Jenama Zaitun ini cukup ikonik pd thn 90an. Tiba2 jenama ini lesap hilang. ramai yg buat spekulasi punca kejatuhan, ada yg sebut org dengki lah, perkauman lah. Ini tulisan saya 2 thn lps.
Bebenang ini akan mengupas ttg zaitun.
Zaitun Industri ditubuhkan oleh pengasasnya DS Hj Mohammad Eusuff Teh dgn mengambil sempena nama anak perempuan pada 1978. Pada awal penubuhannya memang hebat. Mereka menjadi perintis produk halal muslim dengan slogan halal gunakan tanpa was-was dlm sektor toiletries & cosmetics.
Produk mereka dieksport ke Brunei, Singapore, Indonesia dsb. antara produk yg laris ialah ubat gigi zaitun. sehingga dikatakan Colgate Malaysia pun "terancam" dgn kehadiran pemain baru ini. Prospek zaitun dianggap cerah dan mempunyai harapan yang agak tinggi untuk maju ke hadapan
Permulaan cerita sebenar bila mana Zaitun Berhad disenaraikan di 2nd board KLSE pada 06/1997 olh anak pengasas Dato Mohd Kamal. Semasa penyenaraian zaitun, dlm unjuran keuntungan yg disebut prospektus dikatakan dlm RM5.7 juta & pasca penyenaraian lebih kurang RM4.3 juta thn 12/97
Sebaliknya selepas listing, pada tahun kewangan yg sama 1997 laporan kewangan menyebut Zaitun kerugian sbyk RM14 juta berbanding unjuran RM4.3. Ia merupakan perbezaan yg sgt besar berbanding unjuran & laporan (Forecast vs Actual). Bayangkan Untung 4.3 juta menjadi rugi RM14 juta
Zaitun mengalami kerugian semenjak tahun pertama penyenaraian. Ekuiti pemegang saham yang bermula RM41 juta pada 1997 menjadi defisit -RM29 juta pada tahun 2001. Kejatuhan zaitun bukanlah sesuatu yang pantas tetapi ia adalah penderitaan kesakitan yang berpanjangan.
Bayangkan bila disenaraikan pada june 1997, Zaitun telah memeterai penjanjian pembelian tanah RM36 juta dengan Benua Rezeki Sdn Bhd di mana Pengarah Zaitun sendiri juga adalah pengarah dalam Benua Rezeki (iaitu Mohd Kamal Mohd Eusuff dan Aisha Mohd Eusuff - adik beradik).
31.12.97, 50% deposit telah dibayar. Ttp perjanjian jual beli dibatalkan & deposit sepatutnya dipulangkan sebulan dlm tempoh 6 bulan ttp setakat Aug 1998, hanya RM345,000 shj dipulangkan. Ini adalah dikategorikan sebagai RPT (Related Party Transaction) & tidak mendapat approval.
Dalam tahun yang sama, pihak pengurusan syarikat telah melibatkan diri dalam perdagangan saham (share trading) menggunakan pembiayaan margin (share margin financing) sebanyak RM20 juta (ini kira baru tahun pertama penyenaraian) pada tahun 1997.
Tiada pendedahan (Disclosure requirement) ke atas share trading activities atas sebab apa transaksi ini dilakukan dan tidak mendapat persetujuan dari pemegang saham. Setiap material aktiviti dalam public listed comp mesti ada ketelusan sebab ia melibatkan shareholder money.
No disclosure, therefore, shareholders were unaware of this transaction. setelah dapat diketahui, pendedahan dibuat bahawa pada September hingga November 1997, pembelian saham dibuat ke atas 13.7% Hai Ming sebanyak RM13.7 juta dan 1.48% (RM3 juta) dalam Grand Central Enterprise.
Kedua-dua saham ini kemudiannya dijual pada RM6.5 juta menyebabkan kerugian (realized net loss) RM10.2 juta. Sekali lagi, Dato Mohd Kamal dikatakan mempunyai pegangan 6% dalam GCE paid up capital.
Zaitun didenda ke atas RPT (related party transaction) yang dilakukan.
Zaitun telah dinyahsenarai dari KLSE pada 16 Jun 2003 kerana gagal mematuhi langkah penstrukturaan semula untuk status PN4 (sekarang dikenali GN3 untuk ACE market untuk syarikat yang mengalami masalah kewangan).
Skandal Zaitun ini jelas menunjukkan:
1. pelanggaran yang serius dalam prinsip corporate disclosure and transparency dalam menjalankan transaksi yang tidak mendapat mandat dari pemegang saham
Era 1997, banyaknya berlaku tadbir urus korporat yg teruk. ketidakfahaman lembaga pengarah dlm tanggungjawab mereka. sebab itu, kita tgk banyak downfall of public listed companies slps krisis kewangan 98.
Vice chairman zaitun ketika itu adalah Mutiara Rokiah yg mana beliau adalah isteri dan ibu kepada Pengarah dalam Zaitun sendiri.
Masalah zaitun bukan terhenti pd tadbir urus korporat sahaja ttp ia termasuk masalah pengurusan & model perniagaan zaitun sendiri spt isu pengedar & cuba menceburi bidang MLM utk pengedaran produk mereka.
antara punca utama kerugian ialah distributorship produk mereka. antara pengedar mereka seperti Boustead trading, Harrison, harpers dan Sime Darby Marketing. Asyik terminate pengedar mereka yang berakhir dalam mahkamah.
