Korang nak belajar beli barang direct Japan secara online? Nak share ni dari pengalaman beli koleksi mainan dari sana. Kita buat thread dalam bahasa mudah faham je.

Orait?
Sebenarnya ada banyak cara beli dari Japan ni. Ni salah satu je. Kalau ada cara lain, korang boleh try kongsi jugak.

Saya pakai Apps Buyee. Jadi, first sekali korang pergi install dulu Apps Buyee ni. Image
Lepas dah install, buka apps dan masukkan emel korang untuk register. Nak register pakai FB pun boleh. Kalau signup pakai emel, akan keluar paparan macam gambar nombor 2. ImageImage
Seterusnya korang akan terima emel verification dari Buyee. Emel ni valid 24 jam. Dalam tempoh tu korang kena klik link untuk setup seterusnya. Image
Lepas klik link, korang akan dibawa ke website buyee ni. korang kena isi password untuk login apps ni nanti macam dalam gambar. Kalau malas mesej emel masuk banyak dari Buyee ni, boleh pilih E-Newsletter tu Unsubscribe. Lepastu klik continue. Image
Korang keluar website, pergi buka semula apps Buyee, klik login. Masukkan emel dan password yang dah setup tadi. Image
Dalam paparan ni, korang klik dekat bawah kanan sekali tulis My Page. Lepastu akan keluar macam dalam gambar. Pergi User Information, klik dekat Edit User Information. Ini penting. Image
Lepas masuk ke paparan baru, isi semua maklumat yang penting. Tolong isi maklumat betul, sebab maklumat ni akan terpakai waktu tujuan delivery dari Japan ke Malaysia. Image
Seterusnya pada bahagian My Page - User Information - Kalini pilih Delivery Address.

Nanti akan keluar macam paparan gambar kedua. Korang cek semua alamat tu betul ke tak. Macam saya kata tadi, ni akan jadi Main Shipping Address. Ada alamat lain, korang boleh add kemudian. ImageImage
Next, korang pergi My Page - User Information - Pilih Payment Method pulak. Ni nak setting macam mana cara bayaran korang nanti. Image
Ada beberapa method bayaran antaranya,

1. Paypal
2. Credit Card
3. Buyee Point
4. Alipay

Saya setup pakai Credit Card. Payment method lain korang boleh cuba. Walaupun saya pilih method Credit Card, kad yang saya guna adalag Debit Card. Boleh guna Debit. Image
Ini information penting yang korang kena masukkan berkaitan kad debit korang. Sebelum nak setup ni, pastikan Debit Card korang dah dapat pelepasan untuk buat pembelian luar negara. Kalau tak, tak boleh setup. Akan keluar error. Image
Dah settle setup semua, dah boleh start membeli dah. Ada 2 cara membeli yang saya biasa guna,

1. Yahoo Auction
2. Mercari

Yahoo Auction dia konsep bida lelong. Seller akan buka satu barang dengan harga minima, korang klik berapa korang nak bid. Image
Kebiasaanya, kalau benda tu korang minat, korang boleh masuk bid dan letak berapa harga korang bajet boleh pergi. Kalau kalah bid, takyah teruskan. Ada potensi barang tu akan jadi mahal gila dan bersaing dengan bidder lain yang nak juga sangat barang tu.
Kalau kalah bid takda tolak duit korang pun. Kalau menang bid, korang tak boleh cancel. Dah menang baru dia tolak dari Debit Card korang tadi.
Ini contoh korang nak bid apa-apa barang. Pergi dekat atas sekali kiri atas logo 3 baris melintang tu. Korang pilih Yahoo Auction. Lepastu klik kotak search box tu. Nanti akan keluar paparan macam gambar. Pilihlah item apa korang carik. Contoh saya nak beli mainan. Image
Saya pilih kategori semua ni. Lepastu saya pilih mana Power Rangers saya nak. Ni contoh bagi mudah korang faham. Korang kalau nak follow sungguh beli, pastikan bagitau wife harga dia tak sampai RM100. Risiko kena tidur luar adalah tanggungjawab kelambu masing-masing. Image
Nanti akan keluarlah paparan item-item yang korang boleh bid. Kita ambil contoh item gambar pertama tu.

Current tunjuk harga semasa, mungkin ada orang tengah bid.

Ada setengah item takyah bid boleh buy out terus. Macam tulisan merah tu, korang boleh beli terus tanpa bid. Image
AMARAN!

Sebelum nak masuk bid atau buy out. Korang pastikan korang klik dulu "More About Items".

Bahagian ni akan bagitau condition item. Samada baru, secondhand, ada part hilang, takda kotak, elok, rosak, gred berapa.

Orang bijak kena rajin membaca. Image
Ni contohlah dia bagitau condition barang tu. Korang scroll baca semua sampai habis. Kalau paparan ni tak keluar english, korang boleh klik translated to English. Kadang dia keluar bahasa jepun. Hareyy saya pun tak faham. Image
Dah baca. Puas hati dengan item baru masuk bid or buy out tadi. Ok sebaik korang dah menang bid korang akan dapat notification dekat apps ni dengan emel. Pihak Buyee akan process kemenangan korang tu dengan buat kenduri. Ok tipu je.

