Profile picture
Aiman @AmirulAimaann
, 118 tweets, 15 min read Read on Twitter
Aku rasa aku nak buat thread pasal ringkasan tafsiran Surah Al-Fatihah ni.
Gaya Prof Dr Hamka terangkan sangat menarik dan detail tapi aku cuba ringkaskan and tukar2 bahasa sikit sebab tulisan Melayu lama dan bahasa Indonesia yang ramai kurang kenal.
Aku share sebab rasa benda ni penting bagi siapa rasa diri dia Islam. Bukannya nak raih apa-apa cuma benda ni manfaat untuk semua. InsyaAllah dengan lafaz Bismillah aku mulakan.
Al-Fatihah bermaksud pembukaan. Nama lainnya ialah Fatihatul Kitab yang bermaksud pembukaan kitab kerana kitab Al-Quran dimulai atau dimulakan dengan surah ini.
Surah ini ialah yang pertama dalam Mushaf, dan dia mulai dibaca ketika tilawah Al-Quran walaupun bukan surah yang pertama diturunkan.
Pendapat Al-Fatihah diturunkan di Mekah adalah kuat menurut Al-Wahidi dalam kitabnya Asbabun-Nuzul dan As-Tsa’labi di dalam tafsir tafsirnya riwayat dari Ali bin Abu Talib, dia berkata Al-Fatihah diturunkan di Mekah dari dalam satu perbendaharaan di bawah ‘Arsy.
Ada juga pendapat yang mengatakan ia diturunkan di Madinah. Tetapi ada juga lagi yang mengatakan separuh turun dia Mekah dan kemudian di Madinah. Tetapi pendapat paling kuat ialah ia diturunkan di Mekah.
Solat 5 waktu mula difardhukan ialah sejak di Mekah. Solat tidak sah jika tidak membaca surah Al-Fatihah menurut hadis : Maksudnya “Tidaklah (sah) solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihatul-Kitab” (Hadis riwayat Al-Jama’ah, daripada Ubadah bin As-Shamit)
Beberapa Ulama bersepakat menamakan surah ini, Ummul Quran yang bererti Ibu Al-Quran menurut hadis yang bermaksud: “Dia adalah ibu Al-Quran, dan dia adalah Fatihatul-Kitab dan tujuh yang diulang-ulang”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah, sabda rasulullah)
Menurut kitab Al-Kasysyaaf, nama lainnya:
Al-Kanz (Perbendaharaan)
Al-Wafiyah (Yang melengkapkan)
Al-Hamd (Puji-pujian)
As-Salah (Solat)
First page every Quran yang wujud
Ayat 1
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Ertinya, aku mulai pekerjaanku ini, menyiarkan wahyu Ilahi kepada insan, di atas nama Allah itu sendiri, yang telah memerintahkan aku menyampaikannya.
Inilah contoh teladan kepada kita bahawa mulakan setiap perkara dengan nama Allah. Umpama soerang hulu-balang menyampaikan sesuatu perintah “di atas nama penguasa tertinggi”, raja atau kepala negara, sehingga jelas perkara itu bukan hanya sekadar menyampaikan
tetapi juga dipertanggungjawabkan. Lebih kurang kita serious dalam melakukan sesuatu perkara.
Dalam bahasa Melayu, kalimat seperti Ilah itu ialah dewa dan tuhan. Pada batu bersurat Terengganu yang ditulis dengan huruf arab tahun 1303 Masihi, Kalimat Allah Subhanahu Wa Ta’aala telah diertikan dengan Dewata Mulia Raya. (Batu tu ada di muzium KL).
Disebabkan perkembangan bahasa Melayu dan Indonesia, hanya Allah yang digunakan dan tidak lagi digunapakai ayat dewa atau tuhan.
