Profile picture
Aku Ikmal Hanif @akuikmalhanif
, 45 tweets, 12 min read Read on Twitter
Hye rakan puaka sekalian! #storypuaka malam ni tentang kawan aku yang bernama Amad bukan nama sebenar! Aku kenal Amad sebab dia selalu ajak lepak mamak masa diploma dulu.
That time, aku dah lama tak nampak hantu sebab aku ada belajar cara tutup hijab. Just sometimes bila letih or takut, hijab akan terbuka sendiri.

Weekend, pukul 9 malam. Masa tu kami berdua lepak tengok bola dekat mamak. Suddenly dia bisik dekat aku

"Mal, nak tengok hantu?"
Aku jeling si Amad. Aku ingat dia bergurau sebab dia ni jenis semua benda nak buat gurau. Time member bengang dia boleh kentut dalam plastik and tekup dekat muka member tu. Dasar bengap nak buat macam mana kan?
But then dia cakap

"Dia tgh cangkung sebelah pakcik yang duduk dekat meja bawah kipas tu. Aku rasa itu saka dia."
Mcm mana rupa 'dia'? Amad cakap, rambut panjang, berbaju kurung lama, berkain batik compang camping. Tengah cangkung atas lantai sambil mulut terkumat-kamit. Kulit muka tersiat-siat. Berbadan lonjong tinggi. Amboi tak terhantuk kipas ke if dia berdiri? Itu aku tak tahu.
Aku tgk pakcik tu. Tak nampak apa-apa. Pakcik tu kemain selera makan nasi sesorang sambil main phone. Aku syak dia tengah main Candy Crush sebab muka dia mcm tgh mengalami tekanan! Aku abaikan Amad.
Balik UiTM, aku ajak Amad lepak bilik sebab roomate aku semua balik. Bilik aku atas bukit. Bukak tingkap terus terpampang bukit bakau. Nice gila!
Kami berborak sambil makan kuaci. Tiba-tiba angin tiup kuat semacam! Sekali harung lepastu senyap. Langsir berkibar ibarat bendera Malaysia berkibar time ribut! Amad cakap dekat aku

"Wah besar betul benda yang lalu tadi!"
Hasudah apa benda pulak dia merepek ni. Dalam hati aku tengah tahan daripada mencarut! Maybe inilah perasaan member aku time tengah lepak then tiba-tiba aku tegur "benda" tu. Damn! Patutlah dulu aku tak ramai kawan!
Bila dah tenang, aku start interview dia. Mcm mana dia start boleh nampak benda-benda macam ni. Then dia buka cerita
Masa umur 5 tahun, arwah nenek Amad ada bela saka. Dalam pukul 10 malam, nenek nazak. Arwah nenek Amad susah meninggal sebab mcm ada something yang block roh from keluar daripada badan.
Bila dipanggil ustaz untuk ruqyah, ustaz tu cakap yang saka nenek ni tak nak lepaskan roh sebab nanti dia akan terbiar and tiada orang nak jaga!
That time, Amad je budak yang berani duduk sebelah arwah nenek. Sepupu sepapat yang sebaya semua duduk luar rumah or duduk dalam bilik sebab takut. Masa tu, arwah nenek duk mengilai, meracau sambil cakap

"Aku tak akan lepaskan dia! Aku pegang dia sampai ada yang terima aku!"
Ustaz cadang untuk bukak atap bagi memudahkan pelepasan saka sebab malam makin lewat. Kalau dibiar makin lama, nanti kesian dekat jenazah.

Macam mana buka atap? Pernah tengok cerita jangan pandang belakang scene yang dia bukak atap tu? Haaa situation lebih kurang macam tu lah.
Dalam pukul 12, buka atap. Ada 2-3 orang saudara Amad yang standby atas bumbung untuk tutup zink after settle. Lepas atap dibuka, ustaz bisik something dekat arwah.
Nafas yang berat. Mata hitam menjadi putih. Mulut arwah ternganga seperti menahan azab cabutan roh. Di luar rumah tiupan angin sangat kuat! Pokok keliling bergoyang! Mak-mak saudara semua panggil anak yang dekat luar masuk!
Masing-masing berpelukkan. Takut. Takut tiba-tiba pontianak yang dilepaskan muncul dibelakang. Masing-masing membaca Surah Yassin dengan kuat!
After that, arwah perlahan-lahan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Selepas ustaz melaungkan azan, angin kembali pulih seperti biasa. Atap ditutup kembali. Tubuh nenek kaku. Diselimut hingga ke kepala.
Why buka bumbung? Tak syirik ke? If duduk rumah flat and rumah kau tingkat 1, takkan nk tebuk lubang sampai rooftop? Eh mana aku tahu siak aku bukannya dukun! Macam yg aku ckp awal-awal tadi, ni cerita Amad, bukan aku!
After kejadian, saka tu selalu mengganggu keluarga si mati sebab dia masih perlukan tuan. Ada yang nampak arwah nenek mundar mandir dlm rumah. Ada yang nampak arwah nenek makan di meja. Ada yang nampak arwah nenek berkemban untuk mandi. Macam-macam!
Untill one night.... jap aku ada hal jap. Take 5 geng!
Sorry! Sambung! Jarak rumah family Amad dengan rumah arwah dalam 30 minit. Amad ni anak tunggul. So dia akan tidur sesorang. Amad ada habit. Dia kena tidur dalam cerah. If tutup lampu, dia tak boleh tidur! Alaa biasalah budak-budak.
That night dorang balik rumah lewat. Dalam pukul 2 pagi baru sampai rumah sebab berkemas after majlis tahlil dekat rumah arwah. Sampai je rumah, tanpa mandi or basuh badan Amad terus terlentang dalam bilik.
Dalam pukul 4 pagi, Amad tersedar. Dalam keadaan mamai, dia melihat pintu bilik ditutup rapat, lampu dipadam. Cahaya from lampu jalan daripada tingkap sebelah katil Amad buat bilik bercahaya samar-samar.
Guess what worse? Pintu almari baju yang berada di depan katil Amad terbuka! Childhood memories apa yang lagi seram selain kaki terlebih katil and pintu almari terbuka dalam gelap?!
Amad abaikan rasa takut. Dia selimut and berangan benda-benda indah. After beberapa minit, dia tertidur but ada bunyi yang bangunkan dia. Bunyi apa?
Bunyi ketukan.

