Si isteri tinggal berdua dengan orang gaji. Suami pergi outstation. Tiba-tiba jiran terdengar suara orang menjerit. Polis dipanggil.
Polis tanya 'kenapa tangan ada darah?' Dia jawab 'tangan luka sikit, potong ayam'
Kat dapur tiadapun ayam yang dipotong👀
Sambung lepas magrib
Pada pagi kejadian, si isteri menghantar suaminya ke Airport Subang untuk pergi outstation di Kota Bharu. Kerana ada urusan bisnes.
Pada petang hari yang sama, ketika si suami ada di Kota Bharu, dia menerima satu panggilan telefon dari setiausahanya. Si suami dimaklumkan ada
polis yang datang ke rumahnya. Polis peronda itu tiba di rumahnya setelah menerima aduan dari jiran. Jiran terdengar bunyi orang menjerit. Seakan-akan ada yang bergaduh.
Risau dengan keadaan isterinya, si suami cuba menelefon isterinya. Tetapi, panggilan tidak diangkat.
Si suami menghubungi kawan rapatnya untuk pergi roger, apa yang jadi sebenarnya kat rumahnya itu. Si suami kemudian cuba buat panggilan ke nombor telefon rumahnya sendiri.
Panggilan dijawab oleh orang gajinya. Perempuan warga Indon. Si suami terus tanya mana isterinya pergi.
Orang gajinya pun jawab. 'Dia keluar pak', tiada di rumah'. Si suami bertanya lagi, 'polis ada ke lagi kat luar pagar rumah?'.
Orang gajinya pun jawab polis sudah tiada. Orang gajinya ditanya apa yang terjadi di rumah.
Ketika inilah dia menjawab 'saya terluka di tangan'.
'luka memotong ayam'. Ketika itu, si suami dapat mendengar orang gajinya bercakap dengan nada yang tenang. Ketika disuruh pergi ke klinik untuk merawat luka, orang gajinya menolak. Dengan alasan lukanya sudah tidak berdarah.
Tetapi, apakah yang sebenarnya terjadi ketika itu?
Si suami kemudian bertegas menyuruh kawan rapatnya pergi ke rumahnya. Untuk pastikan semuanya okay.
Dia menyuruh kawannya itu bawakkan orang gajinya itu ke kilinik sekiranya luka masih teruk.
Kemudian, kawan rapat si suami itu tiba di luar pintu rumah. Dia cuba masuk ke dalam
rumah tetapi orang gaji menghalangnya. Kawan rapat si suami itu kemudian call dan bagitahu orang gajinya tidak bagi dia masuk ke dalam rumah.
Ketika masih dalam talian, telefon diserahkan pada orang gajinya. Si suami kemudian menyuruh pintu pagar utama itu dibuka.
Ketika berada di luar perkarangan rumah, kawan si suami ini dapat melihat kereta milik isterinya ada di garaj. Adakah ini bermaksud si isteri sebenarnya tidak keluar?
Tetapi, kenapa orang gajinya bagitau, si isteri tiada di rumah?
Kawannya melangkah masuk ke dalam rumah...
Kawan si suami itu bertanyakan orang gaji itu. Mana perginya si isteri? Ketika soalan ini ditanya, si suami itu masih 'on phone' dan dapat mendengar perbualan mereka berdua.
Tetapi, orang gajinya itu diam tidak menjawab. Ketika inilah, kawan si suami dapat melihat
ada banyak kesan darah pada tangan orang gaji itu. Orang gaji itu ulangi jawapan yang sama. Darah sebab potong ayam.
Kawan si suami mula berasa tidak sedap hati. Ketika ini, si suami cuba menghubungi isterinya banyak kali. Tetapi, panggilan tidak diangkat.
Mungkin ada sesuatu
yang berlaku. Ketika kawan si suami itu melangkah masuk ke dalam rumah, dia dapat melihat ada tompokan darah di atas meja di ruang tamu. Dia terus menjerit dan tanya 'where are you?'
Kawan suaminya itu yakin si isteri ada di dalam rumah.
Orang gaji ikut di belakangnya tanpa berkata-kata. Kemudian, kawan si suami itu terlihat pintu toilet di tingkat bawah rumah itu sedikit terbuka. Dia pun cuba pergi ke arah toilet itu.
Secara tiba-tiba, orang gaji itu halang dia daripada buka pintu toilet. Apa hal?
Dua kali pintu toilet itu cuba dibuka, dua kalilah orang gaji itu menghalang. Orang gaji itu menjawab 'tak nak'.
Kerana rasa tidak sedap hati, si suami kemudian dihubungi kawannya itu. Ketika masih dalam talian, kawannya itu terus menolak pintu toilet.
Alangkah terkejutnya dia
melihat isteri kawannya itu terbaring berlumuran darah. Masih berbaju tanpa lengan dan memakai seluar pendek. Muka isteri kawannya menghadap lantai toilet.
Si suami terus dimaklumkan hal itu. Luluh perasaannya setelah tau keadaan isterinya
Kawan suaminya memaklumkan isterinya sudah lagi tidak bernafas. Orang gaji yang berada di situ terus ditanya. Sudah berapa lama ini dah jadi?
