Profile picture
Kimmy @zaczahari
, 56 tweets, 33 min read Read on Twitter
‘Saddam, tahun depan jom raya sambil tengok aurora?’

Here we go;
Percutian budget backpackers ke Iceland 🇮🇸 (15 hari 14 malam). I would say it’s an adventurous island. Worth it if you love nature.

Ground ~ RM3500
Flights return ~ London 🔁 Keflavík(Iceland) RM650

Thread;
First, Iceland ni boleh buat 2 cara;

~Golden Circle (1st Photo)
~Ring Road (2nd photo)

Kami buat Ring Road so automatically dah cover Golden Circle. Please do clockwise dari Reykjavík sebab nanti ending akan dapat tempat yang cantik cantik. Aku akan bg tips and tricks nanti!
DAY 1;

Touch down dari London dekat airport Keflavík, terus cari company yang kami sewa kereta (City Car Rental), dia sediakan shuttle ke hub lebih kurang 10 minit dari airport. Kami sewa myvi baru 1.5SE. No, actually Hyundai i10 okay la untuk 4 orang. Haha
Lepas ambik kereta kami terus ada masalah sebab kena drive belah kiri. Kekok la sat 20 minit.

Decided untuk terus pergi town(Reykjavík) visit;

1. Sight-seeing town
2. Hard Rock Cafe
3. Hallgrímskirkja
4. The Sun Voyager
Then, kami mula misi cari makanan. Jumpa lah supermart Bonus ni.(cheapest supermart in Iceland)

Lagi sekali down sbb harga barang.

Telur ayam RM2 sebiji
Ayam sekoq RM65
Itik sekoq RM250
& kami belum pasti status halal.

End up kami beli fishballs RM110(35pcs) & jugak potato 🥔
Fyi, memang kami perlukan raw meat or fish since chef dah bawak rempah ratus especially serbuk kari, bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih dll. Rice cooker pun bawak!

Aku malas cerita sangat pasal makan sebab 2 hari pertama kena makan fish balls tadi! 😭
Lepas beli barang tadi, kami teruskan perjalanan ke Hveragerði(Rumah A). Rumah ni kami panggil rumah Thor sebab owner dia macam Thor. Rumah ni kami book dari airbnb selama 5 hari 4 malam. Rumah not bad barang Ikea semua 🤣
DAY 2;

Travel 3 tempat di bawah ni lebih kurang 200km also as known as Golden circle tadi.

1. Kerið (Volcanic crater)
2. Geysir (nanti tengok video bawah ni)
3. Gullfoss (waterfall)
4. Þingvellir aka Thingvellir (National Park)
Ni video dekat Geysir tadi. Lebih kurang setiap 6-8 minit dia akan terpancut naik atas macam ni. Hampir berlaku pergaduhan untuk dapat shot yang takdak orang macamni, nan tepi tu okay la aku kasi chance. 👵🏾
Lepas habis Thingvellir tadi, kami kena isi minyak kereta, harga dia 1 litre = 229 Icelandic Krona. Lebih kurang RM9.70/litre ambik dari rate kami tukar duit. Sekali isi minyak RM300++! Tp city car rental tadi ada bg discount if isi minyak dekat selected station dalam 3% less 🙄
DAY 3;

Ingatkan nak chill and easy, so kami decide untuk p mandi hot spring named Reykjadalur. Bangun seawal 5am sebab tak mau ramai orang. Sekali kena hiking 3.5km lebih untuk sampai, tapi berbaloi sebab suhu 5’c tapi ayaq hangat sampai ngilu nak rendam teloq!
Apa yang best sebab lepas penat hiking, terus dapat ‘sungai’ air panas dekat atas gunung. Mandi diselimuti hijauan gunung ganang, padu tuan tuan. 2-3 jam jugak kami berendam. Kembang sikit! Hahshs
Ni ada lagi few gambaq time on the way naik dan turun, time hiking naik tu banyak jugak biri biri, boleh la buat teman borak.
Balik dari hot spring kami tidoq lepas lunch fishball semalam. Tidoq pun dalam keadaan sedih.

