Profile picture
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
, 23 tweets, 4 min read Read on Twitter
Akibat Cerita hantu
#threadseram
Assalamualaikum. Nama aku illa. Aku nak cerita sikit kisah 12tahun lepas. Masa tu aku baru form 1. Aku duduk asrama harian dekat satu sekolah di johor.
Biasalah bila form 1 kau akan disajikan dgn pelbagai cerita hantu. Kau nak ke tak nak, kau kena tadah telinga. Sebab? Kakak-kakak senior bercerita punyalah kuat. Satu dorm boleh dengar. Mula-mula aku tak nak dengar, aku duk atas tilam.
Baru 5minit start cerita, aku dah Tak senang. Aku cepat turun katil duduk depan senior. Lagi seram duduk atas katil sambil dengar cerita hantu woi. Seram.
Dorm aku ni selalu jadi port cerita hantu. Tak kira hari apa lepas solat isyak je mesti dah ada tukang cerita dan tukang dengar. Cerita berbeza okay. Kalau hujung minggu, penuh dorm.
Kak Mila (bukan nama sebenar) adalah si tukang cerita. Dorm dia searas dengan dorm aku. So, lepas isyak je dia akan stay kat dorm aku untuk bercerita.
Dari satu cerita ke satu cerita. Dari satu hantu ke satu hantu. Seronok? Sikit pun tak seronok. Aku akan jadi susah nak tidur. Yela weh. Terbayang-bayang. Terngiang-ngiang. Dahlah antara tilam aku dengan member sebelah ni ada rak buku. Kalau baring tak nampak member sebelah.
Orang cakap kalau kita selalu cerita hantu, Kita macam menyeru dia. Kalau dah hari-hari? Hmmm. So, mula benda-benda pelik jadi. Aku ingat lagi, masa tu hari sabtu. Budak asrama, Sabtu malam tu adalah masa bergayut di public phone. So aku antaranyalah.
Lepas call tu aku balik bilik. Pintu dorm aku ni betul-betul depan tangga. Masa aku naik tangga, aku tengok diorang semua tengah berkumpul. Diorang semua menghadap pintu, kak Mila ni depan diorang semua. Dalam hati, “Cerita hantu lagi”.
Tapi, yang pelik kak Mila diam. Tak bercerita. Diorang semua pandang aku. Aku potong mood diorang ke? So, aku buka tudung then duduk dengan diorang semua. Tiba-tiba, kak Mila bersuara sambil tunduk. “Illa, tolong tutupkan langsir Kat belakang tu”.
Aku pun toleh. Langsir tu memang tengah berikat kemas pun. Dekat dengan langsir aku ni, dia ada besi penyangkut tuala separas pinggang. So, masa kak Mila suruh diorang semua tengok aku. Senyap. Aku pun bangun jela tutup langsir. Lepas tutup, kak Mila terus lari balik bilik dia.
Aku pelik. Diorang pun diam terus naik katil masing-masing. Aku tanya member aku. Dia cakap tak ada apa-apa.
Keesokkan paginya, member aku cakap malam tadi masa kak Mila tu cerita-cerita tiba-tiba dia cakap ada perempuan rambut panjang tengah bertenggek atas besi penyangkut tuala tu tengok dia.
Dia suruh diorang orang tutup tapi semua takut. Aku pula balik time tu. Tu dia suruh aku. Lahanat betul.
Start malam tu dia tak datang bilik aku lagi bercerita. Kenapa? Sebab kak mila dah lain. Dia jadi pendiam, takut-takut, pelik. Dengar cerita senior aku dia jadi macam tu sebab ada satu masa time magrib.
Dia amik wudhu tiba-tiba dia dengar Ada orang panggil nama dia “Mila”. Tapi bila toleh tak ada orang.

Keanehan dia menjadi-jadi, dia datang bilik prep lukis sesuatu yang tak tahu apa. Dia menangis. Pelik sangat. Dia datang kat student lain cakap sesuatu menakutkan.
Tunjuk sesuatu yang tak boleh nampak. Budak asrama Masa tu mula takut. Ramai kena kacau. So, setiap malam sebelum tidur. Setiap dorm diwajibkan buat pendinding dan baca Yasin.

Satu malam tu aku pula kena kacau. Masa tu baru selesai buat pendinding. Aku naik katil.
Katil aku ni double decker dan katil aku atas sekali. Bawah aku kakak senior aku. So,aku pn bersiap sedia nak tidur. Aku betulkan bantal. Tiba-tiba, aku terpandang luar dekat jaring-jaring tingkap. Aku nampak “gula-gula” weh. Aku terus tunduk. Aku diam sekejap.
Perasaan aku ni takkanlah tu “gula-gula”. Aku pandang lagi sekali. Yes. Tudiaaa. Tadi aku nampak macam asap je. Ni aku nampak jelas. Sebabkan terkejut aku terjatuh dari katil atas. Kakak bawah katil aku terkejut tanya kenapa. Aku tak boleh nak cakap dah. Aku menggigil je.
Diorang tanya kenapa aku cuma geleng dan cakap nak tidur  dengan member aku yang katil dia jauh dari tingkap tempat aku nampak “gula-gula” tu. Naik je katil dia aku terus selubung tidur. Esok pagi, baru aku cerita dekat diorang.
“Huru-hara” asrama makin teruk. Akhirnya, warden minta kami semua berkumpul di surau. Malam tu warden minta pelajar lelaki buat pendinding besar-besaran di asrama. Keadaan kembali tenang. Mungkin.
Kak mila tu pun dikeluarkan asrama sebab dia menakut-nakutkan pelajar lain.
Kadang-kadang nampak dia dekat sekolah tapi dia  selalu macam nak larikan diri dari orang.
follow @fiksyenshasha untuk lebih thread seram
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fiksyen Shasha
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!