Puteri Gunung Ledang adalah sebuah filem paling epik dan belum dapat ditandingi oleh mana-mana filem tempatan.

Mula ditayangkan pada tahun 2004 dengan kos pembikinan sekitar ~16 juta dan merupakan filem paling mahal pada ketika itu. Image
Filem ini diterbitkan oleh @enfiniti di bawah legasi @tiarajacquelina.

Lakonan @tiarajacquelina dan M.Nasir tidak perlu dihuraian dengan lebih lanjut kerana terbukti ia lakonan yang berkualiti.
Satu sebab mengapa saya meminati filem ini kerana skrip yang terbaik terutama Bahasa Melayu Klasik yang cukup membuatkan saya terpukau.

Saya masih ingat tiga kata-kata yang tercatat dalam filem tersebut.
Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar di tempat tenang,
Yang tinggal hati tak elok,
Yang pergi hati tak senang - Hang Tuah

"Kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar"- Hang Tuah
"Ku hinakan diriku sendiri untuk merengkuh cinta sejati. Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku. Meski sekilas kurasakan.
Namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman" - Gusti Putri Raden Ajeng Retno Dumilah
Anda boleh menonton kembali filem ini di saluran @NetflixMY bermula Khamis ini. Terima kasih @zhafvlog kerana berkongsi tentang perkara ini.

Jalan cerita bagi saya sedikit perlahan namun saya beri skala 8/10 untuk skrip dialog.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Xavier Naxa 🇲🇾

Xavier Naxa 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @XavierNaxa

25 Nov
Wakil Apple mula membuka daftar minat bagi MacBook Air, MacBook Pro dan Mac Mini yang dijana dengan cip Apple M1.

Ketiga-tiga model ini mendapat maklum balas positif dalam kalangan pengguna. Namun terdapat kes dilaporkan berhubung beberapa isu pada model ini. Image
Secara peribadi, saya mengakui akan kehebatan Apple M1 dan mampu menandingi x86 dari Intel.

Namun saya ragu-ragu dengan tahap kestabilan bagi sesetengah perisian yang masih menggunakan seni bina berteraskan x86,
walaupun Apple telah memperkenalkan Rosetta 2 yang mampu menterjemahkan x86 kepada ARM.

Saya percaya transisi ini memerlukan sedikit masa bagi membolehkan Pembangun Perisian mengubah seni bina x86 kepada ARM tanpa memerlukan bantuan Rosetta 2.
Read 6 tweets
23 Nov
iPhone paling signifikan untuk dibeli tahun 2020 - 2021 mengikut kedudukan:

iPhone 12 Pro | Max
iPhone 12 | Mini
iPhone 11 Pro | Max*
iPhone 11
iPhone XS | Max*
iPhone XR
iPhone SE (2020)
iPhone X*
iPhone 8 | Plus*

* Ditamatkan pengeluaran
Sebelum ini saya memberi keutamaan kepada iPhone XS / Max berbanding iPhone 11 atas faktor segmen andalan.

Namun saya percaya iPhone XS/ Max sudah tidak dijual di beberapa Wakil Apple.Dari segi prestasi, A13 Bionic hanya 20% lebih baik berbanding A12 Bionic.
Maka tidaklah terlalu ketara perbezaan antara iPhone 11 dan iPhone XS/Max.

Lagipun iPhone XS/Max merupakan segmen andalan dan jauh lebih berkualiti berbanding iPhone 11.

Untuk kes iPhone 11 Pro/Max dan iPhone 12 / Mini, bagi saya pilihan terletak kepada anda.
Read 9 tweets
18 Nov
Masih ingat twit saya di mana seorang individu menggunakan nama "islam" dan "melayu" sebelum ini.

Saya tidak mengaibkan dia kerana setiap orang punya pendapat. Namun individu yang komen di Facebook inilah individu tersebut. Rujuk Twit bawah:
Twit saya sebelum ini hanya sekadar nasihat kepada rakan-rakan yang ingin membeli iPhone terpakai.

Saya tidak tuju kepada kedai, tapi orang yang ingin menjual iPhone. Apabila seseorang itu ingin menjual iPhone, maka ia dipanggil sebagai Penjual.
Read 9 tweets
17 Nov
Hampir 100 juta data peribadi pengguna Muslim Pro telah berjaya dibeli dan dimiliki oleh pihak ketenteraan Amerika Syarikat.

Laporan ini telah dikongsi oleh Vice.com dan dikongsi oleh @jason_koebler.
Muslim Pro antara aplikasi yang menjadi rujukan pengguna di Malaysia. Tujuan utama pihak Amerika Syarikat membeli data ini adalah untuk menentang keganasan.

Saya berharap aplikasi Iman Pro yang saya gunakan sekarang tidak terpalit dengan penjualan data peribadi.
Diharap kita semua dilindungi dari sebarang musibah.
Read 4 tweets
16 Nov
Masih ingat saya kongsi tentang modus operandi iPhone pra-tempah di Instagram? Bergegar Twitter saya sampai ada yang nak saman menyaman.

Lihat apa yang berlaku sekarang?
Masih ingat saya ada kongsi satu aplikasi yang mempunyai satu kerentanan dari segi keselamatan.

Berapa ramai yang kecam saya?
Terkini, isu terbaru yang saya kongsi sebentar tadi.

Ironinya saya bukan mahu menjadi "jaguh kampung" tapi tidak mahu anda semua menjadi mangsa.

Kali ini saya tidak mahu memperincikan modus operandi aktiviti terbaharu itu.
Read 7 tweets
15 Nov
Seeloknya tidak dinyatakan terlebih dahulu telefon pintar yang menangkap gambar ini. Selepas mendapat maklum balas, barulah keluarkan jawapan.

Saya pernah membuat ujian sebegini, saya memanipulasi warganet dengan mengatakan gambar 1 adalah iPhone dan 2 Pixel.
Rata-rata memuji gambar 1 hinggalah saya kemas kini hantaran (post) yang saya buat beberapa jam sebelum ini.

Apabila saya memaklumkan bahawa gambar 1 adalah Pixel dan gambar 2 iPhone.
Segelintir warganet tidak berpuas hati dengan tindakan saya.

Di sini saya boleh lihat, segelintir warganet memilih gambar bukan sebab kualiti gambar tapi jenama kesukaannya.
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!