Petang bangun pusing Reykjavík, Kami pergi tower Perlan, konon konon nak dapat gambar satu town from top,tapi Dapat ni je.Hahahaha
Lepak konon nak layan sunset, tapi terlalu sejuk kami tak tahan then decide untuk p cari masjid. Aku bawak ja kawan kawan aku p masjid tp aku tunggu dalam kereta. Kahkahkah

Jangan expect masjid tu macam masjid Malaysia, masjid dia dekat rumah kedai ja tu pun tingkat atas sekali.
Dekat Iceland org islam ada lebih kurang 1000 orang lebih sahaja out of 300k plus. Depa pun borak la dgn imam. Inilah org ckp kalau kita ingat tuhan, Dia akan ingat kita(aku tumpang). Imam ckp ada lamb halal dekat Bonus. Bersorak gembira la apa lagi. Lupa pulak nk ajak dia selfie
TIPS!

Imam cakap 2 dari 5 tempat sembelihan kat sini adalah halal. Depa x boleh letak logo halal sbb akan jadi issue. So ada 2 cara nk identify halal lamb kt iceland;

1. Yg ada tulis Sauðárkrókur, tgk dekat pack number 1 zoom tempat aku bulat tu.

2. Plastik yg ada cop ‘ks’ ni.
Lamb dia murah gila, harga lebih kurang RM70 for 2kg! Apa lagi makan lamb je la selama 12 hari remaining!

Dan, day 3 masih lagi tanpa Aurora Boraelis. 😔
DAY 4;

Hari ni distance cover lebih kurang 250km. So bangun lewat sikit sebab makan lamb banyak sangat. Hehe ni antara few places for that day.

1. Strandarkirkja (church)
2. Brimketill
3. Gunnuhver (geothermal area)
4. Valahnúkamöl
Otw balik kami singgah at random spot untuk ambik gambar.

Gambar kuda tu just stop tepi jalan.Lepas tu boleh main main dengan Icelandic horses ni. Very friendly, sesuai dengan makwe yang suka kuda!

Gambar last tasik Grænavatn, tak ada water flow pun tapi air biru nak mati.
DAY 5;

Check out dari Rumah A, kami terus pack dan bergerak lebih kurang 600km ke north of Iceland (Akureyri). Tapi along the way tu ada few places yang kami drop by untuk ambik gambar. Kena lalu terowong bawah air toll 1000 krona(rm43 per car).
Ni antara tempat yang kami stop masa otw ke Akureyri(rumah B);

1. Glanni waterfall
2. Hvitserkur
3. Glumbær turf house
4. Tempat nak tengok Icelandic Seal tapi dia dekat batu tengah so tak nampak dalam camera.
Sampai dekat Akureyri pun dah lewat sikit, dalam pukul 8-9 pm macam tu and stay sini 3 hari 2 malam, jalan dia boleh tahan, ada terowong tapi satu lane. Kalau ada kereta opposite kau kena stop tepi and give way. Negara kaya tapi kedekut terowong!

Gambar rumah ni aku lupa ambik!
DAY 6;

Lepas 600km travel kemarin, kami penat so free and easy je for today. Kami just visit town Akureyri and jalan jalan sikit. Visit church and port. Kami ingat nak beli fresh fish sekali depa tak jual hahahahaha.
Ni dalam church Akureyri tadi. Lawa terukk!

Balik awal sikit sebab @abbas_he nak solat sunat hajat bangun tengah malam supaya aurora keluaq. Tuan rumah cakap boleh dapat dekat area dia. Kami kena terus percaya!
DAY 7;

KAMI RAYA HAJI DEKAT ICELAND YASS!

Semua siap siap pakai baju melayu, cuaca boleh tahan dalam 5-7’c tapi raya kan raya kami jalan jugak dengan baju kain satin(agak je) tu!

#TeamRayaIceland
Hari ni terus check out dari Akureyri sambil berbaju melayu going towards rumah sewa next dekat area East of Iceland(Rumah C),perjalanan 500km dari north. Nama tempat Breiðdalsvík dan hanya ada lebih kurang 25 rumah. Mencabar nak sampai rumah ni. Jalan tak berturap. Geram je aku!
Otw ke rumah C ni banyak tempat menarik, dengan berbaju melayu abang abang slumber je turun ambik gambaq siap lompat2 lagi, suhu 7’C sejuk geng!

