Hari ini kita borak mengenai #Felda
#Pahang mempunyai jumlah tanah rancangan Felda terbanyak.
Felda pertama di Malaysia ada di #Bilut #Bentong
Generasi pertama peneroka Felda ada 112,000 dan kebanyakkannya sudah tua dan bersara. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Mereka dah berjiran lebih 50 tahun. Anak-anak sudah berpindah dan bekerja di KL.
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
Daftar pemilih terkini menunjukkan 570,000 pengundi baharu terdiri daripada warga #Felda.
Lima kawasan #Parlimen dengan pengundi #Felda tertinggi: #Rompin #KualaKrau #Jempol #KotaTinggi #Pengerang
Di kawasan seperti #Bera #Bentong #Jerantut #Lipis #CameronHighlands pengundi #Felda memainkan peranan dalam menentukan keputusan. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Disebabkan itu sekarang kita banyak mendengar tentang kuasa generasi kedua dan ketiga. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Kebanyakkan generasi kedua #Felda yang masih tinggal di kampung rasa terabai. Seolah-olah tiada perancangan untuk masa depan mereka. #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Mereka kata dahulu boleh dapat sebulan dua kali tapi dah lebih setahun bayaran dapat selepas 5-6 minggu hasil dijual. Pendapatan pun tak banyak rata-rata RM900 #MalaysiaMemilih
1) kebanyakkan generasi kedua tak mampu buat pinjaman bank/tak ada slip gaji
2) masalah dalaman kontraktor/pemberian tender baru/tukar kontraktor/kes mahkamah
Hasil pertanyaan, rata-rata akui memang banyak kerja di #Felda tetapi kualiti dan jumlah pendapatan yang kurang.
Tahap pendidikan pun menyebabkan ramai tak boleh buat pembaharuan.
Di ekstrim lain, ada yang terlibat gejala sosial sampai jadi penagih dadah. Maka isu generasi kedua ketiga ni kompleks. #MalaysiaMemilih
Dalam ada yang setia dengan #Felda, ramai yang kecewa kerana Felda seakan tiada perancangan masa hadapan Felda supaya tak sekadar ladang
Lebih latihan, peluang belajar, jadi usahawan supaya mereka tak perlu ke KL untuk berjaya.
Balik pada #Felda, adakah wujud pelan jangka masa panjang seperti ini untuk mereka? #MalaysiaMemilih #HogohUndi
Menarik kalau ada kajian mengenai pemikiran generasi kedua ketiga #Felda ni untuk lebih faham.
Ada yang kata, isu generasi kedua dan ketiga ini juga berkait sikap. Tetapi nak betul-betul faham, kena ada data. #MalaysiaMemilih
Pada dia kena ada usaha untuk membangunkan modal insan generasi kedua ini. Kalau tak pindah ke KL pun, menerusi perusahaan boleh hidup senang.
Tapi kena ada ilmu & bimbingan.
Macam-macam cara dari isu pendidikan, geran, aktiviti lapang, sampailah ke mentorship. #MalaysiaMemilih
Katanya usaha meningkatkan literasi ada dibuat Felda di peringkat akar umbi tapi boleh diperbaiki. #MalaysiaMemilih
#MalaysiaMemilih #HogohUndi
Soal belia. Ada sesetengah felda, belia dia bagus?
Contoh tmpt saya merupakan antara belia felda terbaik dia malaysia dan merupakan salah satu pemenang geran Felda.
Dari pandangan org luar nampak berjaya hakikatnya tidak.” #MalaysiaMemilih
Kenapa ketidaktelusan, okay kita berkait dgn point pertama tadi. Soal audit kewangan projek ikan, dan pertanian benih dimanipulasi.” #MalaysiaMemilih
Ini antara salah satu perkongsian cucu peneroka. Kalau anda ada cerita nak kongsi boleh reply/quote tweet.