Dorang akan update dekat dalam ni. Image
Dekat mana nak tengok? Bahagian bawah pada tab Bidding tu, lepastu klik Won untuk tahu item apa korang menang bid. Kalau ada item tengah bid, korang boleh klik atas tengah tulis bidding tu.

Korang boleh cek status barang korang seller dah start ke. Sini saya kena explain sikit. Image
Ok merujuk kepada gambar sebelum tadi, korang tengok status ada awaiting shippent. Tu maksud dia tunggu seller hantar. Lepastu shipped maksud dia, seller dah hantar. Otw ke warehouse. Arrived warehouse, maksudnya item dah sampai Buyee punya warehouse.
Ok Buyee ni sebenarnya macam agent. Orang tengah. Yang memudahkan pembelian korang dengan seller japan. Jadi kiranya Buyee akan uruskan urusan kemenangan bid korang tadi dari seller sampailah ke gudang dorang dekat japan.
Nanti dari gudang Buyee nilah korang akan suruh dorang hantar ke Malaysia. Info tambahan ada 2 harga korang kena ready.

1. Harga Barang
2. Harga Shipping (Dari Warehouse Buyee ke Malaysia)

Sebab tu nak masuk bid, nak buy out, kena pastikan harga barang + shipping berbaloi.
Ok sebaik barang korang dah sampai warehouse. Dari seller ke warehouse Buyee. Korang boleh cek dekat bawah dua dari kanan ada tab nama Package Info. Korang akan dapat notification jugak sebenarnya. Dari item sampai, korang ada free storage 30 hari untuk arrange ke Malaysia. Image
Dalam tempoh 30 hari tu, korang bolehlah nak pos bila-bila pun barang tak kisah. Kadang korang boleh je kumpul beberapa barang dari seller lain, lepastu buat consolidate packaging. Kira korang kumpul dan hantar sekali ke Malaysia boleh juga. Dari sudut kos, ada mahal murahnya.
Ok untuk tahu berapa kos shipping korang, korang boleh cek dekat kotak oren yang tulis select shipping method. Lepas barang sampai baru boleh tahu kos shipping setiap barang tu. Image
Lepastu akan keluar paparan ni. Dekat sini korang ada beberapa option untuk shipping,

1. EMS
2. DHL
3. International Parcel (AIR)
4. International Parcel (Seamail) Image
1. EMS

Ni International shipping yang beberapa negara dah buat perjanjian kebenaran untuk hantar parcel luar negara guna courier service negara masing-masing. Macam kes EMS japan ke malaysia ni between Japan Pos ke Pos Laju Malaysia.
Cuma EMS ni tulis je 3 hari. Kadang sampai seminggu juga ambil masa. Cuma kekurangan pakai EMS ni, bila ada isu cukai dekat Kastam. Korang kena tunggu pos laju update korang melalui emel atau mesej. Korang boleh minta pos laju uruskan cukai tu. Caranya macam ni.
Nanti korang akan di maklum parcel korang kena cukai. Boleh cek tracking dekat website Pos Laju untuk pengesahan item detained by custom. Lepas dapat emel/mesej, korang boleh lantik Pos Laju uruskan untuk release item korang dekat Kastam.
Korang kena emel semula ke Pos Laju invoice item yang korang beli (boleh dapat dekat apps Buyee) dengan dalam emel perlu maklumkan yang korang bagi kuasa pada Pos Laju untuk menguruskan item parcel nombor sekian-sekian. Kena buat sendiri. Ada upah bayar Pos Laju. Standby.
Nanti bila dah selesai, parcel akan dihantar ke Pos Laju yang terdekat dengan alamat korang. Korang kena self pickup dekat sana. Masa nak pickup, bawa duit untuk bayar cukai ke Pos Laju. Sebab Pos Laju dah tolong settlekan proses cukai parcel korang tadi. Lecehhh weh serius!
2. DHL

Kalau korang tengok dekat gambar tadi, DHL dia tak letak berapa hari barang sampai. Cuma sebaik barang korang Buyee dah shipped out dari gudang ke Malaysia, paling cepat saya pernah dapat dalam tempoh 2 hari 1 malam. Contoh harini hantar dari Japan, esok sampai ofis.
Laju gila. DHL kadang kos dia lebih murah dari EMS. Kalau item ringan murah. Kalau item mahal, kadang EMS lagi murah. Kalau perbezaan tak banyak, saya galak pakai DHL.