1. Godafoss (waterfall)
2. Hverfjall (something to do with volcano)
3. Lake Krafla
4. Dettifoss
Ni ada lagi few tempat aku stop tepi jalan je, kalau nampak simbol yang aku bulat merah (gambar pertama) korang stop je, tu adalah tempat pelancongan. #Tips

Gua tu ayaq panas, sikit lagi sebab sejuk aku nak terjun. Nasib teringat aku ni tak reti berenang.
Lepas penat berjalan tadi sampai la rumah C lebih kurang pukul 9 malam. Ni ada sikit aku sempat ambik video. Ni rumah termahal kami sepanjang kt iceland,satu malam RM800. Kawasan dead area dan check in sini 3 hari 2 malam jugak. East Iceland.
DAY 8;

Antara hari paling rilek. Keluar rumah 10 minit lepas tu balik. Keluar pun dan pulang dengan gagal. Pergi local mart nak beli roti, macam roti gardenia buku tu harga dia dekat RM30. Terus keluar kedai balik rumah balik. Hahaha
Dah alang alang free and easy kami rehat je sebab malam ni ingat nak pergi hunting aurora. @abbas_he kata dia takkan lena, akan baring pandang cermin ni sebelum kami keluaq.
DAY 9;

Abbas yang plan nak tunggu aurora pun tak tahan, so kami lena dulu. So decided nak bangun pukul 1. Nak jadi cerita terlajak tidur bangun pukul 3.15am. Hahaha bangun terus siap siap, banyak tempat best hari ni! Sebelum checkout makan ni je!
Plan bangun awal tu salah satu sebabnya nak pergi ‘tasik cermin’ tempat Kajol menari dalam cerita Dilwale tu. Kalau lewat nanti ramai,tak best la nak ambik gambaq.
Here we go, Zac Rukh Khan🤣

Stokksnes, Iceland.
Sempat aku main lari lari kejap. Haha nasib baik tak ada Kajol je nasib baik.
Kiranya hari ni perjalanan dari east ke tenggara of iceland semua tempat ni otw je. Aku lupa apa tenggara dalam english. Lepas tasik Kajol kami ke sini;

1. Jökulsárlón
2. Svartifoss
3. Fjaðrárgljúfur
4. Green Lava Walk (stop tepi jalan ja)
Lepas habis dekat Green Lava walk tadi kami kena cari Rumah D pulak, location dia dekat atas sikit dari Vík. Around pukul 10 malam kami sampai, Mulakot nama tempat dia. Sharing toilet & kitchen kali ni. Check in sini 4 hari 3 malam.
DAY 10;

Hari air terjun sedunia!

1. Gljúfrabúi
2. Seljalandsfoss(dilwale)
3. Skógafoss (dilwale)
4. Air terjun rahsia(wajib pergi)

Air terjun rahsia ni sangat cantik, nama dia ada tapi aku lupa, kami dapat coordinates je dari dalam blog. Ni coordinatenya(63.526894, -19.482543)
Air terjun rahsia tu please pergi, sebab rasa macam cerita avatar. Jangan gusar bila nak jalan ke sana. Memang tak ada orang rasa curious la sikit. Kami lepak sana 2-3 jam jugak, lepas tu balik dan masih menaruh harapan terhadap Aurora Borealis. Hmm
DAY 11;

Hari ni bangun awal sebab nak pergi tempat famous plane wreckage. Pukul 4am kami dah bangun. Kena jalan pergi dan balik dalam 7-8km, cuaca time jalan dalam 2-3’C. Sejuk teruk dengan angin laut lagi.

Sólheimasandur Plane Wreckage
Berjalan kaki lebih kurang 40-45 minit, stop sekali sebab nak hisap rokok. Kami p awal sebab tak mau sebok dengan orang ramai. Nak ikutkan tak boleh panjat plane tu, tapi kami terikut ikut Shah Rukh Khan. So terpaksa la panjat. Nak marah, marah SRK!
Kami lepak dekat wreckage ni lebih kurang 2-3 jam, bila dah ramai orang kami pun gerak tempat bawah ni;

1. Reynisfjara (batu marble)
2. Icelandic Puffins (camera phone je so jauh sikit sorry buruk haha)
3. Dyrhólaey
4. Reynisdrangar
DAY 12;

Hari ni memang nak keluar awal, pukul 3 kami dah bangun sebab nak siap siap nak pergi mandi pool air panas.

