"Aduh bulan ni last aku kerja, bos nak resize company & kurangkan overhead"
"Esok budak-budak nak gaji, susu dengan pampers anak aku pun tak beli lagi ni"
"Alamak roadtax pulak mati!"
"Dapur dah berminggu tak berasap yang oii"
"Natang, peti ais rosak pulok"
"Aduh tayar dah botak”
"Alamak duit dalam akaun tinggal RM80 mana nak cari duit ni"
"Apalah bisnes yang boleh buat dalam ekonomi sekarang"
"Aduh kereta dah due masuk 3 bulan"
"Kasut sekolah anak dah koyak pulak, berkebun ke apa budak ni"
"Anak minta belanja kat kolej/asrama"
Rilex bro. Rilex.
Kita bro, lelaki ni dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana akalnya panjang. Otaknya ligat berpusing, tapi jangan ligat ke tempat lain pulak.
Hidup ini seni, yang harus dijalani sewarasnya.
Steady, kita lelaki kalis ekonomi, kalis dugaan, kalis mental down walau esok tak tau nak makan nasi atau tembakau.
Allah tahu tangisan kau dalam diam, dalam sujud, dalam kereta, atas motor seorang diri.
Allah tahu.
Allah tahu.
Allah tahu.
Apa jalan aku nak bantu ekonomi adik beradik, kaum keluarga. Tak teringin ke orang rumah aku ni dengan cincin, gelang permata?
Ciumlah tangan suami, singgahkanlah ciuman dipipi agar kasih sayang dikekalkan Ilahi serta beban dan tanggungjawab suami dapat dikurangi.
Steady bro, steady.
Website: rekamotion.my