Orang gaji itu dengan selamba menjawab 'satu jam'. Dia undurkan diri dan cuba keluar dari rumah. Nak larikan diri.
Tetapi, dihalang oleh rakan si suami itu. Dia menjerit ke arah orang gaji itu dan menyuruhnya masuk balik ke dalam rumah. Duduk diam-diam atas sofa.
Polis terus dihubungi. Setibanya polis di tempat kejadian, rakan si suami diarahkan berada di luar rumah.
Polis kemudian dapat melihat ada dua bilah pisau di dalam toilet. Berkemungkinan pisau itu digunakan untuk membunuh si isteri itu.
Si isteri disahkan meninggal dunia setelah mengalami pendarahan yang teruk .
Tetapi, adakah orang gaji itu pembunuh?
Disebabkan tiada orang lain yang berada di tempat kejadian ketika itu, orang gaji itu disyaki membunuh si isteri (mangsa). Dia didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Di mahkamah, orang gaji itu ceritakan apa yang terjadi.
Pada pagi kejadian, dia ditegur oleh mangsa kerana dikatakan lambat siapkan kerja rumah. Dia dikatakan lambat cucikan toilet di tingkat atas. Pagi itu jugak, dia ditegur mangsa yang marah kerana tidak pandai panaskan kari ikan.
Mangsa memarahinya dan berkata 'emak mati, bodoh!'
Ketika mangsa sedan tidur di atas sofa di ruang tamu, orang gaji ini mengambil kesempatan. Dia ingin melarikan diri dari rumah. Orang gaji itu pergi ambil anak lesong dan pukul kepala mangsa.
Dia mahukan majikannya itu pengsan. Sebab itu dia pukul di belakang tengkorak.
Orang gaji itu berkata 'saya dapat idea ini tengok tv movie'. 'Kalau pukul tengkorak akan pengsan, tetapi puan tidakpun pengsan'. 'Puan (mangsa) pergi ke dapur dan ambil pisau'.
Dan ketika inilah dia bergaduh dengan si mangsa. Mangsa akhirnya rebah dan diheret ke toilet.
Orang gaji itu menambah 'saya setuju saya geram dengan dia'. 'Saya benci dia'. 'Saya kerja dengan dia selama 3 bulan'. Tetapi, saya tidak pukul dia dengan kuat guna lesong.
'Saya tidak tau kenapa saya heret dia masuk toilet'
'Saya tidak berniat membunuh dia'.
Bukti pakar patologi diperlukan untuk buktikan adakah benar atau tidak kenyataan diberikan oleh orang gaji itu.
Berdasarkan bukti pakar, orang gaji itu sebenarnya mempunyai niat membunuh. Dua pisau dijumpai di dalam toilet, kedua-dua digunakan untuk tikam mangsa.
Pisau itu dibasuh oleh orang gaji itu dan disimpan di dalam laci. Pisau itu diambil selepas dia mengetuk kepala mangsa menggunakan batu lesong. kesan kecedaraan pada badan mangsa menunjukkan mangsa diserang bertubi-tubi.
Mangsa sebenarnya tidak memegang apa-apa senjata untuk
pertahankan diri.
Sekiranya orang gaji itu benar mahu larikan diri dari rumah, dia sebenarnya boleh larikan diri dengan mudah. Mangsa ketika itu sedang tidur.
Kenapa perlu memukul mangsa dahulu sebelum dia nak larikan diri?
Pakar patologi forensik menambah 'daripada luka-luka yang didapati pada mangsa, mangsa mengalami kecederaan secara bertubi-tubi.
'We call it as frenzy killing'.
'Frenzy killing is used in forensic medicine for overkilling'. 'We do not know which is the first and last injury'.
Melihat kepada keseluruhan fakta kes, suspek disabitkan dengan kesalahan membunuh mangsa dan dihukum gantung sampai mati.
Tiada provokasi dibuktikan dibuat mangsa sebelum suspek bertindak membunuh. Cara mangsa dibunuh amatlah kejam.
Tidak disangka-sangka, saat-saat terakhir mangsa menghantar si suami ke Airport pada hari kejadian merupakan saat terakhir mereka bersama.
Kes berlaku pada tahun 2004 di sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Jaya.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.
Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.
Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.
PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.
Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.
Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.
Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.
Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Pagi kejadian, emak berlari meminta tolong jiran. Ada sesuatu berlaku pada anak kecilnya. Tolong!
Anak kecil tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan hanya memakai pampers.
Polis tangkap emak kerana dia dikatakan membunuh. Apa jadi?
Sambung jap lagi. Nak habiskan roti john
Pintu rumah jiran diketuk. Dia mahu dapatkan pertolongan sebab anak perempuan berusia 3 tahun dikatakan pengsan. Dia bgtau jiran anaknya tidak sihat. Perlu dibawa ke klinik.
Jiran kemudian bergegas masuk ke dalam rumah. Kelihatan anak kecil itu terbaring tidak sedarkan diri. Jirannya terus dukung anak kecil itu untuk dibawa ke klinik. Kemudian, merasakan keadaan anak kecil itu yang tidak sedarkan diri, jiran kemudian meletak balik anak kecil itu