Member aku suruh aku pergi amik botol air sebab nak kena hiking sikit kejap lagi nak pergi pool tu.
Aku pun keluar macam biasa then aku terpandang langit. Dalam hati eh ada awan la.

Makin lama dia makin bertukar hijau. Aku tunggu 5 saat,

BOOMM! AURORA BOREALIS GUYS!

Terus aku pergi panggil budak budak ni. Haha Ya Allah time tu rasa nak solat subuh awal sikit.
Nampak tajuk asal thread ni kan? Memang tujuan asal kami nak cari aurora borealis pun. Dapat jugak la walau 5 minit. Rasa puas gila lepas tu. Cantik nak mampos dengan mata kasar, kami dapat sikit the dancing aurora tu. Ni video dia.
Aurora tu datang pun dah time nak subuh, lepas 10-15 minit macam tu dah terus cerah, kami pun terus p hiking untuk mandi pool air panas. Hari ni nak rileks je la. Sambil makan nasi putih kambing masak asam.
Lepas balik mandi air terjun kami balik rumah D untuk check out, then gerak ke Reykjavík ke rumah E pulak. Sampai rumah E ni sort of like a cabin. So rehat sini dulu. Nampak peluang cerah untuk aurora lagi sekali.
DAY 13;

Bangun lewat dalam before tengah hari, tapi chef kami @firdauszahir dah bangun awal untuk siapkan sarapan. Memang terer dia siap buat capati!
Petang sikit lepas lunch, kami ke Blue Lagoon Iceland, sadly 3-4 days before kami buka webpage dia memang ticket sold out, just kami p ja la nak tengok.
Opinion aku pasal Blue Lagoon, bukan aku nak jealous sebab tak boleh masuk tapi too expensive. Ticket normal dalam 78€ lebih kurang RM370, ada yang murah sikit slot satu jam last pukul 9pm-10pm dalam RM200 lebih. Air dia dari geothermal power station, not natural.
DAY 14 & DAY 15;

Kami tak buat apa sangat just lepak rumah buat makan makan sikit sambut ketibaan Aurora dua hari lepas. Haha day 15 tu terus ke airport balik London lepas hantar kereta sewa.
CONCLUSION, TIPS AND TRICKS!

Hotel: average satu malam RM130 per person

Kereta untuk 14 hari: RM3400/4 ~ RM850

Petrol: 3200km, RM2000/4 ~ RM500

Makan: RM18 seorang satu hari.

Entrance Kerid & Tasik Cermin: RM17 & RM34 (dua tempat ni je kena bayar yang kami pergi)
Kereta; ambik full insurans so lebih safe. Pintu kereta bila nak keluar dan masuk kena sentiasa pegang. Angin kuat boleh patah pintu.

Petrol; kalau buat Ring Road pastikan minyak sentiasa penuh. Petrol pump jauh jauh!

Toilet; ada yg free dan kena bayar. Bayar +-RM8.
Minuman; minum je air paip, lagi sedap dari spritzer!

Makanan; bawak rempah ratus yg sesuai untuk masak lamb. Makan lamb je selama 2 minggu, murah dan sedap!

Blue lagoon; book awal

Kurangkan hari dekat north and east. Nothing much they can offer. Lebihkan Reykjavik and Vik ok.
Ni ha team aku;

Kiri;
Ketua rombongan (@HeSaddam)

Paling besaq;
Chef (@firdauszahir) masak memang tip top habaq ja nak makan apa. Thanks doih.

Aku;
AJK displin(gerak bangun tidoq) dan tugas tugas khas.

Kanan;
Pembaca peta dan punca kesesatan. (@abbas_he)
Rokok jangan lupa beli kt KLIA, sini RM50 sekotak.

Ada yang marah awat xletak flight dari KL, sebelum tu actually kami pergi Paris, Manchester and London. Sorry!

Apa apa boleh pm okay? Aku mintak maaf sebab aku rasa semak sikit sebab banyak sangat tweet. Enjoy! Salam.❤️
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Kimmy
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!