Kuasa isytihar darurat ada pada Agong (Perkara 150(1) Perlembagaan). Tetapi keputusan dibuat Agong bukanlah mutlak. Kena ikut nasihat jemaah menteri diketuai Perdana Menteri.
Final say is on Perdana Menteri. Agong is bound to the advice of PM.
Kenapa perlu adanya darurat? Fuh
Perdana Menteri dijangka mengadap Agong seketika nanti. Fuhhhh
Jika betul ada pengisytiharaan darurat atau 'proclamation of emergency', ianya atas kehendak Perdana Menteri.
Perdana Menteri bertindak atas kuasa budi bicara untuk nasihat YDPA di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan.
PM is the decision maker (Privy Council case of Teh Cheng Poh).
Saya tidak nampak apa keperluan untuk isytihar darurat.
Mungkin PM takut sekiranya pada sidang Parlimen bulan depan, belanjawan yang akan diusulkan tidak dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Itu bermaksud kedudukan PM akan goyah dan TS Muhyiddin perlu undur diri. Mungkinkah?
Sekiranya sebarang usul di Dewan Rakyat tidak mendapat sokongan, ini bermaksud PM sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen.
PM perlu undur diri.
Jika darurat diisytiharkan, proses di Dewan Rakyat itu semua tidak perlu dilakukan.
Pernah terjadi di Sabah, sorang inspektor terima panggilan dari kawan baiknya. Ada perompak masuk rumah. Cepat-cepat dia selamatkan kawan dia.
Tetapi, polis tu cedera teruk. Terpaksa ke balai minta bantuan. Kawan dia mati dibunuh.
Polis tu pulak dituduh membunuh. Apa dah jadi?
Lebih kurang pada pukul 5 pagi pada hari kejadian, seorang inspektor datang ke ibu pejabat polis tidak berbaju dan berlumuran darah. Dia meminta bantuan rakan sepasukan untuk pergi ke rumah kawannya. Dikatakan ada satu rompakan berlaku.
2 orang polis berpangkat koperal dan lans koperal kemudian bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, mereka nampak seseorang terbaring di ruang tamu. Berlumuran darah. Mangsa merupakan kawan kepada inspekor itu. Terus dibawa ke wad kecemasan hospital dan disahkan meninggal.
Dulu pernah ada kes, pintu rumah jiran diketuk seorang lelaki. Lelaki tu hanya memakai tuala.
Dia kena simbah petrol pada badannya selepas dia selesai mandi di rumahnya. Kena bakar hidup-hidup sampai mati. Pembunuh tengok je lelaki tu cuba padamkan api.
Nak tau apa jadi?
Petang kejadian dalam pukul 6.30 petang, seorang lelaki kelihatan meronta-ronta berlari meminta tolong jirannya. Dia nak pinjam telefon jirannya sebab ada benda dah berlaku di rumahnya. Lelaki tu cuba hubungi adiknya supaya cepat datang ke rumah.
Ketika itu, jirannya dapat melihat lelaki tu berada dalam kesakitan kerana baru sahaja dapat padamkan api. Badannya dibakar oleh seseorang. Jirannya syak yang bakar ialah bekas isteri lelaki tu. Lelaki itu masih tinggal bersama bekas isterinya walaupun mereka sudah bercerai.
Pagi kejadian, emak berlari meminta tolong jiran. Ada sesuatu berlaku pada anak kecilnya. Tolong!
Anak kecil tidak sedarkan diri di ruang tamu dengan hanya memakai pampers.
Polis tangkap emak kerana dia dikatakan membunuh. Apa jadi?
Sambung jap lagi. Nak habiskan roti john
Pintu rumah jiran diketuk. Dia mahu dapatkan pertolongan sebab anak perempuan berusia 3 tahun dikatakan pengsan. Dia bgtau jiran anaknya tidak sihat. Perlu dibawa ke klinik.
Jiran kemudian bergegas masuk ke dalam rumah. Kelihatan anak kecil itu terbaring tidak sedarkan diri. Jirannya terus dukung anak kecil itu untuk dibawa ke klinik. Kemudian, merasakan keadaan anak kecil itu yang tidak sedarkan diri, jiran kemudian meletak balik anak kecil itu
Pintu rumah diketuk. Jiran datang membawa baldi untuk mengambil air. Sebab bekalan air di rumahnya terlalu perlahan. Sambil menunggu air penuh diisi, jirannya membelek album gambar yang ada di ruang tamu.
Tiba-tiba, pemilik rumah nampak jirannya membuat sesuatu. Apa yang jadi?
Pemilik rumah turun tangga dari tingkat atas dan menjerit. Jirannya cuba mencuri sesuatu. Jiran itu kemudian diarahkan keluar dari rumah. Tetapi, pemilik rumah kemudian ditenangkan. Tiadapun barang yang dicuri. Dia memujuk pemilik rumah. Semuanya okay.
Tetapi, satu hayunan pisau kemudian dilepaskan pemilik rumah. Dia berasa geram. Tangan kanan jirannya itu cedera. Pisau itu kemudian dirampas. Pemilik rumah tidak berpuas hati. Dia seakan-akan cuba melakukan sesuatu.
Pengalaman bercuti di hotel sememangnya akan menjadi kenangan manis. Dilayan begitu mesra pekerja hotel. Tetapi, lain pula jadinya apabila seorang tetamu hotel menyerahkan kunci bilik di kaunter semasa 'check-out'. Kunci bilik ada kesan terbakar.
Nak tau apa jadi?
Semasa check out, pekerja hotel dah rasa ada benda yang tak kena ni. Sebab nampak tetamu seorang ni agak nervous semasa serahkan kunci. Muka pucat dan dalam keadaan tergesa-gesa nak keluar. Apa dah jadi sebenarnya?
Sejam lebih kemudian, loceng kebakaran hotel berbunyi. Ada bilik terbakar. Pekerja hotel terus pergi ke tempat kejadian. Bilik No 321 Hotel Panmour Villa dipenuhi asap. Bilik dirempuh masuk. Penghawa dingin bilik tersebut telah tercabut dan jatuh ke lantai. Yang mengejutkan, ada