Tambah best lagi, DHL ni, kalau hal tax, dia uruskan semua, korang tinggal nak bayar je. Bayar pun online.
Contoh saya pernah kena tax masa pakai DHL. Sebaik item sampai Malaysia harini pagi pukul 8, saya dapat emel dari DHL item kena tahan Kastam. DHL terus bagi link untuk buat bayaran. Pukul 8.30 saya buat bayaran, pukul 12 tengahari hari yang sama, item dah sampai ofis. Laju wehhh!
3. International Parcel (AIR)
4. International Parcel (Seamail)

Saya tak pernah cuba. Makan masa. Jadi kalau barang korang banyak. Kos ni lebih murah dan korang sanggup tunggu lebih lama, takda masalah untuk cuba. Ada pilihan.
Woihhhh panjang dah thread ni. Harapnya korang boleh follow. Sebab tak habis lagi ni. Ni baru settle bab beli dari Yahoo Auction.

Saya belum masuk cerita beli yang takyah pakai bid-bid. Iaitu beli melalui Mercari. Ni nanti lah saya share sambil-sambil. Korang try godek dulu.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Abu Luthfiyyah

Abu Luthfiyyah Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzrulIzzaham

22 Oct
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets
21 Oct
Ada 3 shipment yang tengah menunggu sampai.

1. Dari China dah sampai Malaysia. Laju gila. Pickup dari China 19 Oct haritu.

2. Dari US. Yang ni esok lusa confirm settle.

3. Dari Japan, EMS memang lambat. Kena redha kalau pakai EMS. Mahu seminggu lagi. ImageImageImage
Tiga-tiga barang ni ikutkan tak berat mana. Kos dia macam gini,

1. China - 7 kg, RM120++

2. US - 2.5 kg, RM260++

3. Japan - 4.3 kg, RM300++

Sample clothing, cap dengan toys untuk dijual. Harap dipermudah projek ni.
Syukur parcel dari China dah selamat sampai. Thanks boss @magmalaya . Hijrah servis laju. Team awak 👍.

Parcel dari US pun selamat sampai. Best parcel US sebab dalam ni ada beberapa Topi 47Brand Original untuk didagangkan. Nanti saya payung gambor. Image
Read 5 tweets
9 May
Kenapa kerajaan sekalikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin? BPN patutnya untuk bantuan isi rumah. Geran Khas bantuan bisnes yang terjejas. Dua perkara berbeza. Logiknya BPN bantuan beli barang rumah. Geran, bantuan ringankan overhead bisnes.

@tzafrul_aziz
Rujukan FAQ Geran bertarikh 3 Mei 2020, sekiranya satu individu dah mohon BPN, boleh jadi tak lulus disebabkan pasangan ada mohon Geran. Tambah kesian lagi bila BPN yang dah awal-awal lulus, bayaran fasa 2 tak diluluskan sebab pasangan ada mohon Geran. Bantuan ni bercelaru.
Apa nasib suri rumah yang mohon BPN suami jalankan bisnes mikro apabila BPN tak diluluskan, Geran juga tak lulus? Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Jadi tanda tanya, adakah tafsiran kerajaan, Geran tu juga patut digunakan untuk sara hidup? Bahagian mana yang bantu bisnes terjejas?
Read 6 tweets
6 Apr
Cara paling ringkas untuk declare cukai dekat sistem E-Filing. Cara ni boleh guna pakai bagi income makan gaji dan juga bisnes.

#TwtCukaiMY
Ni kesinambungan dari thread lalu, lepas korang dah daftar nombor cukai dan dah dapat nombor pin-efiling. Kalau tak daftar lagi nombor cukai, takda nombor pin-efiling memang tak follow step ni.

Nombor pin e-filing penting sebab tu benda utama untuk access e-filing kali pertama.
Kalau ada yang tertinggal thread sebelum ni, boleh cek dekat sini dulu ok. Baca sampai habis. Sampai bawah thread. Saya compilekan juga soalan kebiasaan korang. Sentiasa ingat, ciri-ciri orang rajin bila dia luangkan sikit masa untuk membaca.

Read 26 tweets
5 Apr
Ini adalah thread macam mana nak kemaskini nombor akaun bank terkini dekat website LHDN e-filing bagi urusan BPN.

#TwtCukaiMY
Cara ni adalah untuk mereka yang dah ada access untuk login ke e-filing sahaja. Jika tak pernah ada, anda perlukan buat step-step dekat sini dulu.



Jika dah ada access, barulah follow next step.
1. Pergi website dekat link bawah ni,

ez.hasil.gov.my/CI/

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Klik Hantar

3. Pastikan Frasa Keselamatan korang

4. Barulah masukkan password masing-masing Image
Read 6 tweets
1 Apr
Waktu PKP kena duduk rumah ni, meh saya ajar macam mana nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. Sambil-sambil website BPN tengah high traffic, isi masa terluang kalian dengan daftar nombor cukai.

#TwtCukaiMY
DAFTAR

1. First sekali, pergi website ni dulu.

edaftar.hasil.gov.my

2. Sebelum nak isi borang dekat website ni, semak dulu korang dah pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step no pin efiling.
Untuk cek korang dah daftar nombor cukai or belum cek dekat link bawah ni. Kadang-kadang nombor cukai ni didaftarkan dalam keadaan korang pun tak sedar. Tu pasal better cek dulu.

edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai/i…

Jika takda rekod, barulah korang ke step seterusnya ni.
Read 16 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!