Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,
"Lambatnya reply."
Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.
Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,
"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."
Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.
Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Tahun 2015 sampai 2019 ada 5 tahun. Sudah gila agaknya fee perakaunan RM1,000 setahun. Upah pekerja makan gaji pun paling kurang RM1,200 sebulan. Upah bayar akaun tahunan RM1,000 dan dengan harapan murah ni murah berapa saya tak pasti.
Tindakan selamat, saya katakan, fee mahal saya kalau bersesuaian puan ambillah. Kalau tidak, buat masa ni rezeki orang lain untuk layan permintaan puan.
Ramai orang nampak bidang servis ni begitulah. Dia jadi mahal sebenarnya sebab terkumpul dari tahun ke tahun. 5 tahun tak buat perakaunan, tak declare cukai ni masalah pengurusan sebenarnya.
Kos beban terkumpul merangkumi kos upah mengurus akaun, kos cukai dan penalti.
5 tahun punya kerja nak murah lagi dari RM5,000, baik saya berhenti buat bisnes. Masa terbuang, untung tak ada.
Saya dah nampak kemana perjalanan jika saya terima job ni. Saya tak berminat ambil risiko.
Saya tolak.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Korang nak belajar beli barang direct Japan secara online? Nak share ni dari pengalaman beli koleksi mainan dari sana. Kita buat thread dalam bahasa mudah faham je.
Orait?
Sebenarnya ada banyak cara beli dari Japan ni. Ni salah satu je. Kalau ada cara lain, korang boleh try kongsi jugak.
Saya pakai Apps Buyee. Jadi, first sekali korang pergi install dulu Apps Buyee ni.
Lepas dah install, buka apps dan masukkan emel korang untuk register. Nak register pakai FB pun boleh. Kalau signup pakai emel, akan keluar paparan macam gambar nombor 2.
Kenapa kerajaan sekalikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Geran Khas Prihatin? BPN patutnya untuk bantuan isi rumah. Geran Khas bantuan bisnes yang terjejas. Dua perkara berbeza. Logiknya BPN bantuan beli barang rumah. Geran, bantuan ringankan overhead bisnes.
Rujukan FAQ Geran bertarikh 3 Mei 2020, sekiranya satu individu dah mohon BPN, boleh jadi tak lulus disebabkan pasangan ada mohon Geran. Tambah kesian lagi bila BPN yang dah awal-awal lulus, bayaran fasa 2 tak diluluskan sebab pasangan ada mohon Geran. Bantuan ni bercelaru.
Apa nasib suri rumah yang mohon BPN suami jalankan bisnes mikro apabila BPN tak diluluskan, Geran juga tak lulus? Sudahlah jatuh, ditimpa tangga. Jadi tanda tanya, adakah tafsiran kerajaan, Geran tu juga patut digunakan untuk sara hidup? Bahagian mana yang bantu bisnes terjejas?
Ni kesinambungan dari thread lalu, lepas korang dah daftar nombor cukai dan dah dapat nombor pin-efiling. Kalau tak daftar lagi nombor cukai, takda nombor pin-efiling memang tak follow step ni.
Nombor pin e-filing penting sebab tu benda utama untuk access e-filing kali pertama.
Kalau ada yang tertinggal thread sebelum ni, boleh cek dekat sini dulu ok. Baca sampai habis. Sampai bawah thread. Saya compilekan juga soalan kebiasaan korang. Sentiasa ingat, ciri-ciri orang rajin bila dia luangkan sikit masa untuk membaca.
Waktu PKP kena duduk rumah ni, meh saya ajar macam mana nak daftar nombor cukai secara online dan mohon nombor pin secara online terus. Sambil-sambil website BPN tengah high traffic, isi masa terluang kalian dengan daftar nombor cukai.
2. Sebelum nak isi borang dekat website ni, semak dulu korang dah pernah ada nombor cukai atau belum. Sekiranya dah pernah ada nombor cukai, abaikan step pendaftaran. Terus skip ke step no pin efiling.
Untuk cek korang dah daftar nombor cukai or belum cek dekat link bawah ni. Kadang-kadang nombor cukai ni didaftarkan dalam keadaan korang pun tak sedar. Tu pasal better cek dulu.