Kerana ada bezanya maksud pemakaian ayat tuhan Islam dan Kristian. Sebagai Islam bila kita sebut tuhan yang dimaksudkan ialah Allah. Zat Yang Berdiri Sendiri, tidak beranak, dan tidak diperanakkan, dan tidak ada bandingan
Sebagai Kristian bila sebut tuhan, yang dimaksudkan ialah Jesus. Kadang-kadang bercampur bahawa tuhan adalah “trinitas” atau “tri-Tunggal” yang 3 tapi 1 dan yang 1 tapi 3. Yang ketiga itu Tuhan Bapa, Tuhan Putera dan Rohul-Kudus.
Sebab itu pemakaian ayat tuhan itu berbeza dari segi kandungan dan maksud.

Setelah itu, nama Allah diiringi dengan sifatNya, Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Kedua maksud jika dihimpunkan bermaksud RAHMAT, bererti yang pemurah, kasih-sayang, santun, perlindungan, dan sebagainya.
Kenapa dua sifat ini dulu yang diperkenalkan oleh Allah?
Perkara ini kita dapat kepercayaan orang yang masih kurang kenal akan peradabanya (primitif) tentang Tuhan. Kepercayaan Zat Yang Maha Kuasa seiring dengan pertumbuhan akal manusia.
Tetapi sebahagian besar mereka menggambarkan Tuhan itu sebagai sesuatu yang amat ditakuti, atau menakutkan, seram, kejam sehingga orang terpaksa memujaNya kerana takut akan murkanNya.
Lalu mereka adakan korban sembelihan, katanya tuhan hauskan darah, lalu dicipta satu berhala yang berupa bengis dan menakutkan kerana murkaNya kalua tidak diberikan korban. Kita dapat lihat peradaban ini pada civilisation yang kuno.
Nabi menyampaikan nama Allah diikuti dengan dua sifatNya itu untuk merumuskan bagaimana tuhan yang sebenarnya. Maka dua sifat pertama yang kita kenali ialah tuhan itu Pemurah dan Penyayang dan bukannya Pendendam dan Pembenci.
Nabi pesan dalam hadisnya diriwayatkan oleh Abu Daud dari Abu Hurairah, maksudnya: “Tiap pekerjaan yang penting, kalua tidak dimulakan dengan Bismillah, dengan nama Allah, maka pekerjaan itu akan jadi percuma”.
Maksud ringkas disini ialah ianya terjadi dengan sia-sia kerana tiada berkat.
Ayat 2
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji-pujian untuk Allah, Tuhan semesta Alam
Hamdan, ertinya pujian atau sanjungan. Di pangkalnya, terletak Alif Lam maka terjadilah, Al-Hamdu. Al bermaksud universal atau menyeluruh. Dengan sebutan Alhamdu, bererti segala puji-pujian adalah untuk Allah,
baik besar atau kecil kerana tidak ada seorang pun yang berhak dipuji melainkan Allah. Hanya semata-mata untukNya.
Kita puji engineer atau architect kerana bina bangunan besar dan megah tetapi ilham semua datang dari Allah. Sebabtu bila dipuji, ucap terima kasih dan Alhamdulillah.
Ketika Nabi S.A.W berjaya menawan semula Kota Mekah, baginda masuk dengan menunggang untanya bernama Al-Qashwa. Namun, baginda sedikit pun tidak mengangkat muka dan hanya melihat leher unta kesayangan baginda sahaja, mensyukuri nikmat Allah dan mengucapkan puji-pujian.
Hujung ayat kedua bermaksud Pemelihara Semesta Alam.
Pada umumnya, erti alam ialah seluruh yang ada ini, selain Allah. Tetapi apabila dijama’ kan, ia menjadi ‘alamin. Bermaksud alam yang dirangkumi semua alam termasuk alam makhluk, malaikat, jin dan syaitan.
Kali ini Allah diperkenalkan sebagai Rabbun. Rabbun meliputi segala macam pemeliharaan, penjagaan dan pedidikan dan pengasuhan. Dalam ayat lain, Allah itu Khalaqa beerti Menciptakan. Di sini Allah disebut Rabbun, bermaksud Allah bukan semata-mata mencipta tapi juga memelihara.
