iPhone paling signifikan untuk dibeli tahun 2020 - 2021 mengikut kedudukan:
iPhone 12 Pro | Max
iPhone 12 | Mini
iPhone 11 Pro | Max*
iPhone 11
iPhone XS | Max*
iPhone XR
iPhone SE (2020)
iPhone X*
iPhone 8 | Plus*
* Ditamatkan pengeluaran
Sebelum ini saya memberi keutamaan kepada iPhone XS / Max berbanding iPhone 11 atas faktor segmen andalan.
Namun saya percaya iPhone XS/ Max sudah tidak dijual di beberapa Wakil Apple.Dari segi prestasi, A13 Bionic hanya 20% lebih baik berbanding A12 Bionic.
Maka tidaklah terlalu ketara perbezaan antara iPhone 11 dan iPhone XS/Max.
Lagipun iPhone XS/Max merupakan segmen andalan dan jauh lebih berkualiti berbanding iPhone 11.
Untuk kes iPhone 11 Pro/Max dan iPhone 12 / Mini, bagi saya pilihan terletak kepada anda.
Saya agak sukar untuk membuat pilihan atas beberapa faktor. Jika anda meletakkan iPhone 11 Pro / Max lebih atas daripada iPhone 12 / Mini, bagi saya tiada masalah.
Model ini mempunyai kelebihan dan kekurangan, saya lihat perbezaan ini sama seperti iPhone 11 dan iPhone XS/Max.
Walaupun saya akui iPhone 11 Pro /Max mempunyai kelebihan memandangkan ia merupakan segmen andalan.
Bagi kes ini, anda sahaja yang boleh buat keputusan.
Bagi senarai yang saya berikan di atas, iPhone X antara model yang saya kurang galakkan untuk anda beli.
iPhone X sudah tidak dijual di Wakil Apple, kebiasaannya model ini banyak set terpakai. Kebiasaannya set terpakai khususnya iPhone X mempunyai beberapa isu termasuklah kegagalan Face ID dan skrin tidak responsif.
Namun ini hanyalah pendapat saya sahaja, jangan terlalu sensitif sampai segelintir pihak fikir saya cuba kacau pasaran iPhone terpakai.
Apa-apa pun terpulang kepada Pembeli, mereka boleh pilih apa sahaja model iPhone yang dikehendaki termasuklah iPhone 7/Plus walaupun saya tidak menyatakan dalam senarai di atas.
Saya hanya berkongsi berdasarkan perspektif saya. Jika anda mempunyai perspektif yang berbeza, maka itu hak anda untuk menolak pandangan saya ini.
SEKADAR PANDANGAN
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Wakil Apple mula membuka daftar minat bagi MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini yang dijana dengan cip Apple M1.
Ketiga-tiga model ini mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna. Namun terdapat kes dilaporkan berhubung beberapa isu pada model ini.
Secara peribadi, saya mengakui akan kehebatan Apple M1 dan mampu menandingi x86 dari Intel.
Namun saya ragu-ragu dengan tahap kestabilan bagi sesetengah perisian yang masih menggunakan seni bina berteraskan x86,
walaupun Apple telah memperkenalkan Rosetta 2 yang mampu menterjemahkan x86 kepada ARM.
Saya percaya transisi ini memerlukan sedikit masa bagi membolehkan Pembangun Perisian mengubah seni bina x86 kepada ARM tanpa memerlukan bantuan Rosetta 2.
Muslim Pro antara aplikasi yang menjadi rujukan pengguna di Malaysia. Tujuan utama pihak Amerika Syarikat membeli data ini adalah untuk menentang keganasan.
Saya berharap aplikasi Iman Pro yang saya gunakan sekarang tidak terpalit dengan penjualan data peribadi.
Diharap kita semua dilindungi dari sebarang musibah.