Twit saya sebelum ini hanya sekadar nasihat kepada rakan-rakan yang ingin membeli iPhone terpakai.
Saya tidak tuju kepada kedai, tapi orang yang ingin menjual iPhone. Apabila seseorang itu ingin menjual iPhone, maka ia dipanggil sebagai Penjual.
Adakah salah menasihatkan rakan-rakan kita agar membuat tawaran agar Penjual menurunkan harga jualan bagi iPhone X ke atas sekitar RM350 - RM400.
Mengapa?
Sebagai contoh, Ahmad membeli iPhone XS 256GB terpakai. Harga jualan adalah RM2,500.00. Namun disebabkan kesihatan bateri sekitar 79%, Ahmad terpaksa menambah RM349 bagi penukaran bateri.
Bermakna anda bayar bagi iPhone XS 256GB adalah RM2,849.00.
Bagi saya mahal.
Berikut merupakan harga bagi bateri iPhone. Kerana itulah saya fokus pada iPhone X dan ke atas kerana harga jualan adalah tinggi.
Salah saya nasihatkan rakan-rakan Twitter?
Adakah tindakan saya tidak masuk akal?
Selain itu, saya turut menggalakkan anda buat sebarang transaksi penjualan iPhone di AASP.
Apabila penukaran bateri dibuat di AASP, maka mereka boleh diagnostik sama ada iPhone itu mempunyai komponen tiruan atau.
Salah saya menasihatkan rakan-rakan? Konklusinya, twit sebentar tadi tidak merujuk kepada mana-mana pihak.
Hanya memberi nasihat agar rakan-rakan kita tidak lagi menjadi mangsa penipuan penjualan iPhone terpakai.
Saya kurang pasti mengapa segelintir pihak terasa hati. Sedangkan ramai Penjual yang menjadi rakan Twitter saya tiada masalah dan faham apa yang ingin saya sampaikan.
Siapa saya sampai orang boleh percaya bulat-bulat?
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Wakil Apple mula membuka daftar minat bagi MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini yang dijana dengan cip Apple M1.
Ketiga-tiga model ini mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna. Namun terdapat kes dilaporkan berhubung beberapa isu pada model ini.
Secara peribadi, saya mengakui akan kehebatan Apple M1 dan mampu menandingi x86 dari Intel.
Namun saya ragu-ragu dengan tahap kestabilan bagi sesetengah perisian yang masih menggunakan seni bina berteraskan x86,
walaupun Apple telah memperkenalkan Rosetta 2 yang mampu menterjemahkan x86 kepada ARM.
Saya percaya transisi ini memerlukan sedikit masa bagi membolehkan Pembangun Perisian mengubah seni bina x86 kepada ARM tanpa memerlukan bantuan Rosetta 2.
iPhone paling signifikan untuk dibeli tahun 2020 - 2021 mengikut kedudukan:
iPhone 12 Pro | Max
iPhone 12 | Mini
iPhone 11 Pro | Max*
iPhone 11
iPhone XS | Max*
iPhone XR
iPhone SE (2020)
iPhone X*
iPhone 8 | Plus*
* Ditamatkan pengeluaran
Sebelum ini saya memberi keutamaan kepada iPhone XS / Max berbanding iPhone 11 atas faktor segmen andalan.
Namun saya percaya iPhone XS/ Max sudah tidak dijual di beberapa Wakil Apple.Dari segi prestasi, A13 Bionic hanya 20% lebih baik berbanding A12 Bionic.
Maka tidaklah terlalu ketara perbezaan antara iPhone 11 dan iPhone XS/Max.
Lagipun iPhone XS/Max merupakan segmen andalan dan jauh lebih berkualiti berbanding iPhone 11.
Untuk kes iPhone 11 Pro/Max dan iPhone 12 / Mini, bagi saya pilihan terletak kepada anda.
Muslim Pro antara aplikasi yang menjadi rujukan pengguna di Malaysia. Tujuan utama pihak Amerika Syarikat membeli data ini adalah untuk menentang keganasan.
Saya berharap aplikasi Iman Pro yang saya gunakan sekarang tidak terpalit dengan penjualan data peribadi.
Diharap kita semua dilindungi dari sebarang musibah.