Allah jadikan, dan juga mengatur. Penciptaan Matahari, bintang, bulan dan juga bumi beredar di orbit masing-masing secara sistematik walaupun berusia berjuta tahun lamanya.
Begitu juga manusia, sejak dalam keadaan nufthah (setitik air kecil) sampai menjadi ‘alaqah dan mudghah, dilahirkan dan menjadi manusia yang berakal sampai lah mati kelak tidak terlepas dari penciptaan dan pemeliharaan Allah.
Kalau ditalikan dengan penafsiran yang lain, tentan ‘alamin yang dimaksudkan oleh makhluk manusia, dapat kita fahamkan bahawa betapa tingginya kedudukan insan sebagai Khalifah Allah, di tengah-tengah alam yang luas ini.
Maka dalam ayat pembukaan ini, kita bertemu secara langsung dengan Tauhid, yang ada dua pecahan iaitu Tauhid Uluhiyah pada ucapan Alhamdu Lillahi dan Tauhid Rububiyah pada ucapan Rabbil ‘Alamin.
Jelas tepampar “Segala puji-pujian adalah kepunyaan Allah, Pemelihara sekalian alam” mengandungi dasar Tauhid yang sangat dalam. Menarik bukan?
Ayat 3
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayat ini menyempurnakan maksud dari ayat sebelumnya. Jika Allah sebagai Rabb, Pemelihara bagi seluruh alam tidak lain kerana kasih sayangNya dan juga pemurahNya Dia memelihara alam ini tanpa mengambil untung unuk diriNya.
Pemeliharaan yang Dia berikan adalah pertama kerana Ar-Rahman maknanya sifat itu membekas dan berjalan ke atas hambaNya. Bertambah cerdas hamba itu, bertambahlah rasa Ar-Rahman Allah ke atas dirinya.
Ar-Rahim ialah sifat tetap pada Allah dan tidak pernah padam. Dan keduanya itu sama mengandung akan sumber kata Rahmat.
Bukankah Matahari dan bintang-bintang itu rahmat kepada kita? Bayangkan matahari tidak terbit untuk seminggu. Tak ke kita sebagai manusia sendiri huru-hara nanti?
Kita manusia sering terlupa akan rahmat. Sebagai contoh rakyat Shah Alam, kita seronok dibekalkan dengan air bersih tanpa putus-putus dan juga bekalan air percuma.
Tapi awal tahun lalu, semasa seminggu bekalan ditutup untuk kerja pembaikan, berapa ramai mengeluh susah? Manusia, di waktu senang, mudah lupa, dah susah baru teringat.
Hadis dari riwayat Imam Ahmad daripada Abdullah bin Umar bermaksud: “Orang-orang akan berasa Rahim akan dirahmati oleh Tuhan yang Rahman, yang memberikan berkat dan Maha Tinggi. Sayangilah orang-orang yang dibumi, supaya kamu disayangi pula oleh yang di langit”
Ayat 4
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Di sini kita dapat fahami beberapa erti Ad-Din. Yang kita sedia maklum ad-din dengan agama. Maksud lain ia adalah pembalasan. Dalam Islam, segala perkara yang kita lakukan tidak terlepas dari hukum yang lima: wajib, sunat, haram, makruh, jaiz.
Semuanya kelak diperhitungkan oleh Allah di akhirat. Baik dibalas baik, buruk dibalas buruk. Semuanya diadili oleh tuhan dengan seadil-adilnya.
Apabila sudah baca disini, timbul satu perimbangan dalam perasaan kalbu. Tadi jiwa kita diselubungi dengan rasa Rahmat, maka dia harus dibatasi dengan keinsafan, bahwa walaupun betapa Rahman dan RahimNya namun Dia adil juga.
