#kisahulama
Ulama' Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulama yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini. Suatu ketika, selepas selesai salah satu ibadah haji, beliau berehat dan tidur.
“Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.
“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.
“Tiada satu pun”
Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan,
“Apa?”
Dia menangis dalam mimpi.
Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.
“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”
“Siapakah orang tersebut?”
“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”
Mendengar ucapan itu, ulama itu terus terjaga. Pulang daripada haji, beliau tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria.
Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.
kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulama tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh.
“Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulama.
“Saya Abdullah bin Mubarak.”
Said terharu,
“Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”
Sejenak ulama itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu.
“Wah! saya sendiri tidak tahu!”
“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”
“Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar:
Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”
“Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”
Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.
“Tetapi anda batalkan?”
“Benar.”
“Apa yang berlaku?”
“Isteri saya mengandung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.”
“Ya sayang.”
“Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”
Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”
“Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata.
Saya bertanya kenapa?
Sambil menangis, wanita itu berkata,
“Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya.
“Kenapa?”
Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu,dia pun menangis,
kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi.“Ini masakan untuk kamu."
“Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”
Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata.
Ulama ada berkata: “Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.”
Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.