Memang diakui terdapat segelintir pengguna tidak mahu berhijrah ke telko lain atas sebab 'kesetiaan'.
Saya mempunyai rakan yang setia pada telko yang dilanggan. Walaupun rangkaian tidaklah sebagus telko lain, dia sanggup menerimanya atas sebab 'kesetiaan'.
Bila ditanya, jawapannya mudah iaitu sudah menggunakan telko tersebut sejak berbelas tahun.
Terdapat juga rakan saya yang tidak mengetahui fungsi MNP walaupun perkhidmatan tersebut telah lama ada.
Bagi saya mudah, tiada istilah kesetiaan kecuali telko itu sendiri yang menghargai pelanggan mereka.
Mengapa kita perlu bertepuk sebelah tangan? Kita ada hak untuk memilih mana-mana telko asalkan kita buat kajian terlebih dahulu.
Setakat ini semua telko utama seperti Maxis, Digi, Celcom dan Umobile telah saya guna.
Saya juga turut mencuba beberapa telko lain termasuklah @yoodoMY, Speakout dan Mcalls.
Saya akui beberapa telko ada memberikan sedikit keistimewaan kepada kita.
Namun adakah keistimewaan tersebut berbaloi dengan kesetiaan kita selama ini?
Saya tolak tepi soal kesetiaan asalkan saya dapat pakej menarik dan rangkaian yang stabil.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri, namun beginilah cara saya memilih telko.
Jika saya guna dalam beberapa bulan dan kurang berpuas hati, saya tukar ke telko lain hinggalah saya jumpa yang terbaik.
"Setia pada nombor telefon yang kita gunakan sekarang, namun bukan pada telko nya"
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Ramai yang kurang faham tentang fungsi dan sifat iPad. Mereka fikir iPad sama seperti komputer riba sedangkan iPad sangat terbatas terutama menjalankan kerja-kerja yang rumit.
Sebab itulah saya tegaskan kepada Pelajar, jika mereka belum mempunyai komputer, sila utamakan komputer
Jika mereka telah mempunyai komputer, maka tiada salahnya membeli iPad.
iPad hanya sekadar membantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika anda jurusan yang memerlukan perisian yang kompleks seperti Java, C++ dan lain-lain, maka sudah tentulah iPad bukan pilihan.
Ramai yang tidak faham dengan iPad dan merupakan pengguna kali pertama.
Kebanyakannya tidak faham fungsi sebenar iPad, mereka mudah terpengaruh dengan iklan serta tren semasa pada ketika ini.