Rahman dan Rahim tidak lengkap jika tidak disempurnakan dengan adil. Di dunia, tiada pembalasan atau perhitungan adil yang sebenar. Maka apabila Ar-Rahman dan Ar-Rahim disambungkan dengan Maliki Yaumiddin, barulah seimbang pengabdian dan pemujaan kita kepada Allah.
Hidup tidak berhenti disini sahaja selepas mati dan kita percaya akan ada sambungannya lagi, iaitu hari pembalasan, hari agama yang sebenarnya.
Kita sudah percaya bahawa Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, tetapi juga ada sifat tegas dan berkeras kepada yang melanggar perintah, sebab Dia menguasai penuh Hari Pembalasan, bagaimana sikap manusia lagi? Ke mana kita hendak pergi lagi?
Kita mengharapkan kasih sayangNya dan kita juga takut akan pembalsanNya. Jiwa kita terombang di antara Khauf, ertinya takut, dan Raja’, ertinya harap.
Ayat 5
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah tempat kami meminta pertolongan
Dalam ayat ini bertemulah kita dengan satu tujuan. Kita menyatakan pengakuan bahawa hanya kepadanNya saja kita memohon pertolongan dan tiada orang lain.Seperti yang diterangkan sebelum ini, Allah ialah tuhan yang Mencipta dan Memelihara.
Dialah Rabbun sebab itu Dialah Ilahi. Tidak ada Ilah lain melainkan Dia.Oleh kerana sebab itulah hanya Dia sahaja yang layak disembah.
Tak logic atau wajar kita akui Dia Tuhan yang menjadikan dan memelihara, tapi kita sembah orang lain.
Mengakui bahawa yang patut disembah sebagai Ilah hanyalah Allah, dinamai Tauhid Uluhiyah

Mengakui bahawa yntuk memohon pertolongan, sebagai Rabbun hanya Allah, dinamai Tauhid Rububiyah.
Sebagai contoh apabila kita ditolong oleh seorang kawan, Ahmad, adakah kita ucapkan terima kasih kepada Abu? Maka orang yang mengakui bahawa yang menjadikan alam dan memeliharanya ialah Allah tetapi dia meyembah kepada yang lain, sesungguhnya orang itu musyrik.
Tauhidnya berpecah-belah. Dapat nikmat daripada Allah tetapi ucap terima kasih kepada berhala.
Selain itu, kata Na’budu kita boleh fahamkan dari segi Ibadat. Ibadat ialah memperhambakan diri dengan penuh keinsafan dan kerendahan. Dan tiada yang kita sembah semuanya kecuali Dia kerana yang lain semuanya makhluk belaka.
Kemudian diikuti dengan Isti’anah, iaitu memohon pertolongan. Kita harus mengaku Dialah tempat kita meminta pertolongan. Maksudnya, kita tiada apa-apa kuasa untuk mencapai apa sahaja matlamat hidup melainkan dariNya.
Di ayat ini, Allah timbulkan kekuatan dalam diri kita untuk meminta pertolongan dariNya dan tidak mengharapkan orang lain walau sedikit pun kerana mereka juga tidak mempunyai kuasa.
Tetapi jangan kita salah faham dan campur adukkan antara Isti’anah dan mu’awanah. Dalam hal memohon pertolongan, kita perlukan hanya Allah. Tetapi diantara manusia, Allah perintah supaya bertolong-tolongan antara satu sama lain dan berkoperasi, ia dipanggil mu’awanah.
Setiap orang bekerja di dalam bidang masing-masing. Doktor menolong pesakit atau guru menolong muridnya. Itu semua tidak boleh dicampur dengan Isti’anah sebab ia adalah hubungan sesama manusia.
Ianya tergolong dalam framework meminta pertolongan daripada Allah juga yang lebih besar.
Memohon pertolongan juga perlu didasarkan dengan Tauhid dan itulah yang paling masuk akal. Sebab itu perkara merepek seperti minta tolong dekat kubur, keris atau bomoh semua itu merapu.
