke Pantai Klebang Melaka. Kalau ke Pantai Klebang untuk membeli Kuih Keria Antarabangsa boleh la singgah sarapan roti canai limbongan dahulu
10. Melaka Upside Down House. Sesuai dengan nama nya, semua benda di dalam dunia Upside Down House ini adalah terbalik! Di dalam nya adalah seperti rumah biasa sahaja, terbahagi 5 bahagian iaitu bilik tidur utama, bilik tidur anak, ruang tamu, dapur dan tandas.
Semuanya terbalik di dunia ini!
Tempat Menarik Di MelakaAlamat: G12 & G14, Jalan Pm 7,Plaza Mahkota, Banda Hilir, 75000 Melaka
Masa Operasi: Isnin – Khamis: 10:00am – 06:00pm
Jumaat – Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah: 10:00am – 09:30pm
Harga Tiket: Dewasa: RM20.00 Kanak-Kanak: RM15.00
Lain - lain tempat menarik di MELAKA :
1. A’ Famosa Resort
2. Australia Village @ Masbro Village
3. Melaka Wonderland Theme Park & Resort
4. Taman Buaya
5. Taman Rama-Rama & Reptilia
6. Zoo Melaka
7. Menara Taming Sari
8. Masjid Kampung Kling
9. Jonker Walk
10. Masjid Selat
11. Baba & Nyonya Heritage Museum
12. The Stadthuys
13. Kota A Famosa
14. Muzium Kapal Selam
15. Pantai Klebang
16. Bustel Klebang Melaka
17. Masjid Kampung Hulu
18. Dataran Keris Alor Gajah
19. Dataran Pahlawan
20. Desa Balqis, Kuala Linggi
21. Dusun D’Paradise
22. Independence Monument Museum
23. Kampung Mortem
24. Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
25. Kota Belanda di Bukit St John
26. Malaqa House
27. Magic Art 3D Museum
28. Melaka Alive
29. Melaka Street Art
30. Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
31. Muzium Lebah Sedunia
32. Pantai Puteri
33. Pantai Tanjung Bidara
34. Pantai Pengkalan Balak
35. Pantai Padang Kemunting
36. Pantai Klebang
37. Perigi Hang Li Po
38. Planetarium
39. Straits Chinese Jewelry Museum
40. Sungai Melaka
41. Taman Burung
42. Taman Botanikal
43. The Hut, Serkam
44. The Li Chi Mao Art Museum
45. Toy Museum Melaka
46. Villa Sentosa
47. Wildlife Theatre
Kredit: Destinasi Percutian
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to CUTI-CUTI KAKI TRAVEL!!! 🇲🇾
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!