Pokok hiasan tu ibu aku letak di kawasan luar tempat “mini garden” dia..
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, sejak ada pokok tu.. itulah pokok terakhir yang ibu aku beli..
Hmm.. mungkin sebab dah banyak sangat kot pokok..so sebab tu ibu aku dah stop beli.. itu sangkaan aku masa tu..
Ibu : Hmm.. I rasa macam something wronglah lately.. macam setiap kali I nak buat apa-apa pun.. I rasa macam ada orang perhatikan I la..
Ayah : tak da lah mungkin sangkaan you je kot.. I ok je..
Semua tetamu dah pun pulang ke rumah masing-masing.. dan ini lah masa yang paling aku dan adik perempuan ku tak suka..
Masa itu masih aku ingat sejuk nya lain macam, dan malam tu agak berangin.. tiba-tiba adik perempuan aku yang berumur 13 tahun bersuara,
Aku : “hmm.. tulah tak pernah-pernah macam ni kan? Ke kita je rasa sejuk sebab hari ni kita jadi budak baik baca Yassin..dah tak jadi setan da?? Hahaha..” seloroh aku..
Aku : “La.. tak payah takutlah.. tak ada hantu la..kan rumah ni dah buat bacaan Yassin tadi..”
Tengah kami sibuk-sibuk membasuh, tiba-tiba hidung aku menangkap satu bau busuk.
Aku: “Ibu, kenapa ni? Gaduh dengan ayah ke? kenapa ibu kat bawah ni? Jomlah tidur bu..”
Ibu hanya berdiam diri dan masih menunduk..
Tanpa berfikir panjang aku terus berlari naik ke atas dan kejut ayah yang sedang lena di ulit mimpi..
Ayah : ” Kenapa?kenapa?” sambal mengosokkan matanya dan memakai cermin mata nya..
Aku :” Turun bawah ,Ibu kena Rasuk!”
Ibu : “Sakittt!! Sakit!!! lepaskan aku orang tua!”
Haji Deris : ” Kau siapa? Kenapa kau kacau wanita ini? Apa salah dia??”
Ibu : “Aku tak kacau mereka..mereka yang kacau aku!!! aku panas panas!! ”
Ibu: “Aku datang dari hutan! Aku nak duduk sini! Sini ada rumah aku!!”
Haji Deris : “Aku nak kau keluar dari badan wanita ini..
Haji Deris memulakan rawatan nya. Selepas 10 minit, ibu pengsan, dan haji Deris menyuruh ayah mengusap muka ibu dengan air bacaan Yassin.
Haji Deris dan Ustaz Arif memulakan meninjau rumah di bahagian atas rumah.. Masa tu kami dengar Haji Deris bercakap dengan “seseorang”.
Selepas Haji Deris membuat tinjauan di bahagian atas, di terus turun dan pergi ke kawasan halaman rumah kami di pokok hiasan yang ibu aku beli tu..
Haji Deris terus cakap dengan ayah untuk segera buang pokok hiasan besar tu di tempat lain..tempat yang jauh dari orang..
Alhamdulillah sejak kejadian malam tu ibu semakin okay.dan ayah beritahu aku bahawa pokok hiasan tu sebenarnya ada penumpang.. dan dia marah bila kami buat bacaan Yassin malam tu..
Sejak kejadian tu, hingga hari ini, ibu tidak lagi membeli dan menyimpan pokok hiasan di dalam rumah dan semua pokok hiasan dirumah ibu buang.