Dengan ayat ini, ktia hanya meminta pertolongan dengan Allah kerana Dialah tuhan dan bukan dengan orang lain. Minta tolong dengan akal.
Ayat 6
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Kita minta untuk ditunjukkan jalan yang lurus. Pelbagai ahli tafsir jalan lurus yang dipohon ialah:
1. Al-Irsyad = Diberi kecerdikan membezakan haq dan batil
2. At-Taufiq = Sesuai dengan apa yang dirancang tuhan
3. Al-Ilham = Diberi petunjuk supaya dapat mengatasi masalah sulit
4. Ad-Dilalah = ditunjuk dalil-dalil dimana tempat bahaya, supaya tidak dilalui
Ahli hadis Jabir bin Abdullah memberi maksud Shiratul Mustaqim sebagai agama Islam. Ibnu Mas’ud menafsirkan ia sebagai Kitab Allah (Quran)
Menurut ilmu ukur ruang, garis lurus ialah jarak yang paling dekat diantara dua titik. Maka dalam Shiratul Mustaqim ialah dua titik itu ialah titik A bersamaan kita sebagai hambaNya dan titik B Allah sebagai Tuhan kita.
Kita berjalan menuju Dia dan kita datang dari Dia. Kita adalah dari Dia, menuju Dia, dan bersama Dia. Kita memohon pertolongan Allah bedasarkan ayat sebelum ini dan juga memohon untuk tunjukkan jalan yang lurus supaya cepat sampai tanpa membuang waktu atau usia yang pendek.
Kita minta supaya seluruh keperibadian kita, yang terdiri dari akal, nafsu, syahwat, perasaan, kemahuan, semuanya terkumpul menjadi hidayat petunjuk Allah.
Ayat 7
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat keatas mereka, dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat
Mari fahamkan ayat angkal dulu. Jalan mereka yang Allah kurniakan nikmat.
Kita dah dengar banyak kisah para nabi dan rasul yang diutus, dan ada pula orang yang mati syahid dan ada pula orang-orang soleh, semuanya diberi nikmat bahagia oleh tuhan kerana melalui jalan itu.
Mereka tinggalkan bekas dari zaman ke zaman. Oleh sebab itu kita pula pohon untuk diberikan petunjuk untuk jalan yang lurus dengan selamat.
Inilah yang kita pohon dengan Isti’anah kepada tuhan, dengan berpandukan Al-Quran. Kita mohon untuk tunjukkan kebenaran, kerana kebenaran hanya satu dan tidak berbilang.
Kita pohon mendapat cara yang benar dalam menegakkan akhlak, budi bahasa, pergaulan hidup, Ffilsafat, iqtishad (perekonomian), ijtima’ (kemasyarakatan) dan siasat (politik) dll.
Kami sebagai hamba memohon kepada Engkau tuhan, pimpin kami ke jalan bahagia yang ditempuh oleh kekasih-kekasihMu, yang menegakkan jalan terang di dunia ini.
Apabila Allah memberi nikmat redhaNya kepada seorang hamba, tercapailah beliau ultimatum hidup kerana mempunyai ketenangan jiwa.
Permulaan dia ialah apabila seorang hamba itu telah tumbuh dalam jiwa keinsafan beragama, menjadi seorang Islam yang betul-betul menyerah diri kepadaNya secara sukarela, dan iman yang penuh.
Islam dan iman bersama menimbulkan ihsan, iaitu bekerja keras memperbaiki kualiti jiwa. Maka timbullah Nur dalam jiwa, cahaya yang memberi sinar kehidupan. Dan cahaya itulah yang menjadi penyuluh di akhirat kelak. Inilah nikmat yang kita pohon.
Bagi ayat pertengahan, “bukan jalan mereka yang dimurkai” kita tanyakan siapa mereka yang tergolong dalam kemurkaan Allah?
