Profile picture
Mizan Dzai @mizandzai
, 17 tweets, 4 min read Read on Twitter
Uncle ni keluar dari kereta dan berlari anak sambil tangan sebelah menutup kepala yang akan demam kalau lama-lama menadah hujan. Aku perasan uncle ni berlari anak sambil kaki berdengkot.

Dengan gentle, dia berkata...

"Im so sorry, i am really sorry Sir!"
Kasihan, insan yang semakin dimamah usia terpaksa meminta maaf pada orang yang berpuluh tahun muda dari dia.

Dengan muka yang kelihatan runsing, letak tangan di dahi, fikirkan keadaan teksinya iaitu mata pencarian yang dah remuk akibat kemalangan.
Aku memang tak marah langsung. Tak tahu kenapa, sikit pun tak.

“Mahal ni tuan, minta maaf saya betul tak perasan”.

“Tak apa, i claim saja nanti, i pun bukannya orang kaya mau keluar wang sendiri. You okay uncle?”

"Ok, cuma ada terkejut sikit la tangan a bit shaking” katanya.
Rasa kasihan dan lembut hati lihat uncle ni, teringat bapak aku di rumah. Bayangkan, macam mana kalau bapak aku sendiri dalam situasi macam ni?

“Really sorry sir”.

"It’s ok Uncle. Siapa yang mau excident? Benda sudah jadi, kecik punya hal”.
“I punya kereta ni pun kereta kerja saja uncle, kereta lama”.

“Kereta ada insurans, kita pergi buat report dan semua boleh selesai. Uncle jangan susah hati ya?”

Sayu aku lihat muka uncle ni yang basah dek hujan.
Uncle Angadorai, seorang pemandu teksi berusia 62 tahun yang telah kematian isteri tercinta. Anak-anak pula dah kahwin, dah lepas dah katanya.

“Saya bawa teksi ni pun untuk tampung kehidupan sendiri tuan” sambung Uncle Anga.
“Alhamdulillah uncle, kita ni kalau anak-anak semua serba cukup kita sudah rasa besar nikmat dan bersyukur dah” kataku padanya.

Sepanjang lebih kurang 1 jam kami di balai, sempat juga aku bergurau dengan dia.

“Kalau uncle mau, saya banyak minnaci boleh kasi rekomen” gurau aku.
“Saya tak mau, saya mau tunggu isteri saya sampai mata saya tutup nanti” balas uncle Anga tersenyum tapi cukup tegas.

Banyak perkara yang aku borak dengan uncle ni, berkisar tentang perkahwinan dan kehidupan.
Bagaimana dia boleh setia bersama cinta sejati mendiang isteri walaupun tiada lagi jasad setelah berpuluh tahun hidup berpasangan.

Selama ini kita dihidangkan dengan cerita pemandu teksi yang kurang ajar.

Tapi tak semua, malah aku pun baru terbuka mata.
“Kenapa you tak join Grab uncle”?

“Susah tuan, saya sudah tua kereta pun sudah lama”.

“Banyak prosedur dan peraturan yang saya tak boleh lepas, belum campur lagi saya punya kesihatan yang tak menentu ni” balasnya.
Uncle ni berbangsa India, iaitu bangsa yang sekarang ini tengah heboh dan tegang dengan perselisihan kaum bersama Melayu, yakni bangsa aku sendiri.

Aku redhakan semua hatta ganti rugi sesen pun tak terlintas dalam kepala ni untuk aku minta.
Baik aku, baik uncle Anga, kami tak kena saman oleh IO yang handle kes kecil ni.

Bilamana urusan orang lain kita permudahkan walau apa salah dia lakukan dengan ikhlas dan redha, walau siapa pun dia tak kenal warna kulit dan agama, pasti Allah permudahkan urusan kita
Alhamdulillah terima kasih pada Sarjan yang bertugas, berbudi bahasa, baik orangnya dan mempermudahkan urusan aku serta uncle.

Semoga kita semua sentiasa positif dan kuat untuk segala keburukan dan kelemahan yang datang. Berbuat baik kepada orang lain, tak kira bangsa dan agama
Kita yang tentukan samada nak sejukkan keadaan atau panaskan lagi sesuatu keadaan tu. Semoga kita sentiasa positif dan kuat untuk segala ujian, keburukan dan kelemahan.

Bangsa Melayu kita adalah bangsa yang beradap, bertamadun dan berpegang teguh kepada kebaikkan.
Dan semua kenalan aku yang berbangsa India ataupun Cina, semuanya baik-baik tutur kata dan tindakkannya.

Alhamdulillah.
Kalau sesiapa yang ada sekitar Senawang, Seremban atau yang berdekatan memerlukan teksi dan pemandu yang baik serta jujur, boleh hubungi Uncle Angadorai di talian :

012-6054024.

Semoga Tuhan Merahmati Kita Semua.
Untuk tidak terlepas atau inginkan lebih Tips Premier tentang Seni Kehidupan, Perkahwinan dan Perniagaan boleh sertai Telegram Channel : t.me/TipsPremierMiz…

rekamotion.my
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Mizan Dzai
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!