Profile picture
Duan Indera | TwtLelaki @TwtLelaki
, 42 tweets, 6 min read Read on Twitter
Ok, ini adalah kisah dimana aku pergi ghost hunting disebuah rumah tinggal di Perak.

Sebenarnya banyak je tempat2 yg team aku dah pergi, dan ini adalah salah satu daripadanya.
Memang ramai yg akan cakap, apa yg kami buat ni tak berfaedah atau mencari pasal. Tapi, kami ada alasan tersendiri mengapa kami melakukan aktiviti ini.
Jadi, hidup kalau asyik ambil pusing apa yg org cakap, sampai bila pun tak akan habis. Mulut orang kita tak boleh tutup, tapi boleh tumbuk.

Gitu.
So, since aku dah lama tak ghost hunting, last dulu dengan team aku dekat kedah. Sejak aku balik semula ke Perak, aku dah lama tak buat aktiviti ini. Sebab tak ada geng.

Team yg aku bawa malam yg aku pergi tu, adalah team yg aku baru rekrut.
So, kawan aku mencadangkan untuk aku pergi ke satu kampung ini di sekitar perak. Rumah yg kami pergi tu dikhabarkan pernah berlaku satu kes pembunuhan dimana isteri tuan rumah tersebut telah membunuhnya, sebab si suami ditangkap berzina dengan anak tiri dia.
Anak perempuan tersebut dikhabarkan melarikan diri ke ibukota selepas kejadian berkenaan. Dan rumah tersebut kosong sejak kejadian tersebut berlaku.
Aduhmak. Malas nya aku nak sambung. Macam mengantuk pun ada ni. Hahahaha cane geng?
Ok ok, aku sambung. Tengok setakat mana aku larat.

So, aktiviti ghost hunting tu kami mulakan tepat pukul 12 tengah malam.
Termasuk aku, kami semua ada 5 orang. Untuk tuju ke rumah tu, kami perlu melalui satu lorong yg agak gelap dan kami telah disambut dengan satu kejadian yg agak pelik.
Setiap lampu jalan, selepas kami lalu dibawahnya, secara tiba tiba akan terpadam.

Tapi kami masih relaks dan tetap dengan tujuan kami.
Fast forward, kami sampai di lokasi yg kami tuju, dan telah siap sedia dgn semua peralatan kami. Camera, walkie talkie and etc. Ouh sebelum terlupa, kami hanya naik satu kereta sahaja, exora.
Ok, lepas semua persiapan dari segi zahir dan batin dilakukan, kami mulakan aktiviti dengan melawat sekitar rumah tersebut sebelum memasukinya.

Pelik, pada awalnya kami dimaklumkan yg rumah ni mmg kosong dan lama sudah tiada penghuni.
Sorry gais. Aku terlelap semalam. So mcm mana? Nak aku sambung sekarang atau malam nanti?
---sambungan,

Tetapi semasa kami pusing sekeliling rumah itu, kami terdengar seperti ada bunyi perempuan ketawa dan bunyi lantai dipijak seperti ada org berjalan.
Salah seorang crew kami cuba mengintai dicelah2 dinding kayu rumah tersebut. Limpahan lampu jalan dihadapan rumah tu memasuki sedikit dirumah itu melalui lubang angin rumah tersebut.

Dan terlihat satu sosok hitam betul2 ditengah2 rumah tersebut.
Ya, seperti gambar dibawah, dia nampak sesuatu yg berbentuk seperti manusia, namun segalanya hitam dan hanya nampak matanya sahaja yg kemerahan.
Tersentak dengan kejadian itu, kami semua nekad untuk memasuki rumah tersebut. Namun kami dimaklumkan sebelum itu lagi yg rumah itu berkunci.

Mungkin luck kami cantik, semasa kami cuba buka pintu rumah itu, pintu tidak berkunci langsung.
Rumah itu adalah rumah kampung dimana ianya mempunyai bahagian atas rumah, kayu, dan bahagian dapur dibawah, batu.

Dibahahgian atas, mempunyai dua bilik, dan dibahagian bawah mempunyai satu bilik, dapur, dan tandas.

Kami memasuki semua ruang untuk melawat kawasan itu.
Gambaran rumah tersebut.

*gambar adalah sekadar contoh.
Semasa kami memasuki bilik dibawah, tepat ketika kami buka bintu bilik tersebut, satu deruan angin seolah keluar dengan laju dari bilik itu dan membangkitkan segala bulu yg ada di tubuh kami.

Didalam bilik tersebut, ada satu katil dan satu almari usang.
Dah atmosphere bilik tu terasa sangat berat dan aku merasakan bahawa kemungkinan besar, kejadian bunuh itu berlaku di bilik tersebut.

Atau mungkin entiti yg menghuni rumah ini, berpangkalan dibilik itu.
Salah satu kamera crew kami dapat merakamkan sesuatu yg aneh dalam bilik tersebut. Kelihatan seolah ada seseorang (wanita) duduk bertenggek diatas almari.

*gambar sekadar hiasan.
Namun entiti tersebut hilang sekelip mata. Setelah hampir 30minit didalam rumah tersebut, kami meneruskan aktiviti seterusnya dengan setup semua kamera didalam rumah itu dan bersedia meninggalkan seorang crew kami didalam rumah untuk mengesan sebarang aktiviti paranormal yg ada.
Setelah selesai setup, kami meninggalkan salah seorang crew kami di dalam bilik yg kami rasa 'berat' itu dan kami bekalkan kepada dia satu walkie talkie dan juga lampu suluh.
10 minit berlalu. Langsung tiada apa2 aktiviti paranormal atau entiti yg dikesan.