Mereka inilah yang telah diutuskan Nabi, Rasul, petunjuk malah kitab-kitab wahyu namun mereka masih menurut hawa nafsu semata. Ditegur tapi diendahkan. Dinasihat tapi diendahkan.
Mereka merasa lebih bagus dari tuhan sendiri, Rasul semua mereka ejek dan cemuh, petunjuk Allah mereka letak tepi, dan perdaya syaitan mereka sanjung.
Orang yang dimurkai ini ialah orang yang Allah palingkan mukaNya dari melihat hambaNya itu. Bayangkan Agong tak hadap pun nak tengok muka kita apatah lagi bersalam dengan kita, apa perasaan kita? Sedih? Koyak?
Bayangkan Allah yang buat begitu, maka termasuklah kita dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Dalam Surah Al-Imran ayat 77

Orang yang dimurkai ialah orang yang telah diberi kebenaran tetapi mereka tolak kerana turutkan hawa nafsu.
Sekarang mari lihat hujung ayat, “dan bukan jalan mereka yang sesat”
Orang yang sesat ialah orang yang pandai-pandai buat jalan sendiri yang sebenarnya telah keluar dari garisan panduan Allah. Mereka tidak kenal erti kebenaran malah tidak faham pun akannya
Tetapi kepercayaan Allah itu wujud semata-semata bukanlah absolute lagi. Ada pernah di Eropah sebuah gerakan Deisme; dengan berdasarkan penyelidikan akal murni, mereka percaya wujudnya tuhan, tetapi mereka menolak wujudnya rasul, hari pembalasan, malaikat dan sebagainya.
Kata mereka percaya sahaja tuhan itu ada sudah mencukupi. Tentang ketuhanan, ahli filsafat terbahagi kepada dua golonga, Spritualis dan Materialis. Golongan yang percaya adanya alam ghaib terutamanya tuhan, yang hanya percaya kepada benda sahaja, terang-terang sesat.
Mereka tidak percaya akan adanya wahyu tuhan malah mereka katakana tuhan itu pelbagai ragam, sehingga ada aliran Pantheism yang mengatakan semua ala mini adalah tuhan atau Polytheism, iaitu tuhan itu berbilang.
Ada juga orang-orang yang berlebih-lebihan dalam beragama lalu mereka lakukan ibadat-ibadat yang ditambah sehingga timbul Bid’ah. Disangka masih dalam agama, tapi dah jauh sesat.
Ada sebuah hadis daripada Sufyan bin Uyaynah, daripada tafsirnya daripada Ismail bin Abu Khalid, bahawa Rasulullah ditanya siapakah orang yang tersesat lalu baginda memjawab : “Yang dimaksudkan oleh orang yang dimurkai ialah orang Yahudi, dan orang yang sesat ialah Nasrani.”
Hadis ini dengan berbagai jalan Thuruqnya dan riwayatnya tercantum telah tercantum oleh kitab-kitab masyhur. Kita perlu faham kenapa Yahudi itu dimurkai dan kenapa Nasrani itu sesat. Bukan hanya pada orang nya sahaja, tetapi sebab-sebab kenapa mereka dimurkai dan sesat.
Yahudi dimurkai kerana selalu ingkar segala petunjuk yang dibawa oleh rasul mereka. Kisah pengingkaran mereka disebut juga dalam kitab mereka sendiri sampai sekarang sehingga Nabi Musa mengatakan mereka ini ‘keras tengkuk’, tak mahu tunduk sehingga sanggup membunuh nabi-nabi.
Nasrani tersesat kerana terlalu cintakan kepada Nabi Isa Al-Masih. Mereka katakan Isa itu anak Allah bahkan Allah sendiri menjelma menjadi anak, datang ke dunia untuk menebus dosa manusia.
Bagi umat Islam, kita wajib membaca Al-Fatihah 17 kali sehari semalam dalam solat wajib untuk mengingatkan kita jangan sampai kita menempuh jalan yang dimurkai.
