Penilaian kualiti kamera sesebuah kamera telefon pintar boleh dirujuk berdasarkan laporan dikeluarkan oleh @DxOMark dan VCX.
Namun ramai yang tidak mempercayai. Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada mereka yang menafikan laporan ini.
Sekiranya anda menafikan kedua-dua maklumat ini. Bagaimana kita mahu membandingkan secara tepat tanpa ujian makmal dilakukan.
Adakah ujian mata kasar boleh dijadikan sebagai laporan yang tepat?
Saya bukan 100% mempercayai laporan yang dikeluarkan. Namun tiada alternatif lain untuk kita rujuk.
Apabila berlaku perbahasan antara dua pihak. Sudah tentulah mereka saling mempertahankan jenama telefon pintar yang mereka sukai.
Apabila jawapan hanya sekadar melihat gambar yang diambil. Sudah tentulah jawapannya subjektif.
Saya terpaksa menggunapakai laporan ini disebabkan data ini sahaja signifikan untuk dibahaskan.
Perbahasan harus ada hitam dan putih. Saya akui mungkin segelintir tidak dapat menerima kenyataan bahawa kamera telefon pintar mereka mendapat skor yang rendah.
Namun kita terima dengan hati terbuka, kerana data yang dikeluarkan oleh kedua-dua organisasi ini sekadar rujukan.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Memang diakui terdapat segelintir pengguna tidak mahu berhijrah ke telko lain atas sebab 'kesetiaan'.
Saya mempunyai rakan yang setia pada telko yang dilanggan. Walaupun rangkaian tidaklah sebagus telko lain, dia sanggup menerimanya atas sebab 'kesetiaan'.
Bila ditanya, jawapannya mudah iaitu sudah menggunakan telko tersebut sejak berbelas tahun.
Terdapat juga rakan saya yang tidak mengetahui fungsi MNP walaupun perkhidmatan tersebut telah lama ada.
Ramai yang kurang faham tentang fungsi dan sifat iPad. Mereka fikir iPad sama seperti komputer riba sedangkan iPad sangat terbatas terutama menjalankan kerja-kerja yang rumit.
Sebab itulah saya tegaskan kepada Pelajar, jika mereka belum mempunyai komputer, sila utamakan komputer
Jika mereka telah mempunyai komputer, maka tiada salahnya membeli iPad.
iPad hanya sekadar membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika anda jurusan yang memerlukan perisian yang kompleks seperti Java, C++ dan lain-lain, maka sudah tentulah iPad bukan pilihan.
Ramai yang tidak faham dengan iPad dan merupakan pengguna kali pertama.
Kebanyakannya tidak faham fungsi sebenar iPad, mereka mudah terpengaruh dengan iklan serta tren semasa pada ketika ini.