Memang dalam Al Quran tidak ada dalil qat'ie tentang bentuk muka bumi. Para ulama berdalilkan secara zhon perkataan يُكَوِّرُ dalam surah Az Zumar : 5 untuk menyokong pendapat bahawa bumi ini bulat.
Namun sebelum kurun ke-3 Hijrah (sekitar 200 Hijrah/ 800 Masihi), Khalifah Abbasiyah iaitu Khalifah Ma'mun (wafat 218 H) pernah mengumpulkan pakar-pakar ilmu falak dan geografi di Baitul Hikmah untuk membuat peta dunia.
Ternyata para ilmuwan Abbasiyah ini telah membuat sebuah glob bagi membuktikan bumi ini bulat. Peta Alam Melayu/ Nusantara turut dilakarkan dalam glob ini.
200 tahun setelah itu, seorang ulama Andalusia iaitu Ibn Hazm telah menulis dalam sebuah kitab yang bertajuk "Al Fasl fil Milal Wal Ahwa Wan Nihal dalam bab penjelasan tentang bulatnya bumi bahawa:-
"Sesungguhnya tidak ada seorang pun dari ulama kaum Muslimin yang berhak menyandang gelaran imam dalam ilmu agama -semoga Allah meredhai mereka- yang mengingkari bahawa bumi itu bulat...
... dan tidak dijumpai bantahan atau satu kalimat pun dari salah seorang dari mereka tentangnya. Bahkan Al Quran dan Sunnah telah menguatkan hujah tentang bulatnya bentuk bumi".
100 tahun berikutnya, seorang ahli geografi Islam yang ulung iaitu Muhammad Al Idrisi telah mengajar Eropah tentang bulatnya bentuk bumi. Al Idrisi menukilkan dalam kitab Nuzhat Al Mushtaq Fi'khtiraq Al Afaq bahawa:-
"Bumi itu berbentuk bulat seperti bulatnya bola. Sedangkan air menempel di atasnya dan tidak tumpah di atasnya secara semulajadi dan tidak terpisah dari padanya."
Tulisan Al Idrisi ini juga membuktikan bahawa beliau telah menerangkan tentang graviti secara tidak langsung 600 tahun sebelum Isaac Newton.
Selain itu, Al Idrisi juga telah membuat sebuah peta glob daripada perak seberat 400 kg dan dihadiahkan kepada King Roger II, Raja Sicily. Al Idrisi turut melakarkan peta Alam Melayu di dalam peta glob ini.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Piramid Giza ialah salah satu daripada keajaiban dunia. Namun, siapakah yang membina piramid ini? Benarkah dakwaan bahawa pembinanya ialah Nabi Idris A.S?
Oleh: Helmi Effendy
Piramid ini sebenarnya dibina oleh Firaun Khufu dipercayai memerintah Mesir Purba pada sekitar 2609 SM - 2584 SM. Ejaan nama penuhnya ialah Khunum-Khufwy yang membawa maksud "Khnum Melindungi Aku".
Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.
Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).
Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat "diplomatik".
Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk "ganyang" Malaysia:
"Laksamana Hang Nadim: Pejuang Kemerdekaan Melaka."
Anak lelaki Hang Jebat. Anak angkat Hang Tuah. Dan menghadapi Portugis dalam berpuluh pertempuran. Sesuailah dinamakannya sebagai mimpi ngeri Portugis.
Oleh: Helmi Effendy
Laksamana Hang Nadim, satu nama yang entah kenapa sangat sunyi di dalam sejarah bangsa kita padahal beliau bukan calang-calang tokoh. Tiada seorang pun anak Melayu diperkenalkan pada susuk tubuh yang sangat berjasa dalam sejarah Melayu.
Hang Nadim, tak keterlaluan kalau saya katakan beliau ialah kombinasi kualiti yang dimiliki oleh Hang Tuah dan Hang Jebat. Dia memiliki kesetian, kelicikan dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Hang Tuah serta keberanian yang dimiliki oleh Hang Jebat.
Korang jenis penulis yang macam mana? Aku sebagai seorang penulis, aku anggap diri aku sebagai seorang Pantser. Tapi ada kategori penulis yang lain dikenali sebagai Plotter.
Oleh: Helmi Effendy
Plotter ialah seorang penulis yang akan merancang bagaimana jalan ceritanya bermula dan berakhir. Dia akan menyediakan draf2 watak novelnya. Dia akan sediakan info2 berkaitan dengan latar tempat, masyarakat etc enting yang akan menjadi butir2 menyiapkan sebuah novel.
Ada dua orang penulis dalam dunia. Penulis pertama, dia kena duduk buat draf setiap bab. Penulis ni dah merancang dulu dari mula dan akhir ceritanya. Dunia penulisan mengenali penulis pertama sebagai plotter. Plotters yang terkenal ialah JK Rowling.
Kita seringkali bising mengenai novel-novel cliche drama pukul 7 tu semua. Suamiku, Isteriku blah-blah. Sebenarnya banyak novel-novel penulis Malaysia yang luar dari cliche di atas, tapi kaki kritik tak pernah nak beli pun.
Siapa sini kenal nama Ahmad Patria Abdullah? Sebenarnya beliau ialah bapa genre Fantasi Malaysia dengan buku-buku seperti Saga Artakusiad. Dah lama dah beliau menulis novel-novel seiras The Lord Of The Ring. Tapi yelah, yang tak baca novel cinta jenis tak baca buku langsung.
Karya-karya Sai-Fai Malaysia pun boleh tahan. Contohnya macam karya-karya dibawah ni. Siapa pernah dengar semua tajuk-tajuk dalam cover ni? Bukan tak pernah penulis kita tulis luar dari cliche drama pukul 7.
42 Askar Melayu pertahankan Tanah Melayu lebih baik daripada 140, 000 orang tentera British. Ini fakta yang anda tidak boleh nafikan langsung.
Oleh: Helmi Effendy
Aku membaca Malaya 1941, dalam buku tersebut memberikan aku banyak pengajaran. Ya, memang ada pengajaran-pengajaran lain yang melibatkan kehebatan Jepun merancang strategi, kelebihan senjata api, pasang spy di merata sudut Tanah Melayu. Tapi itu tak cukup... sangat tak cukup.
Pengajaran terbesar bagi aku dalam buku tersebut ialah bilamana kau bukan anak watan yang mempertahankan tanah air kau daripada serangan musuh, maka semangat perjuangan itu tidak datang