Dalam surah An-Nisa’ ayat 65, sampai dengan sumpah tuhan menyatakan bahawa tidaklah mereka beriman sebelum mereka bertahkim kepada Nabi Muhammad S.A.W di dalam hal-hal yang mereka perselisihkan, dan mereka tidak merasa keberatan menerima keputusan yang dia (Muhammad) putuskan,
dan mereka pun menyerah sebenar-benar menyerah.
Jika ini tidak kita lakukan, kita sama dimurkai seperti Yahudi
Dan kalau kita nyatakan bahawa Muhammad itu adalah ‘Al-Haqiqatul Muhammadiyah’ atau ‘Nur Muhammad’ iaitu Allah yang menjelmakan diriNya (Ibraza Haqiqatihi),
ke dalam alam ini, sebagai anutan setengah ahli tasauf, nescaya sesatlah kita seperti orang Nasrani.
Saiyid Rasyid Ridha menguraikan penafsiran oleh gurunya Syaikh Mohammad Abduh tentang 4 tingkat orang-orang tersesat.
1.Yang tidak sampai kepadanya dakwah, atau ada tapi hanya dapat dengan pancaindera dan akal, tiada tuntutan agama.
2.Sampai kepada mereka dakwah, atas jalan yang dapat menarik minatnya tetapi sebelum sempat imannya sampai, dia mati.
3.Dakwah sampai kepada mereka dan mereka akui, tetapi mereka tidak menggunakan akal untuk berfikir dan selidik akannya. Mereka hanya perpegang teguh kepada hawa nafsu dan rutin lamanya. Inilah golongan ahli bid’ah, menokok tambah tanpa dasar.
Iktikadnya menyeleweng dari Al-Quran. Golongan ini yang membawa perpecahan umat.
4.Yang sesat dalam beramal, atau memutar-mutarkan hukum Allah. Mereka mempermainkan hukum-hukum Allah kerana mereka sangka mereka lebih bijak dari Tuhan.
Kesimpulannya, berilah perhatian lebih sikit untuk tafsir. Kalau fahami ayat Al-Fatihah sahaja, ia bukan semata-mata ayat untuk ibadat, tetapi juga bimbingan membentuk seorang hidup muslim dan mukmin.
Mula-mula kita dipusatkan dengan sifat Allah yang Rahman dan Rahim, disertakan sekali dengan keadilanNya sejak dahulu hingga akhirat. Dan bila kita renungkan pengakuan kita bahawa hanya Dia yang kita sembah dan tempat kita minta pertolongan, sampailah Islam yang sejati.
Selepas itu barulah kita minta tolong untuk tunjukkan jalan yang lurus. Jangan sampai terbalik seperti orang-orang ghafil, minta tolong dulu baru beribadat.
Bagi aku, Surah Al-Fatihah ini seperti kontrak antara hamba dengan Allah. Kita baca kontrak dan sign kontrak tersebut dengan mengucapkan amin. Maknanya, selepas amin kita telah berserah kepada Tuhan, segala pujian bagiNya, yng Mencipta dan Memelihara dan Penguasa hari Pembalasan
Semoga dengan bacaan Al-Fatihah ini, selain menjadi pembukaan kitab, diapun menjadi pembukaan hati sanubari kita, sehingga hilang rasa ragu-ragu dan terbukalah pintu Hidayah, sehingga dia menjadi dasar persediaan kita menerima dan mengenal seluruh isi Al-Quran yang lainnya.
Aku sudahi thread ini dengan Alhamdulillah dan selamat menunaikan solat zuhur untuk semua. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Assalamulaikum
Disclaimer: Semua sumber dipetik dari buku Tafsir Al-Azhar tulisan Prof Dr Hamka. Gambar semua hanya sekadar hiasan. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri aku yang menyampaikan.
Terputus dua pulak. Sambungan disini.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aiman
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!