Kerajaan cadang naikkan siling Kumpulan Wang #COVID-19 kepada RM65 billlion untuk biaya pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN - Menteri Kewangan @tzafrul_aziz
Belanjawan 2021 : Kerajaan setuju luaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokal, influenza dan #COVID-19
Belanjawan 2021 : Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius akan dinaikkan kepada RM8,000
Belanjawan 2021 : Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri
Belanjawan 2021 : Pemberian BPR dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH
Kadar cukai pendapatan individu bermastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, manfaatkan 1.4 juta pembayar cukai
Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) libatkan 500,000 peluang pekerjaan baharu termasuk program latihan dan kemahiran dengan perbelanjaan RM3.7 bilion
Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara bagi menyelaras inisiatif rentas kementerian dan agensi, cipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja
RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas usahawan wanita, RM50 juta disediakan di bawah YaPEIM bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam Arrahnu BizNita
RM15 juta diperuntukkan kepada CENDANA untuk laksana program kesenian dan kebudayaan, manfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir
RM500 juta untuk bina 14,000 PPR, RM315 juta bina Rumah Mesra Rakyat, RM125 juta (selenggara perumahan kos rendah dan sederhana), RM310 juta (Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia)
Duti eksais pada kadar ad valorem 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa Januari depan
RM20 juta untuk memperkasa Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti dengan pengambilan lebih 500 bekas tentera dan polis serta Orang Asli untuk jalankan aktiviti rondaan
@MuhyiddinYassin Kerajaan tekad tangani COVID-19 secara berkesan, jamin kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi -- PM Muhyiddin