Masuk minit ke 15, tepat pukul 2 pagi, kami dimaklumkan bahawa lampu suluh tidak berfungsi. Dan crew kami yg kami tinggalkan didalam rumah itu, mendengar derapan tapak kaki menuju ke arah dia.
Dan tiba2 talian walkie talkie seolah terhalang, walkie talkie tidak dapat berfungsi. Kami hanya dpt monitor crew kami itu melalui camera sahaja.

Pelik. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Mustahil dgn jarak tidak sampai 200 meter, walkie talkie kami tidak berfungsi.
Tiba2, kami yg berada diluar rumah, mendengar satu ngilaian panjang yg datang dari dalam rumah, dan melalui camera yg kami monitor itu, kelihatan crew kami yg berada didalam rumah mula resah. Dan tiba2, camera tersebut terpelanting seolah disepak.
Terus aku dan seorang lagi crew berlari mendapatkan crew kami yg didalam rumah itu. Dan tepat kami sampai, crew kami sudah terbaring dan tidak sedarkan diri.

Nampaknya, strategi kami untuk meletakkan crew yang sudah 'berlubang' , adalah satu tindakan yg tepat.
Entiti didalam rumah tersebut sudah memasuki badan crew kami itu. Dan pada ketika itu, aku cuba mengawal keadaan dan mulakan interaksi dengan makhluk itu untuk mengetahui sejarah sebenar rumah itu.
Crew kami yg dirasuk itu adalah lelaki tetapi semasa berinteraksi, suara yg keluar adalah suara seorang perempuan.

'Aku tak panggil kau kesini. Kamu semua datang kenapa?'

Ayat pertama yg keluar dari mulut 'crew' kami itu.
"Nama kau?"
"Yati"
"Kenapa kau duduk sini?"
"Aku mati dekat sini. Dekat katil tu."
"Orang dah mati, terputus hubungan dgn dunia. Mana boleh kau masih ada dekat sini."
"Hahahahahahahaha"
Ya. Jin/Syaitan yg cuba mengganggu manusia. Tiada satu pun kata2 mereka yang kita boleh percaya. Selepas interaksi itu, 'crew' kami menggelupur dan mahu memukul kami.

Alhamdulillah, tiada yang cedera dan kami berjaya memulihkan crew kami yg dirasuk itu.
Fast forward. Kami dapat rakaman kerasukan, dan juga footage penampakan. Antara kepuasan yg paling memuaskan dalam ghost hunting.

Selepas itu, kami mula mengemas barang2 dan semasa berjalan menuju kereta, dari jauh, aku nampak sesuatu sudah duduk didalam kereta kami.
Ahh sudah. Benda ni tak habis habis lagi. Bisik hati aku.

Aku mengarahkan crew2 yg lain untuk berhenti dan aku pergi menuju ke kereta.
Semasa menghampiri kereta, 'benda' itu berinteraksi secara batin dengan aku.

"Aku nak ikut balik"
"Aku tak ada duit nak bela kau"
"Aku nak ikut balik"

*aku keluarkan duit syiling 20sen dari poket aku, dan campak ke atas bumbung rumah tu.
"Kau tunggu duit tu jadi pokok, kau boleh dtg dan ikut aku."
"Baik"

Dan entiti tersebut hilang dari pandangan.
Dan seterusnya, sebelum semua crew balik, aku melakukan sesi pemulihan dan membuang bisa2 dari badan2 crew.

Alhamdulillah semuanya baik baik sahaja.
Otw balik, aku call kawan aku yg suggestkan rumah tu pada kami untuk ghost hunting.

"Man, kitorang dah settle. Otw balik dah ni. Nak lepak tak?"
"Weh sorry, aku baru je nak bgtahu ko yg aku xdpt kunci rumah tu."
"Xpe man, kitorang dah masuk. Tak kunci pun."
"Hah??"
"Kenapa man?"
"Rumah tu sentiasa berkunci. Tak pernah tak kunci. Kau biar betul?"
"Betul lah ni."
"Jumpa aku sekarang!"

Lepas aku jumpa man, kitorang pergi semula ke rumah tersebut untuk double confirm.
Ya. Rumah tersebut berkunci. Kami tiada jawapan mcm mana kami boleh masuk rumah tu.

Mungkin luck kami cantik malam tu.
Lepas tu aku dgn man lepak dekat mamak untuk share pasal pengalaman kami kat rumah tu.

"Budak aku kena rasuk. Nice pulak benda tu boleh bersembang."
"Apa benda yg rasuk dia?"
"Perempuan. Dia ckp nama dia yati."
"Yati? Kau biar betul weh? Dia ckp apa lagi?"
"Dia cakap dia mati atas katil dalam bilik bawah tu."
"Bro, kalau kau nak tahu, yati tu lah anak perempuan orang yg bunuh laki dia tu. Yg org ckp hilangkan diri lepas kes tu."
"Maknanya, dia bukan lah lari? Dia mati?"
"...."

-Tamat-
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Duan Indera | TwtLelaki
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!