KNOCK KNOCK KNOCK!
Perlahan, tapi cukup untuk sedarkan Amad. Amad celik. Cari arah datangnya bunyi. Tiada. Dia pejam and sekali lagi

KNOCK! KNOCK! KNOCK!
This time, bunyi tu mcm bunyi orang ketuk pintu. Cuba teka dari mana bunyi tersebut? Almari? Salah! Bunyi tu datang dari tingkap sebelah katil Amad!
Amad pandang tingkap, kosong.

KNOCK! KNOCK! KNOCK!

Lagi sekali ketukan berbunyi! But still tiada bayang-bayang tangan orang yang mengetuk! But then suddenly ada bunyi suara!

"Mad, nenek ni. Nenek nak masuk boleh? Luar sejuk mad."
Amad yang baru berusia 5 tahun, still bodoh and tak mampu berfikir matang tak dapat beza mimpi and realiti terus jawab dgn mamai.

"Masuklah nek. Amad nk tidur."
That time, slowly pintu almari depan katil Amad yang terbukak tadi tertutup secara perlahan.

kkkrrrRREEAAAKKKKK........degummm.....
Amad kembali tidur. Lena. Sehingga satu saat Amad rasa macam bermimpi. Mimpi yang dia celik mata and melihat wajah neneknya sedang mencangkung di sebelahnya. Beruban, rambut kusut. Kedutan penuh di muka. Bermata hitam. Bergigi kuning. Tgh perhatikan Amad tidur.
Perangai Amad start berubah. Dia mula nampak apa yang orang lain tak boleh nampak. Amad semakin baran. Makan banyak. Menjerit setiap kali bunyi azan. Lepas parents perasan perubahan amad, dibawanya ke pusat ruqyah.
Ustaz cakap, ada pontianak mengekori mereka balik pada malam tersebut. Mengekori Amad. Mencangkung di dalam almari and tunggu masa diberi peluang oleh Amad untuk masuk.
Now saka tu dah dibuang but hijab Amad dah lompong. Maksudnya dah x boleh ditutup. Dia terpaksa tengok benda yang kita tak nampak sepanjang hayat.

Ada kalanya Amad akan menangis sebab takut. Ada kalanya amad akan marah sebab benda tu cuba mengganggu orang sekeliling. Depends.
Sampai sekarang, Amad dapat melihat. Dapat mendengar. Dia belajar ilmu agama. Bersedia untuk melawan makhluk yang bukan datang daripada liga manusia.
Habis cerita. Amad pesan

"If hijab kau boleh on off, biarkan dia off selamanya. Jangan gatal-gatal on kan sebab everytime kau buka hijab, lubang hijab akan akan membesar sampai satu tahap, kau tak mampu untuk menutupnya kembali."
Benda ni bukan boleh buat main. Bukan sebarang superpower yang best macam Ben10. Mcm ghostbuster. But satu beban.

Kenapa beban? Sebab tika kau lena tidur, aku dapat nampak benda yang menatap kau sambil menjilat tubuh kau sebab tidur dalam keadaan menghairahkan.
Sambil kau tengah seronok scroll twitter baca cerita seram, aku dapat tengok dia mengintai kau dari tingkap sebab dia nak tahu, siapa yang sibuk nak ambil tahu pasal dia.
Mana saka itu pergi? Dah dibuang ke laut. Tapi akan ada masa, saka itu akan kembali dan terus mencari tuan.
Masa Amad pergi perkhemahan unit beruniform sekolah di sebuah hutan simpan. Pelajar disuruh mandi sebab nk prepare solat maghrib. Tapi Amad tak nak mandi. Sebab apa?

Sebab ada kepala tersangkut dekat paip air hujan. After that? This stories aku akan cerita dekat next thread!
Sebelum aku post story ni, Amad bagi pesanan and suruh sampaikan kepada korang. Dia cakap after baca ni, jangan keluar bilik. Jangan duduk tempat gelap. Risau ada yang datang sebab setiap kali cerita tentang 'dia' dibuka, 'dia' akan datang.
Masa kami duduk berdua sambil aku take note untuk buat thread ni dekat mamak, Amad biarkan satu kerusi kosong disebelahnya. Dia cakap
"Aku nak buka cerita dia. Nanti mesti dia akan datang duduk and dengar. If kau rasa apa-apa or bunyi apa-apa, abaikan. Boleh?" Nak tahu apa yang jadi? See you next thread. Hati-hati geng. Chao!
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aku Ikmal Hanif
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!