Memang diakui terdapat segelintir pengguna tidak mahu berhijrah ke telko lain atas sebab 'kesetiaan'.
Saya mempunyai rakan yang setia pada telko yang dilanggan. Walaupun rangkaian tidaklah sebagus telko lain, dia sanggup menerimanya atas sebab 'kesetiaan'.
Bila ditanya, jawapannya mudah iaitu sudah menggunakan telko tersebut sejak berbelas tahun.
Terdapat juga rakan saya yang tidak mengetahui fungsi MNP walaupun perkhidmatan tersebut telah lama ada.
Ramai yang kurang faham tentang fungsi dan sifat iPad. Mereka fikir iPad sama seperti komputer riba sedangkan iPad sangat terbatas terutama menjalankan kerja-kerja yang rumit.
Sebab itulah saya tegaskan kepada Pelajar, jika mereka belum mempunyai komputer, sila utamakan komputer
Jika mereka telah mempunyai komputer, maka tiada salahnya membeli iPad.
iPad hanya sekadar membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika anda jurusan yang memerlukan perisian yang kompleks seperti Java, C++ dan lain-lain, maka sudah tentulah iPad bukan pilihan.
Ramai yang tidak faham dengan iPad dan merupakan pengguna kali pertama.
Kebanyakannya tidak faham fungsi sebenar iPad, mereka mudah terpengaruh dengan iklan serta tren semasa pada ketika ini.