Wakil Apple mula membuka daftar minat bagi MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini yang dijana dengan cip Apple M1.
Ketiga-tiga model ini mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna. Namun terdapat kes dilaporkan berhubung beberapa isu pada model ini.
Secara peribadi, saya mengakui akan kehebatan Apple M1 dan mampu menandingi x86 dari Intel.
Namun saya ragu-ragu dengan tahap kestabilan bagi sesetengah perisian yang masih menggunakan seni bina berteraskan x86,
walaupun Apple telah memperkenalkan Rosetta 2 yang mampu menterjemahkan x86 kepada ARM.
Saya percaya transisi ini memerlukan sedikit masa bagi membolehkan Pembangun Perisian mengubah seni bina x86 kepada ARM tanpa memerlukan bantuan Rosetta 2.
Ini merupakan produk pertama Apple yang dijana dengan M1 khusus untuk produk Mac di bawah legasi Tim Cook.
Seperti biasa, Apple akan melihat sejauh mana kefungsian yang ada pada produk ini.
Sekiranya produk ini mempunyai sedikit kelemahan, Apple akan memperbaiki pada produk generasi kedua mereka kelak.
Berdasarkan rekod pangkalan data SIRIM, dua produk Mac dengan model A2337 dan A2338 telah diluluskan dan Apple boleh menjualnya pada bila-bila masa dari sekarang.
iPhone paling signifikan untuk dibeli tahun 2020 - 2021 mengikut kedudukan:
iPhone 12 Pro | Max
iPhone 12 | Mini
iPhone 11 Pro | Max*
iPhone 11
iPhone XS | Max*
iPhone XR
iPhone SE (2020)
iPhone X*
iPhone 8 | Plus*
* Ditamatkan pengeluaran
Sebelum ini saya memberi keutamaan kepada iPhone XS / Max berbanding iPhone 11 atas faktor segmen andalan.
Namun saya percaya iPhone XS/ Max sudah tidak dijual di beberapa Wakil Apple.Dari segi prestasi, A13 Bionic hanya 20% lebih baik berbanding A12 Bionic.
Maka tidaklah terlalu ketara perbezaan antara iPhone 11 dan iPhone XS/Max.
Lagipun iPhone XS/Max merupakan segmen andalan dan jauh lebih berkualiti berbanding iPhone 11.
Untuk kes iPhone 11 Pro/Max dan iPhone 12 / Mini, bagi saya pilihan terletak kepada anda.
Muslim Pro antara aplikasi yang menjadi rujukan pengguna di Malaysia. Tujuan utama pihak Amerika Syarikat membeli data ini adalah untuk menentang keganasan.
Saya berharap aplikasi Iman Pro yang saya gunakan sekarang tidak terpalit dengan penjualan data peribadi.
Diharap kita semua dilindungi dari sebarang musibah.