Zaitun juga dikatakan memberi jualan credit yang agak longgar, hutang pelanggan (credit sales) adalah 95% jumlah jualan. Dan zaitun membuat pinjaman hutang yang melebihi dari jualan syarikat.
Begitulah ceritanya
Terima kasih krn sudi membaca thread yg panjang.
Zayed Zulkifli
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Semalam, Syarikat Mahsing mengumumkan yang mereka akan memasuki dalam industri rubber glove. Seperti biasa, time2 pandemik semua nak masuk pembuatan rubber glove lah, facemask lah, PPE lah.
Mahsing hari ini dikenali sebagai developer terutamanya pada segment hartanah mewah.
Dahulunya, sblm mereka terlibat dalam pembangunan hartanah, mereka merupakan trading plastic companies pada tahun 1965. Sehingga sekarang, division plastik di mahsing masih lagi wujud tetapi sumbangan keuntungan sekrang tidak berapa ketara kepada perolehan syarikat.
Kalau tgk sektor hartanah di Malaysia berada dalam keadaan sangat perlahan kerana pandemik. Tetapi kalau dilihat prestasi kewangan MAHSING sblm covid19, sebenarnya telah mengalami penurunan.
Sejarah dunia korporat di Malaysia ini memang berliku, terutamanya campur tangan orang politik yg berkepentingan.
Bermula satu syarikat, kemudian berpecah, bergabung, tukar nama.
Kita ambil kisah Time Engineering Berhad (TEB). Time
Engineering Berhad. now known as TimeDotCom.
Time Engineering Berhad (TEB) merupakan anak syarikat di bawah Renong Berhad. Di bawah time engineering ada anak syarikat Timedotcom.
Disebabkan masalah kewangan, pelan penstrukturan hutang, TEB terpaksa menyenaraikan Timedotcom (TDC) ke pasaran.
Pasca penyenaraian TDC tidak mendapat sambutan kerana sentimen pasaran ketika itu tidak memberangsangkan menyebabkan GLC seperti khazanah terpaksa masuk & melanggan saham yg tidak terjual ketika IPO.
Traditional theory on diversification saying that, "dont put all your eggs in one basket."
There will be a problem if we over diversified our strategy into wide area. u cant focus, waste ur energy & resources, in the end u get a little bit here and there. overall, u gain nothin
senang ckp , kita sering terpengaruh dgn ajakan atau seruan utk melabur dalam sesuatu.
Orang ajak invest property, kita pun terjun pelaburan hartanah.
Tgk orang lain untung dalam saham, kita pun nak masuk saham.
Tgk orang lain untung besar dlm CPO, kita pun nak masuk CPO.
Last2 habuk apa pun tarak. Yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran.
People often misquote that Warren Buffett said, "Dont put all your eggs in one basket." this is not coming from him.
What BUFFETT really said, "Keep all your eggs in one basket but watch it closely."
Cerita 1MDB akan ada banyak siri. Siri pertama kita lihat struktur & tadbir urus korporat 1MDB. Salah satu punca kemelut 1MDB adalah poor corporate governance (CG).
Ini adalah bebenang utk memahami isu CG 1MDB.
1MDB CEO pertama adalah shahrol Azral (2009 - 2013). Kemudian Mohd Hazem Abdul Rahman dilantik untuk menggantikan Shahrol Azral pada 2014. Kemudiannya, Hazem berhenti pada January 2015. Seterusnya CEO yang terakhir adalah Arul Kanda.
What is corporate governance anyway?
What is corporate governance anyway?
Ia adalah kerangka peraturan & amalan di mana lembaga pengarah memastikan berlakunya akauntabiliti, keadilan, ketelusan antara syarikat & semua stakeholder seperti shareholder, kerajaan, customer, pembiaya, pekerja, rakyat dsb
Dulu masa mula2 awal covid masuk ke malaysia, masuk bulan 4. Kes cecah 100. Terus lock down satu malaysia. Kenapa sekarang kes cecah 500-600 takde lock down satu malaysia? Kalau lock down mcm bulan 4 hari, it will bankrupt our nation as well as a lot of people. GDP was down -17%.
Punca covid naik balik kerana pergerakan dari sabah tidak dikuarantin kerana tak paham & cerdik beralasan sabah ke semenanjung tak perlu ada kuarantin hanya HSO. Kesilapan yg sama diulang dlm kluster sivagangga. Dah red zone, stop movement from sabah to semenanjung.
Barangkali ini lah kesilapan dan kebodohan pihak atasan. Ada diaorang mintak maaf? Haram takde mintak maaf. Yg dia salahkan lagi, org ramai tak patuh SOP. Korang buat decision bodoh, salahkan org.
Siasatan forensik akaun dibuka terhadap ex-ceo FGV ttp isu ini dikelabui dgn status kedudukan Isa Samad sbg FGV chairman.
Sentimen dimainkan seolah2 Isa samad tak puas hati dgn Zakaria. Inilah bebenangnya tentang isu tadbir urus FGV
Safitex Trading LLC (Safitex) and Delima Oil Product Sdn Bhd (DOP)
DOP merupakan anak syarikat FGV. Safitex adalah customer kpd DOP (dubai based company). Isu timbul bila hutang safitex naik kpd RM49 juta & telah melebihi had kredit (credit limit) yg ditetapkan oleh finance p&p
Zakaria memberi credit limit USD1 million pada sept 13, 2013 dgn term credit 60 hari tanpa ada penilaian dari pihak Credit Control Committee. Mengikut prosedur, hanya 30 hari credit term dibenarkan utk syarikat luar di bawah felda holding group finance Policies and procedures.