Sejak dari zaman sekolah, saya sering dengar kata2 bahawa orang jahat ni biasanya panjang umur. Dan orang baik-baik selalu meninggal dunia awal. Dan bila saya makin dewasa, saya pun perasan perkara yang sama.
Saya pun tertanya-tanya, kenapa?
Agak-agak kenapa ya?
Hinggalah satu hari, saya terbaca buku karya Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, di mana dia ada menyebut bahawa perkara ini sebenarnya SUDAH DIJELASKAN oleh Allah di dalam al-Quran.
Ye ke?
Ya, Allah dah jelaskan hal ini di dalam al-Quran.
Ini seperti mana yang disebutkan di dalam surah al-Fatir ayat ke-37, di mana Allah berfirman yang bermaksud...
"Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka)....
"BUKANKAH KAMI TELAH MELANJUTKAN UMUR KAMU DAN MEMBERIKAN MASA YANG CUKUP UNTUK BERFIKIR DAN BERINGAT PADANYA OLEH SESIAPA YANG SUKA BERFIKIR DAN BERINGAT?..
Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan".
Kecaman ini menjadikan penghuni Neraka kehilangan hujah.
Sebab Allah telah berikan masa yang panjang untuk dia berfikir dan berubah. Bahkan, Allah telah menghantar utusan untuk memberikannya peringatan agar berubah, tetapi masih lagi berdegil.
Malah, dalam suatu hadith sahih riwayat Bukhari, disebutkan oleh Rasulullah SAW bahawa..
"Allah memberikan peluang kepada seseorang dengan membiarkan dia hidup sehingga mencapai usia 60 tahun."
Masa yang panjang telah diberikan kepada orang jahat untuk berubah dan bertaubat kepada Allah. Dan umur yang paling panjang diberikan adalah kepada Iblis.
Maha baiknya Allah. Meskipun hambaNya berbuat jahat dan maksiat, tetapi Dia tetap memberikan peluang demi peluang untuk berubah dan bertaubat.
Moga Allah kurniakan kita kekuatan untuk berubah dan bertaubat sebelum kita mati. Ameen.
Pernah tak dalam hidup kita, atau sekurangnya, seminggu dua ni, hati kita rasa kosong je. Rasa macam tiada apa-apa perasaan.
Bahkan, kadang2 rasa tak tenang dan gelisah. Jiwa pun rasa kusut je. Rasa macam ada yang tak kena, tapi tak tahu apa dia.
Kenapa semua ni berlaku?
Ada banyak sebab. Antaranya mungkin,
1. Sebab tak tahu tujuan hidup kita.
Sebenarnya, masih ramai lagi di kalangan kita yang tak tahu, apa tujuan kita hidup sebenarnya. Khususnya Muslim.
Kenapa Allah ciptakan kita?
Jawapannya mudah,
Untuk beribadah (Surah Ad-Dzariyat : 56) dan menjadi khalifah (al-Baqarah : 30).
Cuba kita hadam tujuan ni betul2. Kalau tak, kita akan hilang arah tuju. Sama macam orang bekerja. Kenapa nak bersemangat bekerja kalau tak nampak apa tujuannya. Kan?
Ye lah, orang yang lalai, dia tak akan perasan yang dia lalai, bahkan dia akan pertahankan bahawa dia tidak lalai.
Cuba buat kira2.
Kalau kita baca quran sehari 1 juz, setahun, kita dapat khatam al-Quran sebanyak 12 kali. Satu juz tu dalam 40-50 minit je kalau lancar.
Kalau tak lancar, mungkin sekitar 55 minit hingga 1 jam.
Kalau kita baca Al-Quran sehari 10 muka surat, setahun kita dah dapat khatam al-Quran sebanyak 6 kali. 10 muka surat tu dalam 15 minit hingga 30 minit je.
Kalau seorang pelajar, kita pasti nak jadi pelajar yang terbaik. Buktinya, kita belajar sungguh-sungguh bagai nak rak, buat study group, selalu jumpa cikgu atau lecturer, always burning the midnight oil, dan segala macam untuk menjadi pelajar yang terbaik.
Kalau seorang pekerja, kita pasti nak jadi pekerja yang terbaik. Buktinya, kita buat kerja sungguh-sungguh, tepati waktu, siapkan kerja before deadline, tunjukkan komitmen sebab nak naik gaji, ikut semua arahan dan sebagainya untuk menjadi pekerja yang terbaik.